Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Floria Putrajaya. Pesta dimana semua pengunjung boleh melihat bunga-bunga dari segala jenis. Bukan setakat bunga, ada juga pameran dari jabatan-jabatan, pesta jualan dan pertunjukan bunga api.
Aku ke sini dijemput oleh roomate aku sewaktu di Cherating dulu. Aku turun ERL Putrajaya dan langsung ke sini.
Aku berjalan meronda-ronda kawasan bunga-bungaan sambil bergambar. Tapi sayangnya gambar-gambar semua di dalam kamera roomate aku.
Acara kemuncak pada malam itu adalah pertunjukkan bunga api di udara. Pelbagai warna dan bentuk menghiasi awan malam.
Seronok gilerrrr!!!! Dapat tengok live depan-depan. Biasa tengok depan tv je. Oh ya!!! sebelum tu, aku sempat juga pergi melihat pameran bot-bot berhias di Tasik Putrajaya.
To Hidaya, thanks so much sudi bawak aku jalan-jalan kali ni. Moga kita berjumpa lagi pada masa akan datang dan boleh lepak jenjalan sesama lagi.
0 comments:
Post a Comment