topbella

15 April 2011

D.I.N.N.E.R


Setiap kelas, kelab, persatuan atau mana-mana Badan Beruniform mesti tidak akan melepaskan peluang untuk meraikan Jamuan Akhir apabila berakhirnya semester pengajian. Acara ini seolah-olah menjadi pelengkap kepada aktiviti-aktiviti yang sudah di jalankan selama satu semester tersebut.


Baru-baru ini, saya mendapat jemputan untuk ke Jamuan Akhir Pembimbing Rakan Siswa, Politeknik Shah Alam. Ianya sedikit sebanyak mengingatkan kembali kenangan-kenangan ketika Jamuan Akhir ketika zaman belajar dulu.

Jom layan corat-coret sepanjang Jamuan itu berlangsung........................



Sebelum

Dewan mula di hias seawal petang dengan bunga-bunga, di tambah lagi dengan sususan kerusi dan meja yang membentuk lenkungan huruf "V" menjadikan suasana dewan bertukar wajah sekelip mata.


Selepas

Para jemputan mula memenuhi dewan, begitu juga dengan ahli-ahli kelab tersebut. Dengan bertemakan "Masquarade" , mereka datang dengan topeng yang pelbagai rupa, bentuk dan warna.



MC of the night (Hafiz & Asyraf)

Mereka berdualah yang bertanggungjawab menghidupkan dan menceriakan suasana pada malam itu. Dengan gaya yang tersendiri, celoteh yang bersahaja dan lawak yang sempoi, mereka berdua berjaya melaksanakan tugas pada malam itu....happening habis


Gaya lelaki-lelaki bila bertopeng. Keseriusan jelas terpancar pada mata-mata mereka. Maklumlah mata je yang nampak.



Perempuan-perempuan pun tak kurang hebatnya. Topeng diaorang berwarna-warni gitu...huhu.Dah tak cam muka diorang bila bertopeng macam ni.


Semua duk mengerumuni meja makanan time ni. Pelbagai juadah di sediakan untuk para tetamu yang hadir. Yang menjadi tumpuan sudah tentulah BBQ Ayam di tambah lagi dengan juadah selingan yang lain.



Makan time...semua tak toleh kiri kanan dah time ni tapi pantang ada kamera sempat lagi angkat muka tu...hehe. Semuanya nampak berselera je dengan hidangan masing-masing.


Dalam keseronokan menjamu selera, tetamu-tetamu juga di hiburkan dengan nyanyian dari beberapa ahli yang sangat sporting untuk menyumbangkan suara mereka pada malam itu. Rafiq dengan lagu It's My Life, gandingan duet Hafiz Zainal & Aifaa dengan lagu Senja Nan Merah dan tak kurang hebatnya si cilik Insyirah tampil dengan lagu Aku Bukan Superman serta beberapa lagi lagu lain yang turut di persembahkan pada malam itu.



Acara kemuncak pada malam itu ialah pengumuman untuk King & Queen of The Night. Bagi title King of The Night telah di menangi oleh Saudara Abdullah Mina Bin Ahmad Damanhuri yang merupakan YDP PRS sendiri manakala title Queen of The Night pula di menangi oleh Cik Wan Norizati Binti Wan Abdullah Sani yang merupakan kaunselor pelatih di PSA. Apakah hadiah yang mereka menangi??????Sudah tentu bukan kereta atau rumah ye..hehe.


Kenangan bersama Pegawai Psikologi PSA, Puan Norhazaiwati Binti Ahmad Teridi dan barisan Majlis Tertinggi PRS Sesi Disember 2010.



All of us!!!!
Wajah-wajah yang menyerikan Jamuan Akhir PRS Sesi Disember 2010. Majlis bersurai pada jam 12 malam.

Thanks you so much untuk semua ajk pelaksana yang telah berjaya melaksanakan majlis ini. Di harapkan majlis ini akan di teruskan lagi pada masa-masa akan datang.


3 comments:

IntanBerlian said...

huhu comel gila pakai mask!

kakyong said...

amboi.. siap ade majlis pakai topeng ni ala2 masquarade..

klik HB sekali

n3 terbaru kakyong.com
Dirgahayu Tuanku Sultan Azlan Shah
Aksi Fikri dan kawan-kawan di padang

Affieza said...

@Intan: tu lah..mcm2 ada

@K.Yong: Ha'ah mmg tu lah temanya pun..hehe

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile