topbella

22 May 2012

EXAM UNTUK KERJA...


Menamatkan pengajian untuk tempoh 3,4 atau 5 tahun di menara  gading pastinya memberikan kenangan terindah untuk semua graduan. Tak kisahlah di mana sekalipun kita dicampak utara, selatan,timur dan barat.  Masa yang dikorbankan itu adalah demi sekeping kertas A4 yang lengkap bertulis " Dengan ini disahkan penganugerahan ijazah kepada...."

Berbekalkan sekeping kertas itulah, kita mula mencari peluang-peluang pekerjaan, menghantar resume dan mengisi mana-mana kekosongan jawatan yang ada. Peluang itu ada tapi disebabkan lambakan graduan yang saban tahun keluar menyebabkan kita perlu bersaing untuk merebut tempat. 

Bagi yang ingin menjawat jawatan dengan kerajaan, graduan perlu melalui tiga peringkat pemilihan sebelum di tawarkan untuk menjawat jawatan di sektor awam. Peringkat-peringkat itu terdiri daripada Peringkat Pertama: Peperiksaan, Peringkat Kedua: Penilaian dan Peringkat Ketiga: Temuduga. Hal ini berlaku kerana terlalu ramai graduan yang mencari kerja dan  mereka ingin memilih yang terbaik di antara yang terbaik.

Saya pun antara yang terpilih untuk melalui peringkat pemilihan itu tp masih di peringkat pertama. Harapnya saya berjaya melepasi peringkat pertama ini dan berjaya untuk di panggil ke peringkat seterusnya. Now, saya nak share macam mana rupa peringkat pertama iaitu peperiksaan. 

Ia di kenali sebagai Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam. Calon di uji dengan 5 komponen kertas yang berbeza iaitu:- 

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

1. Nilai utama Perkhidmatan Awam Malaysia ialah:

A.  amanah, bersih dan jujur
B.  taat setia, adil dan bekerjasama
C.  kreativiti dan inovatif
D.  tanggungjawab dan akauntabiliti

 2. Perbelanjaan Mengurus dibahagikan kepada perbelanjaan:

I – tanggungan
II – pembangunan
III – perbekalan
IV – pelaburan

A.  I, III sahaja
B.  II, IV sahaja
C.  I, III, IV sahaja
D.  I, II, III, IV


SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH


1. Sebuah lori bergerak dengan kelajuan 22 meter sesaat dalam masa setengah jam. Berapakah jarak yang  dilalui dalam kilometer?

A.  550.6 kilometer
B.  440.6 kilometer
C.  66.6 kilometer
D.  39.6 kilometer

 2.  Sebuah kantin menjual makanan makanan pada hari Isnin hingga hari Jumaat. Antara makanan yang dijual ialah laksa, mi kari, mi goreng, mi rebus, nasi lemak dan roti canai. Tidak lebih daripada tiga jenis makanan dijual pada setiap hari.
- Nasi lemak dijual pada setiap hari kecuali hari Jumaat
- Laksa tidak dijual dalam dua hari berturut-turut
- Mi kari tidak dijual bersama dengan laksa
- Mi goreng tidak dijual bersama dengan mi rebus
- Roti canai tidak dijual bersama nasi lemak

Makanan yang dijual pada hari Jumaat ialah
I – laksa
II – roti canai
III – mi kari
IV – mi goreng

A.  I, II, III sahaja
B.  I, II, IV sahaja
C.  I, III, IV sahaja
D.  II, III, IV sahaja

 
SEKSYEN C – KEFAHAMAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

SEKSYEN D - ESEI BAHASA MELAYU
SEKSYEN E - ESEI BAHASA INGGERIS

Kesimpulannya bagi sesiapa yang bakal mengambil exam ini, perlulah tahu memgenai perkembangan semasa. Perlu banyak membaca dan mendengar berita2 terkini untuk memudahkan proses menjawab.

psssttt: I dah amik 3 kali exam ni utk 3 jwtan yg berbeza. Hope adalah yg melekat utk ke peringkat kedua plk. Doa2 kan. 


 

4 comments:

CIK TOM said...

gdluck affieza..insyaAllah ada rezeki n peluang..

miss hajar said...

temuduga nde eer long?

Syigim said...

selamat maju jaya! kak doakan dr dubai :)

Affieza said...

@CIK TOM: thanks!!

@Hajar: Exam SPA

@K.Syigim: thanks atas doa tu kak!!!

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile