topbella

16 April 2012

AKU SEBUAH KERETA...




Aku sebuah kereta buatan Malaysia. Namaku Proton Iswara. Aku dilahirkan di sebuah kilang automobil di Malaysia. Aku dibuat daripada besi, plastik, kaca dan getah. Aku mempunyai badan, stereng, kerusi dan roda. Stereng, brek dan pemacu aku berfungsi sebagai alat mengawal kenderaan.




Badanku berwarna biru. Setelah siap dipasang, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti. Setelah siap diperiksa, aku dihantar ke pusat pameran jualan kereta. Sampai sahaja di pusat pameran menjual kereta, aku dan kawan-kawanku dipamerkan di ruang yang disediakan.




Pada suatu hari, seorang lelaki datang untuk membeli kereta. Dia amat tertawan dengan reka bentukku yang cantik. Akhirnya, aku dipilih oleh tuan aku untuk dibeli. Kemudian, aku dipandu pulang ke rumahnya. Tuan aku memandu aku ke pejabat setiap pagi. Beliau juga menggunakan aku untuk menghantar anak-anaknya ke asrama dan pulang ke kampung bersama keluarga.



Tuan aku menjaga aku dengan baik dan cermat. Selepas digunakan, tuan aku akan membasuh aku sehinggan bersih dan berkilat. Beliau juga akan membawa aku ke bengkel sekiranya aku sakit. Aku berasa bangga dengan adanya tuan seperti tuan aku. Aku berharap dapat berkhidmat dengan tuanku buat selama-lamanya tapi sayang semalam 15 April 2012 tuanku telah menjual aku kepada orang lain. Khidmatku selama 14 tahun bersama tuanku telah berakhir. Kini tuanku telah beralih arah kepada kawan baru aku iaitu Cik Vios. Cik Vios telah mengambil alih tugasku selama ini.




Note 1: Inilah kereta pertama famili kami. Dari hanya menunggang motosikal Yamaha di awalnya, abah telah membeli kereta ini pada tahun 1998 untuk kegunaan beliau dan ahli keluarga kami.

Note 2: Kami sangat sayangkan kereta ini kerana banyak kenangan bersamanya. Kami adik beradik dihantar dan dijemput dari asrama serta pulang ke kampung menziarah datuk dan nenek dengan menggunakan kereta ini.

Note 3: Moment yg akan menjadi kenangan sampai bila-bila iaitu tanggal 20 September 2000, arwah nenek telah menghembuskan nafas yang terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital.



psssttt:- entri ini mengingatkan kpd zaman2 nak amik UPSR dulu, karangan autobiografi utk subjek Bahasa Melayu Penulisan...hehe



7 comments:

Nadiah Sidek said...

hihi..ternigat zaman sekolah dulu buat karangan macam tu :D

en_me said...

kete baru best kaans.. ehheee

miss hajar said...

aboh wi ke k.long kete tu...hiiihi :D

Affieza said...

@K.Nadiah: menggamit memori dulu2..hehe

@Hajimete: bese je...hehe

@Hajar: dah jual lah...huhu

CIK TOM said...

aah la teringt plk time karangan bm dulu..hehee

miss hajar said...

jual ke spe?huhu...

Affieza said...

@CIK TOM: best kan buat krgn cam gini...hehe

@Hajar: org van jual rokok

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile