Berakhir sudah penantian calon-calon pelajar SPM tahun 2011. Keputusan IPTA, Kolej Matrikulasi, Politeknik dan Maktab sudah di umumkan. Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya melangkah ke peringkat seterusnya. Tamat sudah cuti yang panjang dan bermulalah perjuangan baru untuk menggapai cita-cita.
Tahniah juga untuk my cousin yang berjaya di tawarkan untuk mengikuti pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia dalam program Asasi Pergigian.
Saya juga berkesempatan untuk menghantarnya ke Bumi Nilai dan inilah corat-coret Hari Pendaftaran pelajar baru.
Pendaftaran para pelajar di jalankan di Stadium Tertutup Nilai yang mana ianya berdepan dengan universiti tersebut. Bermula dari jam 8.30 pagi, kawasan stadium mula dipenuhi dengan kereta para ibu bapa yang datang dari pelbagai negeri. Yang masuk universiti seorang je tapi yang menghantar ni ramai sehinggakan atuk, nenek pun turun padang memberi sokongan moral kepada cucu mereka.
Tengok ni...semua pelajar datang dengan tema warna purple kerana ini merupakan pakaian rasmi sepanjang minggu orientasi berlangsung. Beratur ye adik2...nanti siap sedia nak melalui minggu orientasi yang sangat best + boring tu....huhu.
Ini pula kolej kediaman para pelajar. Apartment 5 tingkat 3 bilik. My cousin dapat tingkat 5, so jenuhlah nak angkat beg-beg yang boleh tahan berat tu untuk sampai ke tingkat atas. No Lift Ok!!!. Settled daftar and angkut barang-barang, kitaorang berpusing-pusing ke Nilai 3 pula. Camne boleh sampai Nilai 3?? Kolej Kediaman ni berdekatan ngn Nilai 3, so menyinggah lah kejap. Around kul 2, kitaorang pun bertolak balik.
Close Up Future Dentist to be Dr. Hajar Ashiqin Azmi
Dear cousin, may all the luck be with u and wishing all the best in your study. Study Smart and I know u can do it!!!. All family members will pray for your success...
2 comments:
tahniahnyerr tuu.. ehhee
@hajiMete: thanks..hehe
Post a Comment