topbella

25 April 2013

THIRD TASK...

Sedar tak sedar dah 4bulan rupanya saya di UMT. Semakin serasi dan selesa dgn working enviroment here. Rutin mcm biasalah dpt task dari supervisor pastu cuba siapkan. Setelah siap hantar utk semakan kalau ada yg hendak dibaiki, terpaksalah baiki dulu pastu baru hantar. Apabila dah hantar muncul plk task baru, begitulah rutin harian seorang pekerja kan??? huhu...

Sebelum ni dah story pasal my first task and second task, now nak cite psl task seterusnya pula. Ini sbg kenangan di hari tua kelak...hahaha. At least, saya tahu kerja ni dah pernah buat sebelum ni...hihi. 
Selesai buat 'filing' hari tu, dpt lg satu tugasan baru iaitu nak kena siapakan Manual Prosedur Kerja utk fakulti ini. Mula2 dpt tu ya Ampun banyaknyaaaaaaaa!!!! But slowly I manage to read and understand about the task. 

'Sikit-sikit, lama-lama, jadi bukit'. Berbekalkan kaedah tu lah, saya cuba utk menyiapkan dgn sebaik mungkin. Bermula dari page pertama hinggalah ke akhirnya, diteliti, diedit mana yg xkena dan terhasilah the latest of MPK. 
MPK ni merupakan proses kerja yang dilakukan oleh warga fakulti ini. Bermula dari staf sokongan hinggalah ke pihak Pengurusan Tertinggi. Dari sekecil-kecil tugas hingga ke tugasan besar. Semuanya disusun kemas di dlm MPK ini. 

Apa yg dipelajari dari task ini ialah, setiap satu tugas ada pecahan-pecahan individu yg bertungkus-lumus menyiapkan. Bermula dari pihak atasan hinggalah kpd warga sokongan. Inilah yg dikatakan sama-sama berganding bahu bagi memastikan kecemerlangan sesuatu kerja. 

23 April 2013

POT LUCK OFIS...

Cite sebulan yg lalu tp baru nak update...huhu. Hari tu pihak fakulti telah bersepakat utk mengadakan "Pot Luck". Ianya berikutan kejayaan salah seorang pensyarah yg telah memenangi tempat ketiga dalam penulisan artikel. Hadiah kemenangan berupa wang tunai so pihak fakulti mencadangkan agar duit itu digunakan utk majlis "Pot Luck". 
Semua warga fakulti dijemput utk memeriahkan majlis dari Pihak Pengurusan Fakulti, Kakitangan Akademik dan juga staf sokongan. Majlis bermula dari jam 12 tengahari sehinggalah ke petangnya. Majlis dimulakan dgn slot pengisian rohani disampaikan oleh Dr.Bazli selama setengah jam kemudian di sambung pula dgn ucapan dari Dekan Fakulti. Jam 1 semua dijemput menjamu selera.
Sambil2 mendengar tazkirah sempat juga bergambar...hihi. Kami warga staf sokongan bersama-sama menguruskan persiapan tempat serta juadah pada tengahari itu. 
Terdapat pelbagai menu sehinggakan pening nak pilih juadah mana yg hendak dimakan terlebih dahulu. Menu utama Nasi Putih di samping lauk-pauk, laksa, rojak betik dan juga sate. Manakala menu sampingan terdiri dari kuih-muih yg dibawa oleh kakitangan. Tidak ketinggalan buah-buahan pelengkap kepada segala macam menu pada hari tu.

Menjelang petang, masih byk hidangan yg belum habis so kami-kami ni pun memulakan operasi membungkus utk dibawa pulang ke rumah. Overall, majlis berjalan lancar dan masing2 kekenyangan dgn makanan yg pelbagai telah selamat masuk ke perut...hehe

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile