topbella

07 February 2012

FAMILY VACATION KE LANGKAWI (PART 2)






DAY 2


1) Kilim Karst Geoforest Park


Kami memulakan hari kedua dengan berkunjung ke Kilim Geoforest Park. Tempat ini merupakan tempat di mana para pengunjung boleh menaiki bot untuk pergi melawat ke pulau-pulau di Langkawi. Antaranya Pulau Dayang Bunting, Pulau Helang dan juga Pantai Beras Basah. Satu bot untuk family package adalah RM200 dan ke atas bergantung kepada tempat yg kita ingin lawati.


2) Pantai Teluk Yu


Selepas itu, kami singgah ke Pantai Teluk Yu pula. Ianya sekadar untuk bergambar sambil melihat pemandangan pantai yg sangat cantik. Di pantai itu, kami juga dapat melihat view pulau dari negara sebelah iaitu Thailand. It seem close to each other but different country.


3) Oriental Village Cable Car


Seterusnya, saya dan keluarga di bawa pula ke Oriental Village Cable Car. Tiket yg dikenakan untuk menaiki cable car ini adalah RM15 per person half of the usual price. Ini sempena Chinese New Year promotion kalau hari biasa kena caj RM30 lah sorang. Apa yg ada dekat atas tu???


i) South Viewing Deck


Bila dah sampai kat atas ni haruslah terjah ke 'South Viewing Deck' ni dulu ye. Di situ kita boleh melihat pemandangan seluruh Pulau Langkawi dalam jarak yg kecil dan halus. Mana nk nampak besar lagi dah naik tinggi kat Gunung Mat Cincang kan.


ii) Hanging Bridge


Selepas meninjau-ninjau pemandangan di sekitar Pulau Langkawi, kami turun pula ke 'Hanging Bridge'. Kami berjalan di sepanjang 'Hanging Bridge' itu sehingga ke hujungnya. Nasiblah kalau jalan beramai-ramai memang terasalah jambatan tu bergoyang-goyang. Kalau yang cepat pening dinasihatkan jangan pergilah kot2 lah pengsan. Tambahan pula bukan dekat nak sampai ke hujung jambatan ni, kitaorang perlu meredah tangga-tangga yg agak banyak dikelilingi pokok-pokok untuk turun ke jambatan tersebut...huih semput gak lah.


4) Pantai Cenang


Menjelang tengahri, kami berhenti rehat kejap di Pantai Cenang. Pantai ini terletak berhampiran dengan airport. Ya Ampun ramainya foreigner a.k.a mat salleh duk berjemur time kitaorang singgah tu, dah namanya tengahari kan. So, we decide utk cari gerai makan for lunch. Tapi sebelum gerak sempat gaklah snap pic kt kerusi yg diaorang berjemur tu. Sekali pusing belakang nampak tanda RM20 per hour, it means that sewa kerusi tu RM20 utk satu jam, terus bangun tak berani nak duduk dah...huhu


5) Kota Mahsuri

Last place untuk hari kedua adalah ke Kota Mahsuri. Tak lengkaplah kalau ke Langkawi tak singgah di tempat peninggalan sejarah ni kan?? Bayaran RM5 per person untuk masuk ke situ. Apa yg ada kt Kota Mahsuri??


i) Makam Mahsuri



Kami melawat ke Makam Mahsuri sambil membaca serba sedikit tentang sejarah beliau. Sebelum sampai ke Makam ni, kami juga boleh singgah ke muzium yg memaparkan pelbagai koleksi sejarah Mahsuri dan Langkawi.Tapi di dalam muzium tersebut tidak dibenarkan untuk bergambar.


ii) Rumah Mahsuri




Inilah rumah Mahsuri. Rumah kayu yg di bahagi dua antara ruang tamu dan dapur. Di ruang tamu tergantung satu buaian manakala di bahagian dapur terdapat barangan peralatan memasak zaman dahulu. Di bawah rumahnya pula terdapat peralatan pertanian yg digunakan oleh beliau.


iii) Telaga Mahsuri



Dan ini pula adalah telaga Mahsuri. Ianya terletak betul-betul di hadapan rumah Mahsuri. Di belakangnya adalah kawasan bendang padi. Air dari telaga Mahsuri ini pula dijual dengan harga RM2 sebotol kepada sesiapa yg berminat untuk membelinya.

Petangnya kitaorang pun gerak balik ke hotel. Fuhhhhh habis lenguh segala urat2 yg dah lama tak buat exercise ni. Kami rest dulu and sambung keesokkannya pula.

Nantikan cerita di hari ketiga in other entry...k


2 comments:

Nadiah Sidek said...

lamanya tak pergi langkawi!

Affieza said...

@K.Nadiah: Sy first time ke sini...hehe

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile