...sambungan...
DAY 3
1) Jetty Point
Misi jalan-jalan di hari ketiga di teruskan lagi. Tempat pertama yang di tuju pada hari ini adalah ke Jetty Point. Jetty Point merupakan sebuah shopping complex berdekatan dengan jeti tempat para pelancong atau pengunjung menaiki feri. Sekiranya datang ke Langkawi dengan menaiki feri, para pengunjung akan turun di sini dan perlu mengambil teksi atau menyewa kereta untuk berjalan-jalan di sekitar Langkawi. Feri-feri ini menuju ke jeti Kuala Kedah dan juga jeti Kuala Perlis.
2) Dataran Lang
Selepas itu, kami bergerak ke Dataran Lang pula. Tempat ini merupakan simbolik kepada Langkawi. Kalau datang ke Langkawi, tak sah kalau tak singgah ke sini. Xde ape pun sebenarnya just replika seekor burung helang besar. Untuk bergambar di sini perlulah menunggu giliran sebab bukan kita je, mostly yg datang semua nk amik gambar kat sini.
3) Taman Lagenda
Kemudian kami singgah ke Taman Lagenda Langkawi pula. Tempat ini terletak berhampiran Dataran Lang tu je. Apa yang ada di taman lagenda ni??? It's about History. Kepada pencinta sejarah jom singgah dan baca fakta sejarah Langkawi.
Memasuki taman lagenda ini, para pengunjung akan menjumpai pintu-pintu gerbang yang mewakili setiap cerita sejarah yang pernah di lakar di Langkawi ini. Pintu pertama yang kami jumpa di kenali dengan Gergasi Bertarong di ikuti dengan Dayang Bunting, Telaga Tujoh, Garuda & Jentayu, Bukit Hantu Padang Gaong dan last sekali adalah Mahsuri. Agak jauhlah kami berjalan untuk menjelajah ke semua tempat itu.
Inilah beberapa view yang sempat di snap sepanjang perjalanan kami. Setiap tempat ada ceritanya. So, bacalah kalau nk tahu, kalau malas masuk tgk2 je...huhu. Tempat-tempat ni cantik tapi sayang agak kurang terjaga.
Akhirnya, selamat sudah menjelajah taman lagenda ini. Satu kepuasan bila dapat pergi ke semua tempat itu. Perjalanan berakhir apabila dah nmpak jam ini. Inilah point terakhir dan kami berpatah semula untuk keluar dari taman ini. Penat ke??? Huh...boleh tahan gaklah...kalau yang bwk ank kecil xtaulah camne rupanya. Then, ke Jetty Point balik untuk lunch. Panas terik, tekak haus, p pekena laksa dulu.
4) Haji Ismail Group (HIG)
Sebelah petangnya pula, waktu membuang duit...shopping's time...yeay. Kami ke Haji Ismail Group untuk membeli-belah. Inilah tempat yang paling lama kitaorang pergi sepanjang berada di Langkawi. Haji Ismail Group mempunyai beberapa cawangan di situ. So, haruslah terjah semua yer..dekat2 je pun. Apa yg di jual??? Pinggan Mangkuk, Kain batik, Kain Pelikat, Periuk dan peralatan dapur lain juga. Untuk membeli coklat-coklat pula kami ke Haji Ismail Chocolate Shop yg menjual pelbagai jenis coklat.
Settle shopping, dekat Maghrib gerak balik hotel coz esok dah nak balik. Malamnya operasi mengemas barang-barang. Beg pun dah beranak-pinak.
Next entry for our last day in Langkawi...
0 comments:
Post a Comment