topbella

23 April 2012

PENAWAR RESDUNG...

Sekadar perkongsian untuk sesiapa yang mengalami masalah resdung. Saya salah seorang darinya.

Resdung adalah sejenis penyakit yang dipanggil sinus di dalam bidang perubatan moden.Secara tradisional resdung dapat dirawat menggunakan gabungan herba-herba yang terpilih seperti zafran,madu lebah ,lime,air zam-zam ,minyak habbatus sauda dan doa.

Hakikatnya semua orang memiliki resdung atau sinus buktin
ya apabila seseorang itu demam maka keluarlah selsema.Perbezaannya adalah apabila kadar sinus telah berlebihan jadilah selsema sepajang masa dan inilah yang dipanggil resdung.

Tanda-tanda Resdung

1.Hidung sentiasa berair/selsema setiap masa terutama ketika cuaca sejuk dan awal pagi.

2.Gatal-gatal pada hidung,mata dan telinga terutama bila memakan ayam,udang,ketam,ikan masin dan sambal belacan.

3.Bersin diwaktu pagi dan bila terkena habuk.

Kesan-kesan Resdung

1.Hilang deria bau

2.Pelupa/daya mengingat lemah

3.Lubang hidung bengkak dan tersumbat nabawiyyah.com


Baru-baru ini di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9 ada membincangkan tentang rawatan alternatif untuk resdung. Panel yang terlibat pada hari tu adalah Ustaz Lokman Bin Abul Hamid, pengasas kepada Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah. Beliau bersama-sama menantunya iaitu pelakon Ashraf Muslim telah berjaya manjalankan rawatan alternatif ini kepada para pesakit dengan menggunakan ayat Al-Quran.


Bagi rawatan alternatif untuk resdung:-


1) Ambil air dari kolah masjid yang berlainan sebanyak 7 botol.
So, kena cari tujuh buah masjid yang ada kolah.



2) Campurkan kesemua air kolah tadi ke dalam satu bekas, besen atau baldi.





3) Kemudian bacakan ayat-ayat seperti berikut:-
- selawat

- ayat Kursi
- surah Al-Fatihah
- Surah Al-Anbiya' ayat 83





4) Setelah selesai simpan air itu di dalam bekas yang sesuai. Gunakan air itu untuk membasuh muka dan memasukkan ke dalam rongga hidung pada setiap pagi.




psssttt:- selamat mencuba...kita hanya berusaha seterusnya tawakal kepada Allah



5 comments:

en_me said...

aminn ya robbal alaminnn..

CIK TOM said...

ciktom ada resdung..nanti free2 blh cuba jgk.ciktom biasa sblm ni mkn ubat je..thanks fieza..

Affieza said...

@en_me: Amin...

@CIK TOM: just sharing...welcome dear

Anonymous said...

Mcm mne fiza dah sembuh spnuhnya

Affieza said...

@Anonymous: Alhamdulillah dgn kuasaNYA...

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile