Jom Heboh edisi 2013 membuka tirai dgn lokasi pertamanya di Negeri Terengganu. Ianya telah berlangsung selama 2 hari di Pulau Warisan.
Selaku pembuka tirai, tidak byk lagi booth yg mengambil bahagian. Yg mmg sentiasa ada of course lah Hotlink selaku penaja utama.
Jalan-jalan utk sampai ke lokasi ni mmg sesak tp mujurnya kami dtg dgn motorsikal so senanglah nak mencelah ke depan. Pergi bertiga kali ni.
Kami sampai di tapak karnival around 11 am dan cuaca mmg panas terik hari tu. Pengunjung2 pula mula memenuhi booth-booth pameran utk membeli serta bertemu dgn barisan artis dan personaliti tv.
Waktu kami sampai tu di booth Selera @ Jom Heboh diadakan perasmian Jom Masak bersama Chef Norizan. Majlis tersebut telah diacarakan oleh pelakon, Muniff sambil disaksikan juga oleh Encik Mohd Izham, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima.
Di dalam booth ini, diadakan jualan buah-buahan serta sayur-sayuran dan pelbagai lagi produk makanan. Ada sudut utk gula-gula, sate dan juga roti.
Di kawasan luar pula, terdapat pelbagai jenis anak-anak pokok utk dijual samada pokok bunga ataupun sayur-sayuran.
Selain itu, kami juga melawat ke booth lain yg terdapat di situ. Antaranya booth Perodua. Kelihatan Maria Tunku Sabri sdg mengendalikan slot kuiz bersama pengunjung booth tersebut. Di samping itu, booth2 lain yg kami pergi ialah Hotlink, Kota Ilmu, Hot Fm, TV9 dan booth-booth produk makanan. Apa yg bestnya dtg Jom Heboh ni bolehlah kutip brgn atau produk2 dlm paket kecil yg diagihkan oleh promoter di sepanjang jalan spt sunsilk, fair & lovely, comfort ultra, kipas dan lain2 lagi...penuh bag...hihi
Jam 1 kami mula beredar keluar dari kawasan lokasi kerana cuaca semakin panas dan perut pun mula lapar. Bertolak pulang dan singgah di Mayang Village utk lunch.
0 comments:
Post a Comment