topbella

27 December 2012

CUTI 3 HARI...


Lepas je habis English Fair tu, Ahad off day, Isnin replacement leave and Selasa cuti Deepavali. Weeehooo!!! cuti 3hari sebelum masuk module baru. So, Suria Cherating pun berubah sunyi bilamana ramai yg balik dan ramai juga yg keluar berjalan-jalan. Aku malas nak balik coz rasa cam xberbaloi je.Ye lah sehari perjalanan balik, sehari perjalanan datang, end up sehari je full day kat rumah. 

Ahadnya sepanjang hari aku di 122 je...bukak laptop tengok cite. Marathon cite2 yg aku tertinggal sebelum2 ni...gigih betul kan??? hihi. Malamnya sedang aku duk sembang ngn roomate adalah sorg kawan ni call tny aku xnak kuar g jln2 ke esok. Aku ckp tak naklah nak rehat je kat bilik. Dia ckp lagi boring ni nak keluar pastu aku ckplah try ajak kawan yg lain larrr. Aku ni jenis xsuka keluar kalau xde apa yg nak buat or beli. Tim...Tim xcukup dgn call dia dtg plk bilik. Kali ni ada plan lain plk, dia ajk g tgk sunrise pagi esok. Ok yg ni aku setuju ngn roomate2 aku sekali dia ajk. Pastu tny lg ramai ke nak ikut, dia kata nnt nak call bdk2 kelas yg lain. Dia tny lg kau ada no telefon bilik budak2 ni tak? Nah amik senarai nama aku bagi kat kau...dia pun mulalah call sorg demi sorg guna telefon kt bilik aku plk tu.....huhu. 

Semua org yg dia call pesan kat dia esok kau kejutkanlah kitaorg takut xterjaga awal2 pagi tu dahlah nk gerak kul 6.30 pagi. Paginya, mmg semua kengkawan dia call. Kul 6 roomate aku mandi dulu pastu 6.15 aku plk. Sembahyang subuh siap2 pastu terus turun. Diaorg dah kt pantai time tu terus gerak ke pantai je lah.  Sambil aku ngn roomate berjalan ke pantai tu, pusing belakang nampak Zuki dia pun baru turun. 

So,aktiviti kitaorg yg xbalik ni pada hari Isnin tu ialah:- 

Paginya ke pantai menunggu matahari terbit lepas tu gerak balik ke New Roof utk breakfast. Siap breakfast diaorg main volleyball plk. Pas main naik bilik rehat jap coz tengahari ada aktiviti lain plk. 
Tengaharinya plk, kitaorg ke Turtle Sanctuary Cherating. Amik masa setengah jam jgk utk sampai. Kitaorg berjalan dari Suria Cherating Beach Resort sampailah ke Turtle Sanctuary Cherating tu...jauh jgk..Kalau nak ikut jalanraya mmg taklah tp ni kitaorg ikut jalan belakang menyusuri pantai taklah terasa jauh sgt. Tambahan pula jln beramai2 sambil sembang2 tup..tup...sampai camtulah kekdahnya. Group berjalan kali ni ada Tim, Ori, Ila, Mila, Mar,Dira, Linda, Zuki, Izwan dan juga Ikhwan. Yg pergi dulu pun dah ada masa kitaorg sampai tu. 
Sampai sana, dapatlah tengok penyu2 yg dipelihara kat situ. Ada yg besar dan ada juga yg masih kecil. Teruja dpt tgk dekat2 ni...hehe. Di samping tu, dpt gak tgk tempat penetasan telur penyu. Matahari dah terik and kitaorg decide utk balik, berjalan lagi beramai2 menyusuri pantai utk sampai ke New Roof dan membasahkan tekak yg dah haus. 

Petangnya pula, berduduk beramai-ramai kat sini. Tengoklah muka budak2 yg stay xbalik utk cuti kali ni. Dah macam2 gaya..tu apekena plk ngn Mr.Dondondon?? menungkan apalah agknya yer?? huhu. Dah xtau nak buat apa so duduk kat sini pun kira ok lah kan sesambil menunggu waktu utk menghantar dobi pakaian. 
Malamnya pula, ada lagi aktiviti utk budak2 yg xbalik ni iaitu movie show kt Bakawali Hall. Aku xturun pun malas. 

Penuh jadual utk cuti Isnin tu. Selasa plk ada lg aktiviti sunrise ni. Tim call handset aku kul 6.15 tp aku 6.30 baru bangun nak sembahyang Subuh. It's mean that mmg aku xsedarlah tu coz ada missed call...huhu. Kesian Tim xde respon and aku mmg xturun pun sbb dah lewat matahari pun dah naik time tu...sorry Tim...hehe

Habis dah cuti. esoknya mula module baru and Learning Facilitator yg baru gak. 

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile