topbella

03 June 2011

4 TAHUN SUDAH BERLALU...


(30 Jun 2007 - 6 Mei 2011)


Menara Gading a.k.a Universiti adalah satu perkataan keramat yang pasti disemat oleh semua orang sedari kecil lagi. Sudah menjadi impian semua orang untuk menjejakkan kaki ke menara gading begitu juga dengan saya.

Universiti Sains Islam Malaysia telah merealisasikan impian saya menjadi realiti apabila pada tarikh 25 Jun 2007, saya mendapat surat tawaran untuk menyambung pengajian ke peringkat IPTA.




Saya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian dalam pengkhususan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian. Pada hakikatnya, saya berasa agak kecewa dan terkilan kerana impian saya sepenuhnya tidak tertunai kerana tidak berjaya mendapat tempat di universiti pilihan.

Pada peringkat awalnya, saya perlu membiasakan diri dengan persekitaran yang baru. Jika di sekolah dulu guru-guru yang menguruskan hal ehwal pelajar-pelajarnya tapi di universiti semuanya bergantung kepada kita. Dari aspek pembelajaran pun jauh berbeza yang mana saya belajar di dalam satu dewan yang besar bersama ratusan pelajar-pelajar lain sedangkan di sekolah dulu hanya dalam 30 lebih je satu-satu kelas.



Di sini saya berpeluang mengenali rakan-rakan dari pelbagai negeri dan latar belakang. Ianya satu pengalaman yang sangat indah di mana pelbagai dialek negeri dapat saya pelajari bersama rakan-rakan baru di sini.

Tak kisahlah dari ceruk mana pun kami datang, apa yang pasti misi kami hanya satu iaitu untuk mengenggam segulung ijazah. Kami datang dari tiga kelompok yang berbeza yang mana saya dan rakan-rakan mendaftar masuk melalui STAM, STPM dan juga Diploma. Kami berganding bahu untuk sama-sama menggapai kecemerlangan di bumi USIM ini.




Itu cerita 4 tahun lalu... dan yang pasti kenangan itu sudah berlalu. Hari ini saya dan rakan-rakan boleh tersenyum puas mengingati bilah-bilah memori yang dirakam bersama sepanjang tempoh 4 tahun lalu. Kami juga boleh berasa bangga kerana segala cabaran dan kesukaran dah berjaya ditempuhi. Alhamdulillah syukur padanya kerana memberikan kami ruang waktu untuk menghabiskan perjuangan ini sehingga ke garis penamat.

Doaku padamu Ya Allah, moga saya dan rakan-rakan dipermudahkan segala urusan pada masa depan. Moga beroleh kejayaan dunia dan akhirat jua...AMIN.



Dalam Kenangan
Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian
Universiti Sains Islam Malaysia
Sesi 2007-2011




psssttt:- dlm ramai2 ni ade yang dh jd mak org, isteri org, tunang org, cpt2 sape lg yg mau tukar status ni....huhu..ME????? katakan tidak utk tempoh terdekat ini...haha (I will survive for my 3C first)


2 comments:

en_me said...

kawen sonok tau fieza tewww.. ehehe, me gurau2 jer oke, gudluck

Affieza said...

@en_me: seronok ekh..hehe..btw tq..

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile