Office trip!!! Bertolak Rabu malam dari UMT dan sampai K.L jam 5 pagi. Ini merupakan lawatan staf-staf Pejabat Pentadbiran, Fakulti Pembangunan Sosial, UMT. Staf-staf kat sini ada 16 orang tp yg boleh join hanya 13 orang. Sampai K.L, kitaorg berhenti mandi dan solat Subuh di masjid UPM.
Selesai semua urusan, gerak untuk breakfast. Kami breakfast di restoran yang berdekatan. Kemudian barulah ke destinasi yang pertama iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Kat sini kami melawat ke Pusat Perancangan Strategik dan Kualiti. Kami diberi taklimat mengenai 'Best Practice 5S' oleh pengarah pusat tersebut. Di samping tu, kami juga melawat unit-unit di bawah pusat tersebut.
Pihak UNITEN menyediakan makan tengahari untuk kami semua. Makan tengahari kat situ pastu bertolak ke hotel yang ditempah untuk urusan check-in. Kami menginap di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya selama 3hari 2malam. Dapat kupon makan pagi untuk 2hari tu. Overall ok larrr stay kat sini. Berehat kejap di bilik sebelum masuk ke shopping mood. Petang tu kami melawat + membeli belah di Sogo serta area sekitar Masjid India. Shopping sampai lebam...Sogo dah tutup baru gerak ke bas untuk balik hotel.
Hari kedua...paginya breakfast di hotel sebelum meneruskan lawatan ke organisasi yang seterusnya. Sebelah pagi kami melawat ke Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Cyberjaya (MAMPU). Kat sini kami diberi taklimat mengenai Perkhidmatan kepada pelanggan. Sambil mendengar taklimat tu kami juga boleh bertanya jika ada sebarang soalan. Minum pagi disediakan disini.
Bergambar kenangan di MAMPU...kemudian kami melawat ofis UMT cawangan Putrajaya. Yang ni xde dalam perancangan just kebetulan dah berada di area berdekatan. Bersembang sekejap dengan staf kat situ sebelum bergerak ke lokasi seterusnya.
Sebelah petang, kami melawat ke Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Yeay!!! menggamit kenangan betul larr ke sini. Tempatku menuntut ilmu sepanjang 4 tahun. Kat sini kami melawat ke makmal kaunseling. Makmal kaunseling kat sini terdiri dari makmal kaunseling individu, kelompok, keluarga dan kanak-kanak. Kami diberi penerangan oleh juruteknik makmal tersebut mengenai makmal serta sistem kawalan di situ. Program berakhir dengan minum petang di situ sebelum kembali ke shopping mood again. Nilai 3 here we go!!!! Kat sini boleh shopping lagi sampai kedai nak tutup baru gerak balik. Malamnya kami makan di area Chow Kit plk sebelum balik ke hotel.
Esok pagi, breakfast di hotel dan selesaikan urusan check-out. Kali ni staf2 request nak g Sogo lagi. Shopping again and again!!!! habis penuh ruang letak barang kat dalam bas ni. Kul 12 tengahari baru bas bertolak utk balik ke UMT. Tamat lah kisah lawatan 3hari 2malam mereka esoknya kerjaaaaaa!!!!
0 comments:
Post a Comment