topbella

08 March 2013

ASSESSMENT DAN INTERVIEW...


Sebelum masuk topik entri ni...moh ler kita rewind balik entri sebelum ni iaitu Exam Untuk Kerja. Dulu saya dah pernah share kat sini proses utk menjawat jawatan dgn Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Calon perlu melalui 3peringkat yg berbeza. Peringkat pertama iaitu exam yg mana calon-calon perlu lulus exam tersebut utk di panggil ke peringkat kedua pula. Alhamdulillah utk peringkat pertama tu saya lulus dan menunggu utk peringkat kedua pula iaitu Program Assessment Centre (PAC). 

Lama juga menunggu...result exam keluar bulan 8 and then panggilan utk prgkt kedua pada bulan Febuari hari tu. So, sekarang saya nak share plk pengalaman PAC yg saya lalui 2 minggu lps. 

Pertama sekali, semua calon akn membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran. Di situ kami perlu menyerahkan segala dokumen yg diminta beserta dgn transkrip dan Ijazah. Kemudian calon akn diberi nombor giliran. Saya sampai dlm jam 8.30 pagi dan nombor giliran pun dah hujung2 iaitu 'No 39'. Calon yg dipanggil utk PAC kat tempat saya ni seramai 44org tp yg dtg hanya 41org. 

Selesai kat situ, saya perlu bergerak ke bilik yg disediakan utk bergambar. 5 orang calon akn di panggil dlm satu masa. Photographer akn mengambil gambar penuh kami dari atas kepala hingga ke hujung kaki. Ini merupakan markah utk part grooming. So, ingat kalau nk dtg interview pakai pakaian yg kemas...hihi. Selepas habis semua calon bergambar, kami dikehendaki ke dewan utk briefing mengenai proses PAC ini. Briefing mengambil masa selama setengah jam. 

Habis je briefing, maka bermulalah episod gemuruh, berdebar, nervous dan seangkatan dengannya. Proses PAC bermula pada jam 9.30 pagi. Kami dipecahkan kepada 4kumpulan yg mana satu kumpulan akn ada 10 org calon. Check nama di group mana dan terus bergerak ke tempat yg dinyatakan. 

PAC telah di pecahkan kpd 4 aktiviti berkumpulan dan satu aktiviti individu. Panel penilai yg berbeza serta bilik yg berbeza utk setiap aktiviti tersebut. 

Aktiviti 1: Kumpulan perlu berbincang utk memilih 7 dari 12 profesion yg sesuai dan perlu ada untuk membantu membangunkan Wilayah Y. Contoh: doktor, jurutera, hakim, guru, petani atau buruh. Semasa pembentangan, nyatakan apa rasionalnya setiap satu profesion tersebut dipilih.

Aktiviti 2: Kajian kes. Diberi 1 situasi berkaitan permasalahan klien. Bincangkan bagaimana kamu sebagai peg psikologi/kaunselor membantu klien tersebut. Apply teori yg sesuai.

Aktiviti 3: Diberi keratan akhbar bergambar yang menunjukkan sikap tidak bermoral individu/ masyarakat. Bincangkan scenario tersebut.

Aktiviti 4: Membina piramid menggunakan batu. Semua ahli kumpulan tdk dibenarkan berkomunikasi secara lisan. Kami hanya boleh menggunakan non verbal utk proses perbincangan tersebut. Mula2 kami dibekalkan dgn 8biji batu dan kami di minta utk membina piramid. Setelah selesai, kami diminta pula utk membina piramid menggunakan 18 biji batu. Kami bersama-sama cuba berbincang utk mendapatkan struktur piramid yg betul menggunakan batu tersebut. Setelah selesai dan semua ahli kumpulan berpuas hati, kami tunjukkan kepada panel penilai. Selepas itu, setiap seorang drpd kami perlu berkongsi apa yg kami dpt drpd aktiviti tersebut. 

Aktiviti 5: Public Speaking.Ini merupakan satu2 nya aktiviti individu. Seorang calon akn di panggil ke depan dan membuat cabutan utk tajuk.  5 minit pertama utk prepare berdasarkan tajuk yg sudah dipilih. 5 minit seterusnya deliver tajuk tersebut. Antara tajuk: natural disaster, time, unemployment, blogging, child abuse, global warming, sport, tourism, pollution, education.

Seharian kami ber-PAC...hehe. Bg yg melepasi peringkat ini akn dipanggil utk ke peringkat yg terakhir iaitu interview. Tp kami semua beruntung pada hari tu, disebabkan kesuntukan masa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengarahkan agr Interview dijalankan terus setelah selesai proses PAC. 

Interview merupakan peringkat yg terakhir. Group interview. Calon dipecahkan kpd kumpulan yg lain pula. Satu kumpulan terdiri dari 6 atau 7 calon. Dalam interview tersebut, calon diminta utk menceritakan kekuatan diri masing2. 

Jam 8malam selesai semuanya. Satu pengalaman baru. Exam sudah, Assessment sudah, Interview pun sudah. Apa lagi yg tinggal??? Tawakal kpd Allah. Kalau dah tertulis itu rezeki kita...InsyaAllah tdk ke mana tp kalau belum tertulis itu rezeki kita jgn berputus asa dan terus berusaha utk masa akn datang. It's not easy to be easy, and it's not hard to be hard. 

3 comments:

thieyra ibnor said...

Terima kaseh atas perkongsian ber-PAC..hehee.. giliran sy pulak bln Jun nie..moga segala urusan dipermudahkan~~ amiin~

Affieza said...

@thieyra_umairah: sama2...gud luck utk awk

Anonymous said...

tanx u atas perkongsian saudari.My turn 2mrow~ahahaha~mari kita ber'PAC~Semoga dpermudahkan n bjln dgn lancar..Amin..

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile