topbella

16 November 2010

HARI ARAFAH...


Ingatkah kita kepada satu tarikh dimana Umat2 Islam Di Mekah yang mengerjakan Rukun Islam Kelima sedang wukuf di Arafah??? Hari ini kita berada di 9 Zulhijjah yang mana ianya di kenali sebagai Hari Arafah.

Hari Arafah adalah hari yang kesembilan dari bulan Zulhijjah yang mana bagi jemaah haji mereka diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana.

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya : Tiada daripada hari yang lebih ramai daripada membebaskan Allah padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?

Bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadat haji, disunatkan berpuasa. Pada hari ini juga disunatkan untuk mengumandangkan takbir.

Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim).


psssttt:- Selamat berpuasa kpd semua yg berpuasa hari ini, entry ni di tulis lps bersahur smbil2 nk tunggu masuk wktu subuh..hehe

5 comments:

Wanzi said...

selamat hari raya aidiladha buat Affieza seisi keluarga.. pohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata di dalam dunia bw.

Affieza said...

Thanks...

ardinihumaira said...

selamat hari raya:D

Ainna Jalil said...

marilah puasa sunat harini dan selamat hari raya aidiladha :)

Affieza said...

Dini & Enna: Selamat Hari Raya...

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile