Hang out again!!! Pantang weekends mmg ada2 je planning...hehe. Aktiviti kali ni adalah ke Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man. Perjalanan bermula dari jam 10 pagi. Tempat pertama yg kami tuju adalah ke Giant. Kitaorg bantai sekali terus breakfast + lunch = brunch kat gerai sebelah Giant tu. Selesai makan baru masuk Giant utk beli mana2 stok brgn keperluan diri or makanan yg dah habis. Tengahari jugalah baru kami bergerak ke TTI.
Motif utama ke sini adalah nak naik cruise. Sebelum tu, kitaorg sembahyang Zuhur dkt Masjid Kristal sebelum ke jeti. Kami ke kaunter utk membeli tiket cruise. Macam2 pakej yg ditawarkan dgn harga yg berlainan. Kami amik pakej Cruise + Taman Monumen dgn harga RM33. Dapat juga air mineral, kupon makanan RM2 serta kupon cenderamata RM2.
Selesai membeli tiket, kami menunggu giliran utk menaiki cruise. Perjalanan mengambil masa 45 minit. Sebelum ke cruise, kami mendapatkan jaket keselamatan di bahagian jaket dan terus sarungkan ke badan. Cruise kami bergerak pada jam 3.15 pm.
Kami di bawa mengelilingi kawasan sekitar Pulau Wan Man itu sambil melihat keindahan Bandar Kuala Terengganu dari jauh. Kami juga berpeluang melihat bot-bot nelayan di sekitar di samping pokok-pokok kelapa yg terbang meliuk-lintuk di tiup angin.
Bergambar di dalam cruise. Hanya kami berenam bersama dengan seorang pak cik yg membawa anaknya. Kami orang pertama yg menaiki cruise utk sesi petang tu so mmg xde lah org lain. Best...rasa macam naik cruise sendiri..hihi
Jam 4petang menyambung pengembaraan ke Taman Monumen pula. Di dalam taman ini, terdapat monumen masjid2 dari serata negara. Kami memilih utk berjalan je sepanjang di dalam taman tersebut. Ini memudahkan utk kami berhenti2 di setiap monumen. Disediakan juga kemudahan keretapi serta basikal utk para pengunjung yg mana pengunjung boleh menyewa utk melawat monumen2 tersebut.
Taman Monumen ini sangat luas dan kami xmampu nak melawat semua monumen tersebut. Penat..ok!!! kitaorg dah lah jalan kaki je..huhu. Kitaorg pilih2 je mana yg rasa nak masuk and then bergambar. Balance lagi tu next time dtg kita cuba cover balik mana yg tak menyinggah lagi.
Kaki dah letih, kami pun bergerak ke surau berdekatan dgn monumen Masjidilharam utk solat Asar. Sebelum keluar dari Taman Monumen ni, kami pergi menukar dulu kupon cenderamata dan makanan di tempat yg dinyatakan. Kupon ditukar dan kami makan di cafe tersebut sehingga jam 7.
Habis cerita kat Taman Tamadun Islam, kitaorg bergerak ke Pulau Duyung plk utk dinner. Sebelum tu smbyg Maghrib dkt masjid yg berdekatan restoran. Aim kitaorg nak makan steamboat. So, order steamboat utk 6org makan. Satu kepala dikenakan bayaran RM5.
Nama restorannya D'Ganu Cafe. Mujur dtg awal sbb org sgt ramai nak2 weekends plk tu. Kami bersama2 main masak2 sebelum makan dgn jayanya. Seriously sedap dan puas hati. Perut kenyang suka hati...hoho
Selesai makan, bersantai pula ke tepi restoran ni. Melihat lampu2 yg berwarna-warni menerangi kawasan sekitarnya. Kami melihat panorama dari jauh je sbb dah kesuntukan masa utk bergerak ke sebelah sana. Dah ala-ala mini I-City pun ye jgk tp biasa2 je.
9.30 malam dah...waktu utk pulang. Seharian dah kami kat luar dari jam 10 pagi sampai 10 malam. Apapun hari tu mmg sgt puas dan enjoy bersama teman2. Esoknya Sabtu, seharian kat rumah je...tidur..tidur...hehe
0 comments:
Post a Comment