Yessszaaa!!! finally in Genting...first time tu...hihi. Plan dirancang seminggu sebelumnya. Dah lama teringin nak ke sini tp last two weeks baru sampai. Bertolak dari Terengganu hari Khamis malam dgn Biey. Sebelum tu dah suruh Ajue amik tiket siap2 utk kami berdua.
Tiket semua sekali bas (pergi balik) + skyway (pergi balik) + outdoor = RM60. Kami amik bas di stesen Gombak jam 9pagi dan balik pula amik bas paling last 8.45malam...huhu..Awalnya cam ramai je nak pergi pastu masing2 ada hal lah, kena kerja lah, end up kami bertiga je. Kami dah tapau makanan siap2 sebelum naik bas tu sbg bekalan.
Dalam setengah jam jgk naik bas. Sampai tu, org dah ramai ye lah weekend kan. Menunggu giliran utk naik skyway. Dah dpt naik tu terus excited melihat pemandangan dari atas.
Tinggi jgk rupanya...gayat tak??? Tak pun...huhu. Genting here we go!!! Sampai2 je haruslah posing dulu kan???
Maka bermulalah, pengembaraan kami di Kota Keriangan ni. Kalau boleh mmg nak main semua tp jenuh beratur menunggu giliran tu yg tak menahan. Kami pilih mana yg rasa best je lah...yg biasa2 tu kami xnaik pun...huhu
Inilah antara permainan yg kami sempat naik:-
Spinner
Cyclone
Pirate Ship
Settle kat Pirate Ship ni, kitaorg g beratur nak main Flying Coaster. Sekali rosak plk...letih beratur pjg. Petang baru blh main balik. Masa tu dah dkt jam 1, so decide makan bekal yg kami bawa dulu. Selepas tu menyambung pengembaraan ke kwsn berair pula.
Bumper Boat
Sungai Rejang Flume Ride (habis basah tudung ngn baju mujur sempat kering)
Antique Car (yg ni sekejap sgt satu round tu so kitaorg turun and beratur lg sekali utk second round)
Slps dah pusing 2 round naik antique car ni...kitaorg decide masuk ke mall pula. Sesambil tu nak keringkan baju yg dah basah tu. Kat dlm mall pusing2 kedai Body Shop, Sasa, F.O.S, dan byk lagi larrr. Sambil cuci2 mata kat kedai tu sempat gak sembur perfume tester kat baju yg dah seharian tu. Keluar2 je bau harum semerbak...hahaha
Berjalan lagi pastu nampak Genting Tower ni so berhenti jap bergambar. Kat dalam pun ramai je yg main utk indoor.Kitaorg xamik yg indoor coz yg kat luar pun xsempat nak main semua. Lapar...bukak bekal kuih muih plk ptg tu...ye lah nak balik lambat lg kan...hihi
Ada masa lg pastu kuar balik pergi outdoor park. Tp kena decide lah nak naik yg mana coz masa terhad dgn nak beratur lg. Aku pilih Space Shot coz mmg dah aim kalau pergi Genting nak naik benda alah ni. Sebelum ni selalu tgk org main kat tv je so that day I berjaya naik...tinggi dan boleh nmpk view yg sgt cantik.
Pastu naik matahari plk. Yg ni biasa je.. dah rasa mcm naik buaian yg kat funfair pun ada. Budak2 ramai lah yg naik.
Sebelum turun, sempat lg naik spinner utk yg penutup hari tu...xde org so kitaorg g je lah lg pun nak habiskan masa.
7.30 bergerak ke skyway utk turun.Yg part turun ni mmg xtahan punyalah pjg kena queue sebelum dpt naik tu. Dekat 8.30 jgklah kami sampai bawah pastu tunggu bas utk pulang. Overall mmg best dpt spend weekends kat sini.Next time klu dtg lg nak cover plk mana yg xsempat naik..hehe
2 comments:
Seronoknya p genting..salam kenal..jmput follow akak kmbali :)
@QA's ~ mamapapa: ha'ah seronok...salam kenal jgk..thanks sudi follow...hehe
Post a Comment