Hari kedua di Gems, paginya ada participants manual briefing. Di sini, kami semua diberi keutamaan utk mengajukan sbrg pertanyaan regarding this program.
Around 11am, diadakan pula Opening Ceremony for Gems SCR07A. Perasmian dilakukan oleh Ms Shazreen from Gems Sdn.Bhd. Beliau mengalu-ngalukan kedatangan kami serta mengucapkan tahniah krn terpilih utk mengikuti program ini.
Tapi ada satu part yg aku ingat, bilamana beliau menegur nyanyian kami yg sgt lemau dan tdk bersemangat ketika menyanyikan Gems Song utk pertama kalinya. See..awal2 ktorg dah kena sembur. ktorg baru nk familiar ngn rentak dia, lirik pun xigt lg time ni... huhu
Settle opening ceremony, sebelah petangnya pula ada Group Formation. Group ini diselaraskan oleh Management Team. Aku ditempatkan di Group F. Without knowing anyone, I just walked and found for the table with alphabet of 'F'.
Malamnya pula, semua peserta dipecahkan kepada 7 kumpulan. Aku ditempatkan di kumpulan 5. Maka bermulalah ceritera aku dan kawan-kawan.
Dengan muka masih malu2, kami membentuk satu bulatan mewakili kumpulan 5. Di sini, kami memulakan sesi perkenalan antara satu sama lain. Untuk first meeting ni, kami semua dikehendaki membentuk satu struktur organisasi, memilih nama utk kumpulan beserta visi dan misi.
Bertarikh 15 Oktober 2012, terbentuklah satu company yg diberi nama Starhill Beach Resort Sdn. Bhd. Dikepalai oleh CEO, Milla and assist by QA & Audit, Linda. Seterusnya COO Project, Suhaimi bersama 5org Project Manager Syafiq (Sports & Recreation), Huda (English Enhancement), Zuki (Corporate Service Responsibility), Lah (Megatrends & Seminars), Wanie (Corporate Dinner).
COO Corporate diketuai oleh Shifa bersama 3org manager iaitu Biey (Finance and Admin), Dira (Corporate Communications) dibantu oleh Jiha (IT & Multimedia) dan aku selaku (Human Resource). Aku dibantu oleh 4org manager lain iaitu Tim (Learning and Development), Izzatti (Employee Relation), Edaya (Compensations and Benefits), Zul (Spiritual Uplift). Ali, Ajue dan Qila pula bertindak selaku Assistant Manager.
Perjalanan kami bermula...suka duka di Starhill Beach Resort. Disini kami berkenalan, belajar, dan berkongsi cerita.
0 comments:
Post a Comment