topbella

28 December 2012

REGISTERED COUNSELOR


Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian setahun yg lalu membolehkan aku digelar sebagai kaunselor. 

17 November yg lalu, aku telah mengikuti Program Transformasi Minda Ke Arah Kaunselor Berdaftar. Ianya dijalankan selama 2hari di Hotel Gold Coast, Klang. Aku mengikuti program ini bersama dengan sepupu yg juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kaunseling. 

Kami sampai di hotel around 6pm dan terus check in bilik. Satu bilik menempatkan 3orang peserta. Kami berkongsi bilik dengan seorang lagi peserta yg merupakan guru kaunseling. 

Habis urusan check in, kami naik ke bilik utk meletakkan segala barang yg dibawa sebelum turun untuk urusan pendaftaran. Kami diberi borang utk diisi dan menyerahkan segala dokumen yg diminta sebagaimana dalam surat yg dihantar menerusi emel. Kami juga perlu menyelesaikan bayaran sebanyak RM300 untuk urusan pendaftaran kaunselor. 
- my room - 

Sebelah malamnya pula, diadakan sedikit briefing untuk proses interview keesokkan paginya. Briefing dikendalikan dalam keadaan santai dan sekadar untuk menerangkan flow proses interview tersebut. Kami juga diberi nombor giliran. Aku mendapat giliran yg ke 43 daripada 57 orang peserta. 

Kami juga diingatkan dengan beberapa perkara penting yg perlu kaunselor tahu dan ingat seperti teori apa yg kita selalu guna, berapa sesi kaunseling yg perlu dihabiskan bg melayakkan kita memohon lesen, dan tak lupa juga buku log kaunseling. Selesai semua tu, pergi supper and naik bilik utk tidur. 

Pagi esoknya jam 9pagi diadakan sedikit talk oleh wakil dari Persatuan Kaunselor Profesional Berdaftar Malaysia. Selepas itu minum pagi. Interview bermula pada jam 10 pagi. Panel penemuduga kali ni ialah Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din. 

Lama juga menunggu giliran sampai ke tengahari baru sampai turn nya. Feeling time ni biasa2 je xde lah nervous sgt. Berjalan masuk dan duduk di depan beliau. Soalan pertama yg dia tanya Awak Gila Tak? See the question xperlu nak study sangat kan?? hahaha. Nasiblah kalau dpt yg senang tp kalau dia tny akta2 ni mau garu kepala nak menjawabnya. 
- With En.Akhmarudi, Setiausaha Agung - 

So far, soalan dia biasa2 je yg memang para kaunselor dah familiar. Habis sesi soal jwb tu dia terus ckp 'AWAK LAYAK DIDAFTARKAN'. Perggghhhh senyum sampai ke telinga kot time tu. Happy ok!!!  Kat Malaysia hanya seribu lebih kaunselor yg mendaftar dgn Lembaga Kaunselor Malaysia buat masa skrg. Untuk menjadi seorang kaunselor mmg lesen ni sgt penting. Ini kerana ketika temuduga utk post Kaunselor ataupun Pegawai Psikologi diaorang akan tanya ada lesen kaunselor tak?? That's why I tak lpskan peluang ni. 
- I am registered counselor - 

Kuar bilik interview terus sms my mom to share that news. Then bergambar kejap sebelum naik utk check out. Kitaorg check out kul 2 then pergi lunch. Makanan kt hotel ni boleh tahanlah byk pilihan sampaikan xtahu nak pilih yg mana. Selesai urusan terus bergerak balik ke KL. 

2 comments:

#Counselingstudent said...

Assalamuaikum, hendak bertanya.. kalau kaunselor daftar bawah lembaga kaunselor Malaysia.. adakah secara automatik kounselor tersebut akan mendapat lesen?

Anonymous said...

berapa lama menunggu result keluar ya?

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile