topbella

06 June 2013

KENDURI KESYUKURAN FPS...

Minggu lepas telah berlangsungnya Kenduri Kesyukuran di Fakulti Pembangunan Sosial. Ianya diadakan ekoran kejayaan beberapa orang staf yang mendapat kenaikan pangkat dan juga yg berjaya menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Kesemua mereka seramai 7orang telah berpakat utk meraikan kejayaan itu dengan mengadakan kenduri kesyukuran untuk semua warga staf di fakulti. 
Semua warga fakulti dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Kenduri ini bermula pada jam 1 petang hingga ke jam 4 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Yang Berbahagia, Dekan Fakulti Pembangunan Sosial diikuti oleh bacaan doa oleh Pensyarah, Ustaz Ismail. 
Majlis juga merakamkan ucapan tahniah kepada mereka-mereka yg telah berjaya mendapat kenaikan pangkat serta anugerah perkhidmatan cemerlang. Tak dilupakan ucapan terima kasih kerana telah meraikan kenduri kesyukuran bersama semua warga fakulti. 
Jom layan gambar-gambar untuk menu sepanjang majlis itu berlangsung. Dimulakan dengan kek simbolik 'Fakulti Pembangunan Sosial'. 
Menu utama adalah nasi putih bersama dengan lauk-lauk yang xkurang hebatnya. Dimulakan dengan ayam percik hadir bersama kuahnya yg sgt sedap. 
Kambing dari Restoran Al-Edrus. Bagi pencinta kambing, memang layan habislah. Tapi xkurang jgk yg memang xmakan kambing...huhu
Sayur sebagai hidangan pelengkap. Yang xmakan sayur mmg xamiklah. Ada lobak, kobis serta bebola. 
Tidak ketinggalan disediakan juga telur dadar. Menarik nampak hiasan telur ni yg dipotong menjadi segi tiga. 
Hidangan penutup pula ada agar-agar pandan dan coklat. Tiada dalam gambar jeli kelapa serta minuman utk hari tu Sunquick Tropika. 

Last but not least our happier face. Me with my officemate enjoy eating + talking during 'kenduri'. 
Overall, majlis berjalan dengan sempurna sehingga ke petangnya. Perut kami pun kenyang dengan menu yang pelbagai tu siap tapau buat balik lagi...hihi..

2 comments:

QA's ~ mamapapa said...

nomnom...sedapnye makan2...lauk2,kueh2 semuanya mggoda :))

Affieza said...

@QA's ~ mamapapa: seriously semua sedap2 :))

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile