topbella

22 February 2012

HAPPY ANNIVERSARY SWEET 26TH...



Mengikat tali pertunangan pada 20 Febuari 1985, pasangan ini telah sepakat untuk bertunang selama setahun sebelum di ijabkabulkan. Tanggal 22 Febuari 1986, dengan sekali lafaz pasangan Sula1n1 Bin Haji Das1r dan Zaw1ah Binti Haji Na1m telah sah bergelar suami isteri. Menyingkap kembali mahligai cinta yang di bina, hari ini 22 Febuari 2012 genaplah sudah 26 tahun pasangan ini melayari bahtera rumahtangga. Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-26!!!





Hasil perkongsian hidup selama 26 tahun, pasangan ini telah dikurniakan 3 orang cahaya mata terdiri daripada dua orang puteri dan seorang putera.




1) Puteri Sulung



Cinta hati pertama ini lahir setahun sebulan selepas mereka mendirikan rumahtangga. Dinihari, 29 Mac 1987 lahirlah puteri sulung kepada pasangan ini yang di beri nama Nurhafiza yang membawa maksud Cahaya Penghafal. Kini si puteri sulung sudah menginjak ke usia 25 tahun pada tahun ini. Merupakan graduan lepasan Universiti Sains Islam Malaysia dan baru di anugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian pada Disember lalu.


2) Puteri Tengah



Dua tahun kemudian, tanggal 7 Jun 1989 lahirlah pula cinta hati yang kedua kepada pasangan ini. Sepakat menamakan puteri kedua ini dengan nama Nurfarahim yang kini sudah pun berusia 23 tahun. Merupakan penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Farmasi.


3) Putera Bongsu



Hajat untuk mendapatkan seorang putera termakbul bilamana tanggal 8 Febuari 1993, lahirlah Putera Bongsu yang melengkapkan benih cinta pasangan ini. Pemilik nama Muhd Badrulhisham ini sudah pun memasuki usia 19 tahun beberapa minggu lalu dan kini sedang berhempas pulas untuk menamatkan pengajian selama setahun di Kolej Matrikulasi Pahang dalam aliran Asasi Sains Hayat sebelum menyambung ke peringkat seterusnya.

Untuk pasangan ini, kami anak-anakmu ingin mengucapkan:-

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN
UNTUK MA DAN ABAH
MOGA SENTIASA BERADA DALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANG
YANG BERPANJANGAN HINGGA AKHIR HAYAT


3 comments:

yatie chomeyl said...

muka korang 3 beradik sebijik :)

Ardini Humaira said...

wahhh.. dah 26 tahun.. happy anniversary for them :)

Affieza said...

@K.Yatie: yeke??? hehe

@Dini: thanks dear...

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile