topbella

30 January 2011

SEBULAN SUDAH...


Detik ini sebulan yang lepas, aku dan family terpaksa menerima hakikat sebuah kehilangan. Kehilangan yang amat perit untuk di terima oleh kami semua. My grandfather telah pergi buat selama-lamanya setelah beberapa tahun menderita penyakit tiga berangkai (kencing manis, darah tinggi n jantung). Tiada lagi tawa riang seorang atuk yang sentiasa mencuit hati kami semua. Begitu juga nenek yang telah lebih dulu meninggalkan kami semua sepuluh tahun yang lalu.

Sesungguhnya di saat ini aku masih terasa kehadirannya di sisi kami semua. Walaupun itu hanya perasaan semata-mata tapi ingatanku cukup kuat untuknya.

Banyak pengalaman yang aku lalui sepanjang proses menjaga beliau sehingga ke akhir hayatnya. Walaupun hanya ketika waktu cuti semester je tapi tetap memberi makna tersendiri dalam hidupku. Tambahan lagi my parents yang mengambil alih tugas menjaga beliau setelah nenek pergi. So, I will recall all the moments with him through my writing in this entry.

My grandfather seorang yang sangat kuat makan nasi. Hidanglah makanan apa2 pun mesti last2 dia akn cari nasi juga. Nasi mesti dia makan tiga kali sehari pagi, petang dan malam. Dia cakap kalau makan benda lain tak berapa kenyang. Tak kisahlah itu selera dia. Tapi di akhir2 usia dia tak nak makan pun nasi, dia lebih suka ambil roti dan biskut2 je. Inilah salah satu petanda yang berjaya di kesan bahawa dia akan pergi meninggalkan kami. Orang tua2 ada ckp kalau org tu nk mati dia tak nak makan dh betul ke???

Awlnya dia mampu ambil makanan sendiri dan makan di meja makan, kemudiannya kena di hidangkan dan hantar ke tempatnya tidur, makan dalam keadaan tidur sebab tak mampu bangun dan last2 memang langsung tak boleh buat apa2 kena suapkan. Itulah perubahan2 yang di alami oleh beliau dalam bab makan. Ingat lagi makanan terakhir yang dia request nak makan beberapa hari sebelum pergi adalah laksa. So, my mum sempatlah buat, sehari tu memang makan laksa je lah.

Awalnya mampu berjalan seperti orang lain, pastu guna tongkat satu, kemudian tukar tongkat kaki empat plk dan last2 kena angkat untuk buat apa2 kerana dah tak boleh berjalan lagi.

Awalnya boleh pergi mandi di bilik air sendiri, kemudian tak mampu lagi nak ke bilik air buatlah bilik air kt bilik dia, mandi kat dalam bilik dia dan last2 kena angkat dan mandikan dia.

My grandfather juga seorang yang sangat menjaga penampilan diri, subuh hari dah bangun untuk mandi dan bersiap rapi. Mesti nak kena pakai minyak rambut, bedak dan perfume bagai dulu baru dia buka kedai. Dia ada kedai runcit dan berniaga secara kecil-kecilan.

Awalnya boleh match nk pakai baju ngn seluar mana, kemudian perlukan bantuan orang untuk tentukan baju ngn kain pelikat mana nk pakai, pakai sendiri lagi, dan last2 kena orang angkat dan pakaikan segala-galanya.

Inilah antara moment2 yang dpt aku recall sepanjang proses menjaga beliau. Itulah antara perubahan-perubahan yang di alami oleh beliau dari waktu sihat hingga ke akhir usianya. Mungkin banyak lagi tapi inilah antara yang boleh di capture oleh mata kasarku.

Apa yang pasti menjaga bayi lagi senang dari menjaga seorang warga tua. Orang tua agak degil dan berjiwa sensitif. Apapun pengalaman ini mematangkan aku dan ahli keluarga yang lain untuk terus berbakti kepada beliau sehingga ke hayatnya yang terakhir.

Mungkin hari ini my parents dah boleh tersenyum puas kerana dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap beliau dari proses menjaga, meyediakan keperluannya, menuruti kemahuannya dan pelbagai lagi.

Aku juga boleh berbangga dengan diri ini kerana berpeluang bersama-sama beliau dalam proses perubahan beliau. Kami adik beradik berpeluang merasai pengalaman menyuapkan beliau makan, memandikan dan yang paling mencabar sudah tentulah part2 buang air kecil dan besar ni.Tapi bagi kami alah bisa tegal biasa.

Sejujurnya aku masih belum kuat, air mata akan tumpah bila-bila masa je sekiranya ada orang yang menyebut dan bertanyakan tentang dia. Tambah menyedihkan lagi bila cuti Tahun Baru Cina ni, inilah kali pertama aku pulang tanpa dapat lagi mengucup tangan beliau. Masih terbayang detik akhir di sisi beliau sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir sebulan yang lalu.

Buat semua pembaca dan pengunjung blog ini yang masih mempunyai ibu dan bapa jagalah mereka sehingga ke hujung usia mereka. Jangan sekali-kali mengabaikan mereka pabila mereka tua kelak. Walaupun pelbagai cabaran yang perlu di tempuh cubalah sehabis baik untuk memberikan yang terbaik untuk kedua ibu bapa kita.


Al-Fatihah buat,

Haji Naim Bin Abu Bakar (30 Disember 2010).
Zainab Binti Awang (20 September 2000).



psssttt: atuk dan nenek sebelah my mum dah pergi, kini menumpang kasih dgn atuk dan nenek sebelah ayah je lah...




6 comments:

Unknown said...

AlFatihah & salam takziah..
baca kesah Fiza ni buat kakyong teringat pada arwah opah.

dah klik2 HB fiza ;)

Hamizah said...

alfatihah..
moga fiezza terus tabah..

en_me said...

nnalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha wat atuk fieza ittewww..

Ainna Jalil said...

semoga roh dia ditempatkan dlm golongan org beriman. Amin

transformed housewife said...

alfatihah. Semoga Fieza tabah ye dik. Dpt jaga arwah tu dah satu rahmat. Knur kehilangan arwah mak waktu knur berada di NZ, jenazah arwah pun tak sempat ditatap.

Affieza said...

Thanks evryone 4 the support. Really lucky to have all of u as my friends even we only know each other through blogging.

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile