topbella

20 June 2013

KEJAR HOTFM MYVI ZOOMERZ...

Rabu lepas, drive balik kerja sambil dengar Hot Fm. Kami xbalik terus ke rumah...sebelum tu pusing2 cari kedai nak beli makanan utk makan malam. Dalam kami dok ralit pusing2 cari kedai nak beli makanan tu tetiba dengar penyampai radio Hot Fm Ganu di frekuensi 105.0 cakap...ok skrg Hot Fm Myvi Zoomerz sedang berada di Pantai Tok Jembal, datanglah beramai-ramai dan dapatkan barangan ekslusif  dari Hot Fm. Pantai ni depan rumah sewa kitaorg je. 

Lintasan Myvi Zoomerz ni ada 3 waktu pukul 11.40 pagi, 1.40 tengahari dan 5.40 petang. Tp klu nak tau lokasi diorg kat mana pada waktu2 tu kenalah selalu dgr Hot Fm. Kalau naik kereta saya, mmg memanjang pasang Hot Fm je...huhu. 
Tp time ni, saya xberada di lokasi tu...saya berdua dengan housemate kat area pantai sebelah lagi iaitu Pantai Teluk Ketapang. So apa lagi terus gerak ke Pantai Tok Jembal utk berjumpa dgn diaorg. Waktu kitaorg sampai tu tgh sesi bergambar2 dgn mereka yg mendapat barangan ekslusif dari Hot Fm.

Kami pun turun dari kereta dan terus ke tempat mereka. Kami xdpt byk pun barangan dari Hot Fm sbbnya diaorg dah bersiap utk balik. Tp adalah jugak kenangan dari Hot Fm Myvi Zoomerz. Dapatlah sticker, poskad, notebook serta milo. Takpe...upah kejar diorg...hehe. 
Bergambar sekejap lepas tu baru sambung pergi beli makanan. To Hot Fm Myvi Zoomerz, thanks for the gift and lain kali datanglah lagi kat tempat kami. 

17 June 2013

MYFEST

Sempena sambutan Muslim Youth Festival (MYFest) baru-baru ni, Pusat Islam UMT telah menganjurkan Program Lestari Dhuha Perdana. 
Program itu telah berlangsung selama dua jam di Dewan Sultan Mizan. Setiap jabatan telah menghantar 7orang wakil bagi jabatan masing-masing. 
Program ini telah dikendalikan oleh Ustaz Abdul Halim Awang yang merupakan Pensyarah dari UNISZA. 
Topik yang dikupas di dalam program selama dua jam ini ialah 'Hatiku Bukan Kristal'. Satu topik yg sangat menarik. Intro nya ustaz ni siap nyanyi lagu Najwa Latif lagi...hehe
Antara intipati topik yang dibincangkan ialah konsep bersyukur, tips2 ketika ditimpa musibah dan ujian, turut diselitkan dgn doa ketika kesusahan dan byk lagi. 
Last pic...kenangan bersama my officemate di program ini. Alhamdulillah dapatlah pertambahan ilmu baru untuk hari itu.

15 June 2013

FLORIA 2013

Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Floria Putrajaya. Pesta dimana semua pengunjung boleh melihat bunga-bunga dari segala jenis. Bukan setakat bunga, ada juga pameran dari jabatan-jabatan, pesta jualan dan pertunjukan bunga api. 
Aku ke sini dijemput oleh roomate aku sewaktu di Cherating dulu. Aku turun ERL Putrajaya dan langsung ke sini. 

Aku berjalan meronda-ronda kawasan bunga-bungaan sambil bergambar. Tapi sayangnya gambar-gambar semua di dalam kamera roomate aku. 
Acara kemuncak pada malam itu adalah pertunjukkan bunga api di udara. Pelbagai warna dan bentuk menghiasi awan malam. 

Seronok gilerrrr!!!! Dapat tengok live depan-depan. Biasa tengok depan tv je. Oh ya!!! sebelum tu, aku sempat juga pergi melihat pameran bot-bot berhias di Tasik Putrajaya. 
To Hidaya, thanks so much sudi bawak aku jalan-jalan kali ni. Moga kita berjumpa lagi pada masa akan datang dan boleh lepak jenjalan sesama lagi. 

13 June 2013

HIKING BUKIT BESAR

Ini cerita hujung minggu lepas...mostly hujung minggu kalau xbalik kampung adalah plan nya. Utk hujung minggu ni saya ajk kwn2 panjat Bukit Besar. Exercise sikit...hehe..xpernah sampai lg sini so hari tu first time lah. Pergi berempat dan bergerak dari rumah jam 8pagi. 
Kalau org Terengganu mesti tau kan kat mana Bukit Besar ni...ke ada yg xtau? Hehe... Kalau berjalan kat sekitar Kuala Terengganu ni mesti ada terbaca 'ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU' kat atas satu bukit...hahhh kat situlah Bukit Besar. 
Sampai je situ, mmg dah ramai orang mungkin kami yg lambat..hihi. Ada yg dah berjalan utk turun dan ada juga yg baru nak naik mcm kami. Kitaorg start naik around 8.45 pagi. Kami santai2 je panjat bukit ni...dah lah pakai selipar je org lain semua pakai sport shoes...huhu. Berjalan slowly utk sampai ke atas sambil bermain handphone. 
Ini kami dah sampai separuh..berhenti rehat sambil melihat view Bandar Kuala Terengganu dari pdgn atas bukit. One of my friend dh give up sbb penat tp kitaorg ajak juga dia naik. 
Penat, letih, sengal2 lutut, sakit pinggang macam2 lah ada tp end up kami berjaya sampai di puncak. xde lah tinggi sangat pun. Lupa nak set masa berapa lama nak sampai kat atas ni tp rasanya xsampai satu jam kot. Kat puncak bukit ni ada pencawang elektrik...so ramailah berhenti di situ sebelum bergerak utk menuruni bukit tersebut. 
Kami plk...bila dah sampai atas tu masing2 kehausan...air xbwk. So, duduk je lah tgk org lalu lalang sambil menghilangkan penat. Bila dah dpt energy balik, baru mula bergerak turun. Bila turun rasa macam cepat plk...hehe.. tp sempat lg berhenti berposing jap. 
Kami rasa puas sebab berjaya sampai ke atas. Sampai je bawah beli air dan makanan utk mengalas perut yg dah start berbunyi. Selepas tu, baru decide utk cari proper breakfast. Kebetulah hari tu ada Pasar Pagi kat Kg. Teluk Ketapang, kami ke situ dan menjamu selera di Pantai Teluk Ketapang. 

10 June 2013

FOR BOTH OF U...


07062013

Dear Younger Sister,

I have been blessed in my life to have a sister like you.  
We have gotten closer through the years even though we don’t see each as much as when we were growing up together. 
 I appreciate our relationship and the blessing it has been in my life.  Happy Birthday!!


10062013

Dear Mother, 

I'm so grateful that I have you as a mom.
Thanks for always believing in me.
Thanks for all the support that you have given to me.
Thank you for being such a kind and loving mother

06 June 2013

KENDURI KESYUKURAN FPS...

Minggu lepas telah berlangsungnya Kenduri Kesyukuran di Fakulti Pembangunan Sosial. Ianya diadakan ekoran kejayaan beberapa orang staf yang mendapat kenaikan pangkat dan juga yg berjaya menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Kesemua mereka seramai 7orang telah berpakat utk meraikan kejayaan itu dengan mengadakan kenduri kesyukuran untuk semua warga staf di fakulti. 
Semua warga fakulti dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Kenduri ini bermula pada jam 1 petang hingga ke jam 4 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Yang Berbahagia, Dekan Fakulti Pembangunan Sosial diikuti oleh bacaan doa oleh Pensyarah, Ustaz Ismail. 
Majlis juga merakamkan ucapan tahniah kepada mereka-mereka yg telah berjaya mendapat kenaikan pangkat serta anugerah perkhidmatan cemerlang. Tak dilupakan ucapan terima kasih kerana telah meraikan kenduri kesyukuran bersama semua warga fakulti. 
Jom layan gambar-gambar untuk menu sepanjang majlis itu berlangsung. Dimulakan dengan kek simbolik 'Fakulti Pembangunan Sosial'. 
Menu utama adalah nasi putih bersama dengan lauk-lauk yang xkurang hebatnya. Dimulakan dengan ayam percik hadir bersama kuahnya yg sgt sedap. 
Kambing dari Restoran Al-Edrus. Bagi pencinta kambing, memang layan habislah. Tapi xkurang jgk yg memang xmakan kambing...huhu
Sayur sebagai hidangan pelengkap. Yang xmakan sayur mmg xamiklah. Ada lobak, kobis serta bebola. 
Tidak ketinggalan disediakan juga telur dadar. Menarik nampak hiasan telur ni yg dipotong menjadi segi tiga. 
Hidangan penutup pula ada agar-agar pandan dan coklat. Tiada dalam gambar jeli kelapa serta minuman utk hari tu Sunquick Tropika. 

Last but not least our happier face. Me with my officemate enjoy eating + talking during 'kenduri'. 
Overall, majlis berjalan dengan sempurna sehingga ke petangnya. Perut kami pun kenyang dengan menu yang pelbagai tu siap tapau buat balik lagi...hihi..

03 June 2013

MERONDA IBU NEGERI...

2013 merupakan Tahun Melawat Negeri Terengganu. Bagi saya yg memang berasal dari Terengganu, masih banyak lagi tempat-tempat menarik di negeri ini yg belum saya sampai. 

Beberapa minggu yg lalu, 3 orang kawan saya dari K.L telah datang ke Terengganu utk berjalan-jalan. Saya dan kawan-kawan yg memang kat Terengganu ni bwklah mereka ke tempat-tempat yg biasa org luar akan singgah. 
Misi berjalan-jalan kami bermula dari jam 11.00 pagi. Sebelum tu, paginya breakfast Nasi Dagang yg di request oleh Ali. Tempat pertama yg kami pergi ialah ke Pasar Payang. Kat sini, bolehlah mereka membeli makanan-makanan yg di packing seperti kerepek, asam serta kuih muih. 

Selepas tu, kami bergerak ke kawasan sebelah iaitu Terminal Bas Kuala Terengganu untuk mencari koleksi tudung bawal serta seluar jeans. Kitaorg meronda mencari kedai yg paling murah...hihi. Selesai membeli, azan Zuhur berkumandang, terus gerak ke Masjid Terapung utk solat dan makan di restoran yg berhampiran. 
Sebelah petang pula, kami ke Terengganu Equestrian Resort (TER) untuk bermain bowling.Pergi time weekend mmg ramailah org tp kami register terus dpt main...hehe. 
Selesai main, bergerak ke Masjid Kristal plk utk solat Asar. Kat sini dipenuhi dgn pengunjung-pengunjung dari luar. Ada yg ikut lawatan dan ada juga yg mengikut rombongan menghantar pengantin. Macam-macam loghat boleh dgr org duk bersembang. Settle kat situ, kami ke Pantai Teluk Ketapang pula untuk minum petang. Segala jenis celup tepung kitaorg makan dari ikan. sotong, udang, cendawan dan tak dilupakan pisang dan keropok. 
Perut dah penuh...so grk ke pantai pula. Kat sini, kitaorg sewa ATV 2 buah dan memandu secara bergilir-gilir. Dah lama pun ada kat Terengganu tp first time saya naik ni...kalau bkn sbb dioarg jgn hrp saya nak naik...hehe. 
Dah habis pusingan ATV, kami bersiar-siar di pantai pula. Menggamit kenangan ketika di Suria Cherating dulu. Honestly, I miss the moment at Suria Cherating Beach Resort so muchhhhhhh!!!
Menjelang maghrib, kami bergerak ke Pulau Duyung pula utk solat dan dinner di situ. Disebabkan perut yg masih kenyang, kitaorg pergi melepak di jeti Pulau Duyung sambil bersembang dari satu topik ke topik yg lain pula. Dah boring kat situ, baru grk ke restoran utk order for dinner. Steamboat plk...hari ni dah mcm2 makanan makan...xtau dah camne rasa perut ni...semua bercampur. 
Last for the day...masing-masing nak tunjuk bakat menyanyi pula. We go for Karaoke kat Apple Corner. Memasing pilih lagu yg diaorg nak nyanyi and pass the mike secara bergilir-gilir. Saya klu bab menyanyi mmg surrender awal2...xminat...huhu. Habis dah aktiviti kami sepanjang hari tu. We enjoy till the maxxx!!! What can I said, fun, sweet, and exciting weekend with all of you. 

Esoknya...diorang gerak balik ke K.L dah. Time to work plk. To Ajue, Ali and Lah thanks a lot for coming and see you again!!!

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile