topbella

28 December 2012

BANJIR @ KG.NERANG


Disember...musim tengkujuh...dah macam sinonim ngn pantai timur. Hujan turun dgn lebatnya utk tempoh beberapa hari sehingga air sungai naik mendadak. Maka banjirlah jawabnya...huhu

Sebenarnya dah lama kampung aku ni tak dilanda banjir tp this year mmg agak teruklah coz air sampai mencecah paras leher. Tp Alhamdulillah rumah aku kat kawasan tinggi so air xsampailah mencecah ke rumah setakat jalanraya depan rumah tu je lah. 
- masa ni air baru tengah naik - 

Banjir kali ni aku di KL so tak merasalah suasana tu. Kat rumah ada Abah ngn Ma je lah. Ni pic dari sepupu aku yg kirimkan. Nak main banjir jgk...huhu. Rindu...last main banjir waktu zmn sekolah dulu pastu mmg air xnaiklah sampai macam tahun ni. 
- Ayah Chik ngn Atiq tolong angkt brg jiran dpn umah -

Jiran depan umah pun tumpang simpan barang kt umah kitaorg. Rumah2 kt depan semua ditenggelami air. Harapnya air akan surut dlm masa yg terdekat ni dan bolehlah diorang operasi bersih rumah pula. 

REGISTERED COUNSELOR


Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian setahun yg lalu membolehkan aku digelar sebagai kaunselor. 

17 November yg lalu, aku telah mengikuti Program Transformasi Minda Ke Arah Kaunselor Berdaftar. Ianya dijalankan selama 2hari di Hotel Gold Coast, Klang. Aku mengikuti program ini bersama dengan sepupu yg juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kaunseling. 

Kami sampai di hotel around 6pm dan terus check in bilik. Satu bilik menempatkan 3orang peserta. Kami berkongsi bilik dengan seorang lagi peserta yg merupakan guru kaunseling. 

Habis urusan check in, kami naik ke bilik utk meletakkan segala barang yg dibawa sebelum turun untuk urusan pendaftaran. Kami diberi borang utk diisi dan menyerahkan segala dokumen yg diminta sebagaimana dalam surat yg dihantar menerusi emel. Kami juga perlu menyelesaikan bayaran sebanyak RM300 untuk urusan pendaftaran kaunselor. 
- my room - 

Sebelah malamnya pula, diadakan sedikit briefing untuk proses interview keesokkan paginya. Briefing dikendalikan dalam keadaan santai dan sekadar untuk menerangkan flow proses interview tersebut. Kami juga diberi nombor giliran. Aku mendapat giliran yg ke 43 daripada 57 orang peserta. 

Kami juga diingatkan dengan beberapa perkara penting yg perlu kaunselor tahu dan ingat seperti teori apa yg kita selalu guna, berapa sesi kaunseling yg perlu dihabiskan bg melayakkan kita memohon lesen, dan tak lupa juga buku log kaunseling. Selesai semua tu, pergi supper and naik bilik utk tidur. 

Pagi esoknya jam 9pagi diadakan sedikit talk oleh wakil dari Persatuan Kaunselor Profesional Berdaftar Malaysia. Selepas itu minum pagi. Interview bermula pada jam 10 pagi. Panel penemuduga kali ni ialah Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din. 

Lama juga menunggu giliran sampai ke tengahari baru sampai turn nya. Feeling time ni biasa2 je xde lah nervous sgt. Berjalan masuk dan duduk di depan beliau. Soalan pertama yg dia tanya Awak Gila Tak? See the question xperlu nak study sangat kan?? hahaha. Nasiblah kalau dpt yg senang tp kalau dia tny akta2 ni mau garu kepala nak menjawabnya. 
- With En.Akhmarudi, Setiausaha Agung - 

So far, soalan dia biasa2 je yg memang para kaunselor dah familiar. Habis sesi soal jwb tu dia terus ckp 'AWAK LAYAK DIDAFTARKAN'. Perggghhhh senyum sampai ke telinga kot time tu. Happy ok!!!  Kat Malaysia hanya seribu lebih kaunselor yg mendaftar dgn Lembaga Kaunselor Malaysia buat masa skrg. Untuk menjadi seorang kaunselor mmg lesen ni sgt penting. Ini kerana ketika temuduga utk post Kaunselor ataupun Pegawai Psikologi diaorang akan tanya ada lesen kaunselor tak?? That's why I tak lpskan peluang ni. 
- I am registered counselor - 

Kuar bilik interview terus sms my mom to share that news. Then bergambar kejap sebelum naik utk check out. Kitaorg check out kul 2 then pergi lunch. Makanan kt hotel ni boleh tahanlah byk pilihan sampaikan xtahu nak pilih yg mana. Selesai urusan terus bergerak balik ke KL. 

27 December 2012

MODULE 5: D.B.I.S


Lama bercuti so macam liat sikit nak dtg kelas...huhu. Apapun perlu teruskan jugak tambahan ini merupakan module yg kelima tinggal lagi 3 module je yg perlu dihabiskan. Module yg kelima ialah Dynamic Business Interpersonal Skills (D.B.I.S). Awal paginya, macam biasalah sesi introduction ngn Learning Facilitator dulu. Learning Faclitator kali ni lelaki lagi, Haji Othman tp kalau baca versi Izzatti Haji Ottoman jdnya...hehe. 
Group baru lagi...utk group kali ni Learning Facilitator pecahkan kami semua kepada 2 kumpulan iaitu participants yg dah ada working experiences dgn participanats yg xpernah bekerja. Dari dua group itu dia cuba campurkan kami semua dengan mengira 1,2,3 then ulang2 sampai semua dpt nombor memasing. So, semua jadi 3 group dan dalam group tu akan ada org yg pernah bekerja dengan tdk pernah bekerja. Nampak tak Haji Othman punya idea??? hahaha. Ok lah tu memasing boleh belajar di antara satu sama lain. 

Group kali ini diberi nama Excellente. Diketuai oleh Ali bersama team members yg lain ada Zuki, Lah, Edaya, Tim dan juga Dira. Semua gambar aku pilih yg tengah senyum sebabnya kat kelas ni awal2 lg kitaorg diajar 'Senyum Tiga'. Korang tau ke senyum tiga tu camne rupanya...hah camni mbeeekkk...mbeeekkk...mbeeekkk...hahaha so sweet kan!! Intro kelas ni pun dah nmpk dia punya happening kan so kitaorg mmg enjoylah dlm kelas ni....kelas lain pun enjoy jugak tapiiiii.....hmmmm
Dalam module ni, apa yg diajar semuanya lebih kpd skills. Skills bercakap, body movement, interaction with people dan mcm2 lagi. Awal2 kelas dah kena record video cara kita nak dtg report duty kat office and then kitoarg sama2 tgk and komen. Dalam kelas ni jgk ada pertandingan antara group. Group yg paling byk menjawab dan aktif mmg byklah dpt markahnya. Apa je jawapan yg kita bagi pasti ada pecahan markahnya. Semua excitedlah nak menjawabnya, aku senyap je kecuali kalau ditanya baru nk bukak mulut...huhu. Kesian kt team excellente ni. 

Hari kedua module ni belajar cara bersalam, cara menjawab pertanyaan dan macamana nak buat stroking. Even benda tu negatif sekali itu tdk bmaksud kita perlu mdiamkan diri je. Diajar cara mcmna nak menegur dlm keadaan yg tdk mengguris perasaan org lain. Utk aktiviti stroking ni, kitaorg kena buat by partner and stroking each other. Partner dpn aku kali ni Zuki so nak tak nak mmg kena buat ngn dialah begitu juga yg lain buat dgn partner dpn mereka. Pas siap tulis tu kena share plk dgn satu kelas. Tp Learning Facilitator xpaksa sape nak volunteer je. Aku mmg tak naklah tp blh plk si Zuki ni nk jadi volunteer dahlah aku xtulis pape pun...huhu. Mmg jd Super Spontan jap aku nak reply si Zuki punya stroking ni. Nak tau dia ckp apa? meh nak tulis

Fiza,
How are you
Why you look so quite today
Do you have any problem
Let share with me
I hope I can help you

Kelas dah bising time ni ckp jwb Fiza jgn xjawab... OMG speechless ok xtau nak ckp apa malu pun ada gak..apa yg terlintas time tu aku jwb je coz mmg tak expect stroking apa dari Zuki ni

Zuki, 
I'm fine
Thank you for the care 
I really appreciate it
And nice to know you
Habis kelas tu, hari ketiga masuk part grooming plk. Semua participants nak kena dress up camne nak attend interview. Dari atas dgn tudungnya, bajunya sehinggalah ke kaki dgn kasutnya begitu jg lelaki tali lehernya, kasutnya, tali pinggangnya dan semualah diambil kira. Di kelas plk, kena buat catwalk cara jalan nak masuk ke bilik interview...feeling cam model plk...haha. Tp overall bestlah. Utk aktiviti ni award pakaian terbaik dimenangi oleh Zuki for the King and Izzatti for the Queen of Starhill. Congrats to both of u. 
- With our Learning Facilitator for Module D.B.I.S, Haji Othman - 

Utk Self Learning Assignment pula, kitaorg kena buat 5 jenis dialog yg berlainan situasi menggunakan segala apa yg diajar ketika dikelas ini. Ayat mesti terbaik punyerrr bkn macam bdk sekolah lagi. Hari terakhir kelas ni, aku xdpt join coz malam sebelum tu dah gerak ke KL ada interview dgn Lembaga Kaunselor Malaysia. Walaubagaimanapun kelas ni  mmg TERBAIKKKKKKK..... I LOVEEEEEEEE MY BOSS

CUTI 3 HARI...


Lepas je habis English Fair tu, Ahad off day, Isnin replacement leave and Selasa cuti Deepavali. Weeehooo!!! cuti 3hari sebelum masuk module baru. So, Suria Cherating pun berubah sunyi bilamana ramai yg balik dan ramai juga yg keluar berjalan-jalan. Aku malas nak balik coz rasa cam xberbaloi je.Ye lah sehari perjalanan balik, sehari perjalanan datang, end up sehari je full day kat rumah. 

Ahadnya sepanjang hari aku di 122 je...bukak laptop tengok cite. Marathon cite2 yg aku tertinggal sebelum2 ni...gigih betul kan??? hihi. Malamnya sedang aku duk sembang ngn roomate adalah sorg kawan ni call tny aku xnak kuar g jln2 ke esok. Aku ckp tak naklah nak rehat je kat bilik. Dia ckp lagi boring ni nak keluar pastu aku ckplah try ajak kawan yg lain larrr. Aku ni jenis xsuka keluar kalau xde apa yg nak buat or beli. Tim...Tim xcukup dgn call dia dtg plk bilik. Kali ni ada plan lain plk, dia ajk g tgk sunrise pagi esok. Ok yg ni aku setuju ngn roomate2 aku sekali dia ajk. Pastu tny lg ramai ke nak ikut, dia kata nnt nak call bdk2 kelas yg lain. Dia tny lg kau ada no telefon bilik budak2 ni tak? Nah amik senarai nama aku bagi kat kau...dia pun mulalah call sorg demi sorg guna telefon kt bilik aku plk tu.....huhu. 

Semua org yg dia call pesan kat dia esok kau kejutkanlah kitaorg takut xterjaga awal2 pagi tu dahlah nk gerak kul 6.30 pagi. Paginya, mmg semua kengkawan dia call. Kul 6 roomate aku mandi dulu pastu 6.15 aku plk. Sembahyang subuh siap2 pastu terus turun. Diaorg dah kt pantai time tu terus gerak ke pantai je lah.  Sambil aku ngn roomate berjalan ke pantai tu, pusing belakang nampak Zuki dia pun baru turun. 

So,aktiviti kitaorg yg xbalik ni pada hari Isnin tu ialah:- 

Paginya ke pantai menunggu matahari terbit lepas tu gerak balik ke New Roof utk breakfast. Siap breakfast diaorg main volleyball plk. Pas main naik bilik rehat jap coz tengahari ada aktiviti lain plk. 
Tengaharinya plk, kitaorg ke Turtle Sanctuary Cherating. Amik masa setengah jam jgk utk sampai. Kitaorg berjalan dari Suria Cherating Beach Resort sampailah ke Turtle Sanctuary Cherating tu...jauh jgk..Kalau nak ikut jalanraya mmg taklah tp ni kitaorg ikut jalan belakang menyusuri pantai taklah terasa jauh sgt. Tambahan pula jln beramai2 sambil sembang2 tup..tup...sampai camtulah kekdahnya. Group berjalan kali ni ada Tim, Ori, Ila, Mila, Mar,Dira, Linda, Zuki, Izwan dan juga Ikhwan. Yg pergi dulu pun dah ada masa kitaorg sampai tu. 
Sampai sana, dapatlah tengok penyu2 yg dipelihara kat situ. Ada yg besar dan ada juga yg masih kecil. Teruja dpt tgk dekat2 ni...hehe. Di samping tu, dpt gak tgk tempat penetasan telur penyu. Matahari dah terik and kitaorg decide utk balik, berjalan lagi beramai2 menyusuri pantai utk sampai ke New Roof dan membasahkan tekak yg dah haus. 

Petangnya pula, berduduk beramai-ramai kat sini. Tengoklah muka budak2 yg stay xbalik utk cuti kali ni. Dah macam2 gaya..tu apekena plk ngn Mr.Dondondon?? menungkan apalah agknya yer?? huhu. Dah xtau nak buat apa so duduk kat sini pun kira ok lah kan sesambil menunggu waktu utk menghantar dobi pakaian. 
Malamnya pula, ada lagi aktiviti utk budak2 yg xbalik ni iaitu movie show kt Bakawali Hall. Aku xturun pun malas. 

Penuh jadual utk cuti Isnin tu. Selasa plk ada lg aktiviti sunrise ni. Tim call handset aku kul 6.15 tp aku 6.30 baru bangun nak sembahyang Subuh. It's mean that mmg aku xsedarlah tu coz ada missed call...huhu. Kesian Tim xde respon and aku mmg xturun pun sbb dah lewat matahari pun dah naik time tu...sorry Tim...hehe

Habis dah cuti. esoknya mula module baru and Learning Facilitator yg baru gak. 

26 December 2012

SCR07A: ENGLISH FAIR


Habis dah module 4. Khamis, 8 November 2012 bermula pula Group Live Project (GLP) yg kedua iaitu English Fair. Acara yg dipertandingkan dlm English Fair kali ni ada dua iaitu Drama dan Speak Up Your Mind. Setiap company perlu menghantar wakil masing2. 
Acara dimulakan dengan Preliminary Drama Competition pada hari Khamis malam. Setiap company perlu melakonkan satu drama yg berkaitan dgn 'Employability'. Starhill menghantar 9 orang pelakon iaitu Ali, Jiha, Qila, Biey, Tim, Zatti, Zul, Zuki dan Ajue selaku pelakon utama. Director utk drama ni Lah manakala aku dan Wanie bertindak selaku backstage tukang susun2 barang...hihi. 
Kitaorg membawakan drama ttg masalah peribadi yg dibawa ke tempat kerja sehingga menjejaskan prestasi kerja. Setiap company diberi masa 20minit utk melakonkan drama tersebut. Hanya 3 terbaik akan berjaya dipilih utk ke Drama Grand Finale pada hari Sabtu pula. Company kami tdk berjaya ke Grand Finale dan berakhir sudah cerita drama. 

Jumaat pula ada Simulation Part 1 yg mana semua Gems Participants perlu melalui proses interview bersama seorang panel penemuduga. Ada 3 panel yg dipertanggungjawabkan utk mengendalikan interview tersebut iaitu Encik Zul, Encik Din dan Puan Zaireen. Aku dpt ngn Puan Zaireen. Habis je interview tu dia komenlah apa yg bagus dan apa yg perlu improve utk real interview kelak. 
Sabtu, 10 November 2012 bermulalah Grand Finale utk English Fair. Tema yg cuba diketengahkan adalah "Better English, Better Future". Acara bermula pada jam 8.30 pagi. 
MC utk English Fair kali ni ialah Dira wakil dari company aku. Manakala utk informal MC dikendalikan oleh gandingan Fahmi dan Sufi. 
Acara bermula dgn bacaan doa oleh Saudara Afiq Omar. Diikuti pula ucapan perasmian oleh Ms Shazreen dan seterusnya nyanyian lagu feveret kami Gems Song. 
Settle semua tu, Informal MC mula mengambilalih pentas utk mengacarakan Speak Up Your Mind Competition. There have no preliminary round and we go straight to the Finale. For this competition I am one of the representative for my company. Satu group diberi masa 10 minit utk mengeluarkan hujah dan pendapat which mean one member will talk about two minutes and then pass to other member. Kitaorg diundi dpt first group...nervoussssss ok!! Tp semasa berjalan nak ke pentas tu my company members sempat wish gud luck Jiha, Zuki, Lah and semualah...Thanks for the support and curahan idea bersama sampai kul 2 pagi kat New Roof Jumaat malam tu.
Kami berlima mewakili company Starhill dengan dimulakan oleh Wanie, Mila, Syafiq, Aku dan conclusion by Suhaimi. Kitaorg perlu mengutarakan ttg 'A business degree does not guarantee you are successful venture'. 
Habis Speak Up Your Mind Competition, break for minum pagi. Time break tu organizer pasang video and song to avoid from bored...huhu
Selepas break, bermula pula competiton for Drama Grand Finale. 3 company terbaik yg dipilih dari preliminary round hari tu perlu berentap sekali lagi utk menentukan juara. Mereka terdiri dari company 2,4 dan 7. 
Ini pula barisan judges utk ketiga2 pertandingan tu dari drama preliminary competition, Speak Up Your Mind and the last one Drama Grand Finale. Segala keputusan terletak di tangan mereka. Berakhirnya drama competition maka berakhirlah competition utk English Fair kali ni. Semua keputusan dah ready utk diumumkan. 
Sebelum tu, penyampaian cenderamata utk barisan judges pada hari tu. Hadiah disampaikan oleh Encik Din. 
Selepas tu, diumumkan para pemenang utk Speak Up Your Mind Competition. Hanya 3 terbaik dipilih oleh juri. 
Johan disandang oleh Company 1, naib johan Company 4 dan tempat ketiga pula jatuh kepada Company 7. 
Untuk drama pula, Johan dimenangi oleh Company 4, naib johan Company 7 dan tempat ketiga disandang oleh Company 2. 
Bagi Starhill Company pula kitaorg hanya dapat conso prize. It's ok better than zero rite??? English Fair utk SCR07A berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada Ms Shazreen.The end and bersiap sedia utk Post Mortem pada sebelah malamnya. 

psssttt:- pas abis ni ktorg cuti 3hari offday, replacement leave dan jgk Deepavali. Next entry aktiviti cuti kitorg k...hihi

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile