Habis sudah kelapan2 module di Gems Program. Tapi jgn ingat kitaorg dah boleh rehat...ada lagi aktiviti yg menunggu. Simulation 2 and the last Group Live Project. Dah rasa malas sebenarnya nak gi Simulation 2 ni tp end up pergi jugak. Kalau ponteng mau Cik Ain tu call cari kita kat mana pastu nak kena buat surat bagai lagi..huhu.
Sebelum ni dalam Simulation 1, kitaorg perlu melalui proses interview dengan seorang interviewer.Now, utk Simulation 2 ni lain plk. Ini aktiviti berkumpulan. Kami telah diberi pilihan untuk memilih group kami sendiri. Group2 tersebut terdiri dari Human Resource, Business, Information Technology, Project Management, Research and Development.
Citenya mmg xtau nak pilih mana sbb semua macam xminat...haha tp kena pilih jgk takkan nak duk kt 122 plk. So, aku decide utk join Project Management group. Untuk Project Management group ni xde lah ramai sgt yg berminat coz ada 2 group je. Yg paling ramai ialah Research and Development lah coz ramai team engineer, researcher, chemist dan sewaktu dgnnya. Yg paling sikit plk Team Information Technolgy...xtaulah kenapa xde peminat kat situ. Untuk Business ngn Human Resource plk stable je ahlinya.
So, untuk Simulation 2 ni, aku di group Project Management bersama 9 yg lain. Leader kali ni Zuki bersama ahli2nya terdiri dari Asri, Izwan, Aizat, Zul, Azlin, Fatim dan juga Qila. Semua macam dah kenal lah coz 4orang dari company aku, 4orang dari company 6 sebelah je pun ngn company kitaorg and one from company 1 and one from company 2.
Fokus utama utk Simulation 2 ni ialah Planning. Macam kami di group Project Management ni, kami perlu buat satu carta aliran planning process tu. Kami sepakat utk buat planning nak bukak bisnes. Bisnes...bisnes apa? Macam2 idealah tp since Asri ni ada bisnes kerongsang, kami decide nak buat bisnes kerongsang. Swarovski ok!!! Kami divide tugas memasing sape buat bahagian budget, process, marketing. Lepas tu kena present plk.
Present ramai2 kt depan....dimulai dgn leader kitaorg lah follow by other members. Paling semangat sudah tentu si Zul...haha. Habis je present tu, Learning Facilitator bagi komen. Nak tau dia ckp apa? Saya suruh fokus dkt part planning je yg group kamu buat ni dah sampai nak jual dah product tu...nmpk tak kitaorg punya advance disitu....hahaha. It's ok, we take it as a learning process nnt kalau nak buat the real business sng dah tau sikit2 dia punya selok belok.
Igtkan dah habis, ada lagi rupanya.. keje rumah kot..eh silap kt sini xde rumah so ckp keje bilik boleh??? hehe. Setiap dari kami perlu cari satu post utk Project Management ni and then buat dia punya job description dgn kpi sekali. Antara postnya Project Manager, Floor Manager. Coordinator. Aku buat post Quantity Surveyor ngn Zuki and Qila. Macam biasa jawapan mintak je kat Pak Cik Google and then taip elok2 utk diemail ke pihak Site Management
Kul 5 ptg selesai...enjoy!!! no more class, no more assignment and fokus kitaorg utk performance waktu dinner nanti. Byk juga cite2 disebalik performance kitaorg ni belum dinner lagi tu. I will blog soon....Stay tuneeeeeeeeeee!!!
0 comments:
Post a Comment