topbella

24 February 2016

FAMILY VACATION KE SABAH : DAY 1

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita dalam segmen jalan-jalan bersama Miss Affieza. Lama dah rasa tak tulis entri vacation kan???

Segmen Vacation kali ini akan membawa pembaca semua mengenali negeri Sabah Di Bawah Bayu.

Day 1, (17 February 2016)

Bertolak dari rumah setelah selesai Solat Subuh menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Sampai Airport just nice dengan time boarding. Pergi settlekan parking Mr. Vios kesayangan abah di lot parking bermalam. Caj RM15 utk satu malam jika ada yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut.

Masuk je dalam Airport terus ke departure hall kerana dah check in sesiap via website. Flight ke KLIA2 pada jam 8.20 pagi dan sampai pada jam 9.15 pagi. Sampai KLIA2, terus menapak ke Food Court untuk sarapan pagi. Kami memilih nasi lemak sebagai pembuka selera pada hari tu. Sementara menanti flight ke Kota Kinabalu, kami berjalan-jalan dulu di sekitar KLIA2. Flight ke Kota Kinabalu pula pada jam 2.30 petang dan dijangka sampai pada jam 5.00 petang. 

2.30 pm - Sabah Mu Tunggu Kami Datang!!! Tidur bangun tidur bangun akhirnya sampai. Kami tiga beradik dapat seat yang paling last dlm flight tu. Sampai je Airport terus contact Driver yang kami book a month before. Itenerary aku dah buat sesiap supaya senang nak bergerak kerana kami tidak suka terikat dengan pakej. InshaAllah kalau tak lupa saya kongsikan itenerary kami selama 4hari 3malam dalam entri yang lain. 

1) Pantai Tanjung Aru

Sampai je KKIA, kami terus bergerak kepada driver yang tengah menunggu kami. Tempat pertama yang kami pergi adalah ke Pantai Tanjung Aru. Ini kerana pantai ini terletak berdekatan dengan airport. Lepak petang disitu menunggu matahari terbenam. Di kawasan pantai itu, terdapat deretan kedai menjual jagung, kacang, jeruk, chicken wing dan pelbagai lagi. Kami membeli bekalan ringan disitu dan bergerak terus ke pantai. Havoc...sangat ramai pelancong walaupun hari itu bukan hari minggu. Kami menghabiskan masa disitu sehingga masuk Maghrib. Maghrib kat KK adalah pada jam 6.29 petang. Mmg dah take note awal2 jadual solat Negeri Sabah.

2) Restoran Terapung, Kampung Nelayan di Luyang

Dari pantai kami bergerak untuk dinner pulak. Kami memilih restoran terapung di Luyang untuk dinner pada malam pertama kami disitu. Jarak perjalanan lebih kurang setengah jam dari Pantai Tanjung Aru. 
Di restoran ini, kami disajikan dengan tarian tradisonal masyarakat Sabah. Mereka bertukar2 costume dan jenis tarian mengikut rentak lagu. Layan lah jgk walaupun aku tak minat sangat. Dah meja kami depan stage, mujurnya dia tak datang tarik naik untuk menari bersama. Mengikut review2 yang aku baca ada je orang kena naik atas stage tu. 
Menu yang kami pilih untuk malam itu adalah Udang Masak Telur Masin. Datang Sabah orang cakap makan seafood sampai muntah. Ohhhhh I likeeee. Memang tak menjadi masalah bagi penggemar seafood tegar macam aku ni. Jangan disuruh makan daging sudah...nangis aku. 
Selain itu, kami juga memilih menu ikan siakap masak sweet sour. Kat restoran ni juga disediakan side dishes seperti sayur dan buah-buahan. Manakala air pula adalah teh sabah. 

Overall, apa yang aku boleh cakap restoran ini agak mahal. Jika yang datang dengan bajet rendah sila cari restoran lain. Ini kerana restoran ini memang menjadi tumpuan pelancong luar mahupun Malaysia. Restoran ini juga memang terkenal dan just google for the name and u will find it. 

3) Hotel Iskandar, Kampung Air

Selesai dinner, kami pun bertolak ke hotel yang dah ditempah. Aku menempah hotel ini menggunakan email yang diberi. Harga satu malam RM90. Bilik ini dikenali dengan nama Super Family Room. Kalau walk in or tempah melalui phone agak mahal sedikit. So, sila book via website k. Kami sangat berpuas hati dengan bilik dan bilik air yang sangat bersih. Di bilik ini disediakan kemudahan wifi, aircond, astro dan water heater. Aku punya konsep kalau bercuti hotel cari yang murah2 je tapi makanan cari yang best2. Sebab kita nk tidur sekejap je nak jalan yang banyak kan???Family aku layan je...dah mmg kerja aku buat itenerary, book hotel and mr driver. 

4) Pasar Malam Kampung Air 

Sampai je hotel terus nampak Pasar Malam kat depan hotel tu. OMG excitednya!!! mata aku dah nampak mutiara-mutiara yang banyak. Tapi kami tak pergi terus, aku menyelesaikan bayaran dan urusan check in hotel tersebut kemudian discuss jap dengan driver utk itenarary keesokkannya pula. Family member lain dah selamat landing di katil. Rehat seketika di katil. Kemudian nak dekat pukul 10 malam kami bertiga berjalan ke pasar malam tersebut. Pasar itu ditutup pada jam 12malam. Abah dan Mama memilih untuk tidur kerana kepenatan seharian perjalanan. 
Kami berjalan dari mula sampai ke hujung. Apabila dah menjumpai lokasi yang dicari kami berhenti dan mula memilih. Yeay!!! kerongsang mutiara. Mutiara ada dua air masin dan air tawar, Air tawar lagi murah jika nak dibandingkan dengan air masin. Kami hanya membeli serba sedikit sahaja kerana memikirkan akan ke tempat lain lagi selepas ini. Kami juga membeli keychain sebagai ole-ole dari Sabah.

Balik ke bilik, kitaorang mandi, solat dan terus tidur. Nak kena recharge energy untuk berjalan pada keesokkan hari pula. 

TO BE CONTINUED.....

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile