topbella

05 February 2016

HAPPY BIRTHDAY MY AWESOME HERO!!!

Assalamualaikum...

Yeay!!! It's February already...Bila tiba je Bulan dua blog aku akan meriah dengan ucapan-ucapan untuk family tersayang. Bulan dua merupakan birthday Abah, birthday adik bongsu dan Hari Ulangtahun Perkahwinan Abah dan Mama. 

Hari ini 5 Febuari 2016

Nota cinta buat Abah Sayang...
Lelaki ini lelaki yang pertama aku lihat sebaik sahaja aku dilahirkan
Lelaki ini lelaki yang mendukung aku siang dan malam bila aku asyik menangis
Lelaki ini lelaki yang menghantar aku ke sekolah dengan motosikal Yamaha
Lelaki ini lelaki yang sentiasa memastikan kelengkapanku cukup untuk ke sekolah
Lelaki ini lelaki yang berjaya mendidik aku sehingga berada pada tahap ini
Lelaki ini lelaki yang sentiasa meniupkan semangat untuk aku terus melangkah
Lelaki ini lelaki yang menjadi tempat rujukan aku bila aku tak tau ape-ape
Lelaki ini lelaki yang banyak menghabiskan masa untukku
Lelaki ini lelaki yang  sangat penyabar dan lembut tutur katanya
Lelaki ini lelaki yang akan menjadi wali aku kelak

SATU YANG PASTI LELAKI INI LELAKI PERTAMA YANG AKU SAYANG!!!

Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-56 Handsome Man
I am lucky to have you as my father
Moga dirimu terus dipanjangkan umur dan berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah yang berpanjagan...AMIN

Love,
Anak Sulung
(05022016)

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile