topbella

30 November 2010

JOM KENALI PEGAWAI PSIKOLOGI...

Menjadi seorang Pegawai Psikologi bukanlah cita- cita yang di idamkam. Minat yang mendalam dalam bidang bahasa menutup minatku untuk berkecimpung dalam bidang2 lain. Tapi kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Borang tawaran kemasukan ke universiti tiga tahun yang lalu ku isi dengan penuh yakin berharap agar pilihan2 teratas berjaya merealisasikan impianku. Tapi keputusan tawaran masuk ke universiti tidak berpihak kepadaku bilamana kursus yang tidak pernah aku minati tertera di surat tawaran. Aku di pilih untuk mengikuti kursus kaunseling. Aku pasrah dengan keputusan itu dan berharap agar ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Tawaran itu menempatkan aku di dalam kursus kaunseling bersama dengan 61 orang pelajar yang lain. Perasaan sedih memang tak dapat di sembunyikan apabila sesi berkenalan bersama pensyarah2 dan rakan2 baru mengkehendaki kita menceritakan serba sedikit tentang kursus yang di ambil itu samaada memang yang kita nak atau dapat. Suka atau tak yang pasti aku dah melangkah ke bidang ini bilamana aku mendaftar sebagai pelajar di universiti itu.

Sekarang aku dah berada di tahun akhir pengajian. Tempoh 4 tahun telah banyak mengubah pendirian aku tentang kursus ini. Sokongan dari kaum keluarga, pensyarah2 dan rakan2 menjadikan aku seorang yang kuat untuk berdepan dengan cabaran itu. Tidak lama lagi aku akan memulakan praktikal dalam bidang ini. Harapnya aku akan berjaya melalui proses tersebut dan berjaya untuk menjawat jawatan sebagai Pegawai Psikologi pada masa akan datang.

Siapa itu Pegawai Psikologi???

Sejarah kewujudan Pegawai Psikologi di JPA bermula pada tahun 1992 dengan tertubuhnya Unit Psikologi dan Kaunseling. Unit ini kemudiannya berkembang menjadi Bahagian pada tahun 1998.

Pegawai Psikologi kini telah ditempatkan disemua kementerian, pejabat SUK Negeri, Kolej Komuniti, Pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Daerah dan di JPA sendiri. Skim ini dilihat bakal berkembang sejajar dengan perkembangan perkhidmatan awam itu sendiri. Apabila modal insan menjadi pokok persoalan maka kejuruteraan insan itu dengan sendirinya akan berkembang.

Pegawai psikologi sebagai jurutera insan harus memainkan peranan yang lebih ampuh bagi membuktikan keperluan kepada perkhidmatan ini bukan hanya di atas kertas tetapi merupakan keperluan mutlak dalam perkhidmatan awam. Sumber : HERE

a. Jawatan : Pegawai Psikologi

b. Gred : S41


c. Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

d. Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/ Jabatan

e. Jadual Gaji :

P1T1 RM1688.89 - P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 - P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 - P3T27 RM5219.23

Kelayakan

i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3]; ATAU

ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3]; ATAU

iii) Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T7]; ATAU

iv) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan ialah pada Gred S41: P1T10]; DAN

iv) lulus B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/ psikologi klinikal/ kaunseling kepada klien. Sumber : HERE



psssttt:- praktikal pn belum mula lg...dh berangan nk jd Pegawai Psikologi...huhu



20 comments:

transformed housewife said...

insyaallah. tak lama dah tu nak jd pegawai psikologi.

Ainna Jalil said...

Insyallah u will be, gaji dia dah cambest dah tuh! ^.^

Anonymous said...

bagus la jadi pegawai psikologi esp bila dah ada keluarga dan anak2 nani... berguna tu!

Hamizah said...

good luck,fiezza..

Lulu Caldina said...

semoga kan tercapai..amin..

Unknown said...

hehehhe.. berangan tu indah... lagi indah bila jd nyata..

maksu kakyong, dia amik kaunseling dlm pengurusan sumber.. punya lah payah cari kerja...

lastly rezeki dia dgn MAP Dr Tengku Asmadi...

Affieza said...

Thanks everyone for all the wishes and support...

CIK TOM said...

wah hebat!semoga dpt kerja yg diidamkan..good luck!

p/s; seminggu cik tom offline..skang sesi balas jejak entry&komen!

Anonymous said...

salam..

hai there.jus nk kongsi info,mayb berminat ngan kareer sy =)

sy degree in psikologi frm uia.mintak kpli,jadi guru bimbingan dan kaunseling sek rendah skrg.keje half day,gaji basic lbih tinggi dr ketiga-tiga tangga gaji pegawai psikologi.guru kaunseling confirm xngajar di sek.jus buat sesi kaunseling individu n kelompok n handle certain prog at school relating to kaunseling.career ni yg sgt sesuai bg mereka yg sudah berkeluarga,dpt fokus pd keluarga.

Unknown said...

assalamualaikum fieza.,

saya tahu pada mulanya agak sukar utk terima bhw kita masuk dalam bidang yg bukan pilihan kita. as time goes by, I believe u learned a lot in counseling field as well as learn more about yourself. Personally, I gone through all that...bersyukur I'm in this field. Bear in mind that as a counselor, actually u hv a huge responsibility towards your clients welfare, it is not only about "kerja makan gaji" but more than that. It is a helping profession and professional. I hope u able to apply good practices as a counselor.

Good Luck! =)

my two cents.,
@nora@ :)

Anonymous said...

Kak Affieza, saya berminat nak jadi pegawai psikologi. Selepas kak habis SPM, kak apply universiti mana pada mulanya? Dan kak masuk STPM sebelum mendaftar ke universiti?

Anonymous said...

salam semua..sy adalah Pegawai Psikologi luluisan dr Universiti Malaya..pada mulanya saya happy bila di terima permohonan melalui spa utk menjawat jawatan ini.bila dah berada betul di dalam kerjaya ini banyak onak ranjau kena Pegawai Psikologi tempuhi. as long as u all knows, kita bukan di dalam level uk dimana di sana pegawai psikologi most2 important there..di sini kita sendiri kena kembangkan kerjaya kita walau di mana kita berada dan menjadi seorang pegawai psikologi kena jaga segala macam perkara especially yg berkaitan dgn tingkah laku di mana kita di anggap sebagai role model.apa2 pun memang seronok berada dalam bidang ni cuma kena tabah tempuh halangan dan cabaran yang datang. jgn berputus asa kerana matlamat kita dalam bidang ini adalah untuk membantu people menjadi lebih baik dr sebelumnya..good luck and love our job :)

Anonymous said...

sy sngat brminat dlm bidang psychology.. terutamanya criminal psychology.. stahu sy, di luar negara seperti di USA bdang ini amat terkenal dan sangat diperlukan.. bagaimana pula di malaysia.. Sy ingin bertanya pndapat, adakah sy berpeluang untuk bekerja dan berkhidmat unk Malaysia dalam bidang ini? tntang gaji, sy tak kisah, selagi sy berpeluang sy amat bersyukur.. :)

Unknown said...

salam..akak :) sy skrg kt matrik ambik jurusan sains(chemistry,bio,math,science comp) program 1 tahun..dh final sem insyallah bulan 5 nnti hbes..sy memang minat and berhajat nk ambik psikologi..tapi bile sy suarakan pndapat sy tu rmai yg akan ckp jgn!huhu..sedih jugak la sbb even sy ambik sains n asal SBP tapi honestly sy mmg xminat sains..so,akak sebagai org yg berpengalaman..what's ur opinion?sy perlu teruskan or lupekan je?really need ur help :)

Anonymous said...

assalamualaikum kak ...saya just nak tanya skop pekerjaan sikology ? boleh explain x mcm mana? & boleh exlain x cara belajar psikology ? best ke x ? banyak hafalan ? thank you sis ...hope you can answer me

Pegawai Psikologi S41 2015 said...

Tahun 2015 katanya peperiksaan online Pegawai Psikologi S41 akan diadakan pada 25 Mac 2015.

Saya baru sahaja kemaskini segala butiran terkini untuk calon peperiksaan semak. Harap sedikit bantuan ini dapat membantu calon lulus exam online SPA nanti :)

calon exam said...

Kepada calon semoga berjaya,

banyak info saya dapat dari post kali ini, terima kasih diucapkan.

Unknown said...

Saya pun sama, first tu mmg passion dlm bidang bahasa. Mmg nak sgt jadi cikgu bahasa inggeris sbb family saya nie mmg family cikgu, makcik2 pakcik semua mmg cikgu. Tp bila dpat kos lain tu sedih gak la, tp lama2 saya belajar, jadi minat pulak dlm bidang psychology nie tp org sekeliling saya semua cakap kalao ambek bdg nie xde kerja. Saya pon jadi down, semua nasihat saya sroh tukar ambek balek tesl, tp saya ckap saya ttap nak bdang psychology, tu yg tgh cari job scope dia tu, 😅☺☺

Unknown said...

Saya pun sama, first tu mmg passion dlm bidang bahasa. Mmg nak sgt jadi cikgu bahasa inggeris sbb family saya nie mmg family cikgu, makcik2 pakcik semua mmg cikgu. Tp bila dpat kos lain tu sedih gak la, tp lama2 saya belajar, jadi minat pulak dlm bidang psychology nie tp org sekeliling saya semua cakap kalao ambek bdg nie xde kerja. Saya pon jadi down, semua nasihat saya sroh tukar ambek balek tesl, tp saya ckap saya ttap nak bdang psychology, tu yg tgh cari job scope dia tu, 😅☺☺

Anonymous said...

Alhamdulillah.. semoga semuanya berjaya.

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile