Ape kena ngn tajuk entry kali ni ekh??? Macam nk tulis liputan pasal perlawanan bola sepak jer. Tapi jgn salah faham ini tak de kena mengena ngn bola sepak pun. Yang pasti entri ni nk mengisahkan tentang perbezaan antara Negeri Terengganu ngn Negeri Perak..itulah cite sebenarnya..hehe.
Baru-baru ni, saya berkesempatan untuk berkunjung ke Felda Trolak, Sungkai, Perak. Pergi ni pun atas jemputan kawan untuk menghadiri kenduri di rumahya. Kenduri sempena keberangkatan ayahnya ke Mekah pada sabtu ni. So, saya pun berangkatlah ke negeri Perak sebelah petangnya setelah selesai menghadiri kelas di universiti.
Apa yang menarik perhatian saya ialah, saya dpt rasakan yang memang terdapat perbezaannya dgn negeri tumpah kelahiranku (Terengganu). Ini bukanlah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Perak tapi inilah kali pertama saya merasai suasana kenduri di negeri Perak.
Perbezaan pertama yang dapat di rasai sudah tentulah dari segi dialeknya. Mana yg boleh faham tu ok lah tapi kalau yg agak lain bunyi nyer tu buat2 faham je lah. Dialek ini agak pekat di gunakan terutama di kalangan orang-orang tua yang dah lama bermastautin di negeri ini. Jadi tidak hairanlah kerana mereka mmg dah sebati dengan dialek tersebut. Kebiasaannya akhiran 'a' dalam sesuatu perkataan di tukar kepada 'e'. Contoh perkataan dan contoh ayat di dalam dialek Perak ialah :-
Berbeza dengan dialek Negeri Terengganu yang mana akhiran 'n' dalam sesuatu perkataan di tambah dengan huruf 'g'. Contoh perkataan dan contoh ayat di dalam dialek Terengganu
ialah :-
Selain itu, saya juga dapat merasai perbezaan dari segi hidangan yang di hidangkan. Lauk-pauk yang di hidangkan sama je yang berbezanya dari cara masakan mereka. Orang Perak boleh berbangga dengan masakan gulai tempoyak ikan sembilang, gulai lemak cili padi dan rendang tok. Di Terengganu plk, masakan yang menjadi tumpuan sudah tentulah nasi berlauk, nasi dagang, ayam percik dan sebagainya.
Ini baru di lihat dari dua aspek, tapi sudah terserlah di situ perbezaan antara dua negeri Perak dan Terengganu. Bagi lelaki dan wanita yang akan melangsungkan perkahwinan dari dua buah negeri yang berbeza ini, perlu bersedia untuk merasai perbezaan tersebut. Ape lg agak nyer perbezaan antara dua negeri ni ??? Nak tau kena dtg Perak lg lain kali..huhu
Walaupun terdapat perbezaan antara kedua-dua negeri ini, ianya tidaklah menjadi satu permasalahan untuk kita bangkitkan. Yang penting kita perlulah menghormati perbezaan budaya antara satu sama lain kerana 'human is unique'.

~ mereka menjadi "kome"
~ awak menjadi "mike"
~ "mike nak ke mana" ("awak nak ke mana")

~ makan menjadi 'makang'
~ ikan menjadi 'ikang'
~ "mung nok gi dok makang ikang" ("awak nak pergi tak makan ikan")
~ ikan menjadi 'ikang'
~ "mung nok gi dok makang ikang" ("awak nak pergi tak makan ikan")
Selain itu, saya juga dapat merasai perbezaan dari segi hidangan yang di hidangkan. Lauk-pauk yang di hidangkan sama je yang berbezanya dari cara masakan mereka. Orang Perak boleh berbangga dengan masakan gulai tempoyak ikan sembilang, gulai lemak cili padi dan rendang tok. Di Terengganu plk, masakan yang menjadi tumpuan sudah tentulah nasi berlauk, nasi dagang, ayam percik dan sebagainya.
Ini baru di lihat dari dua aspek, tapi sudah terserlah di situ perbezaan antara dua negeri Perak dan Terengganu. Bagi lelaki dan wanita yang akan melangsungkan perkahwinan dari dua buah negeri yang berbeza ini, perlu bersedia untuk merasai perbezaan tersebut. Ape lg agak nyer perbezaan antara dua negeri ni ??? Nak tau kena dtg Perak lg lain kali..huhu
Walaupun terdapat perbezaan antara kedua-dua negeri ini, ianya tidaklah menjadi satu permasalahan untuk kita bangkitkan. Yang penting kita perlulah menghormati perbezaan budaya antara satu sama lain kerana 'human is unique'.
psssttt:- sayang sekali lupa nk snap pic utk di tempek dlm entry ni sbg kngn akn dtg..huhu..
2 comments:
hahaha...nak blajor bahase perak meh la dtg jumpe teman...teman mmg asei oghang perak... PERAKIAN....
Hahaha...mau tergeliat lidah teman nk bljr bahasa mike ni....
PERAKIAN???
Post a Comment