Ini cerita hujung minggu lepas...mostly hujung minggu kalau xbalik kampung adalah plan nya. Utk hujung minggu ni saya ajk kwn2 panjat Bukit Besar. Exercise sikit...hehe..xpernah sampai lg sini so hari tu first time lah. Pergi berempat dan bergerak dari rumah jam 8pagi.
Kalau org Terengganu mesti tau kan kat mana Bukit Besar ni...ke ada yg xtau? Hehe... Kalau berjalan kat sekitar Kuala Terengganu ni mesti ada terbaca 'ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU' kat atas satu bukit...hahhh kat situlah Bukit Besar.
Sampai je situ, mmg dah ramai orang mungkin kami yg lambat..hihi. Ada yg dah berjalan utk turun dan ada juga yg baru nak naik mcm kami. Kitaorg start naik around 8.45 pagi. Kami santai2 je panjat bukit ni...dah lah pakai selipar je org lain semua pakai sport shoes...huhu. Berjalan slowly utk sampai ke atas sambil bermain handphone.
Ini kami dah sampai separuh..berhenti rehat sambil melihat view Bandar Kuala Terengganu dari pdgn atas bukit. One of my friend dh give up sbb penat tp kitaorg ajak juga dia naik.
Penat, letih, sengal2 lutut, sakit pinggang macam2 lah ada tp end up kami berjaya sampai di puncak. xde lah tinggi sangat pun. Lupa nak set masa berapa lama nak sampai kat atas ni tp rasanya xsampai satu jam kot. Kat puncak bukit ni ada pencawang elektrik...so ramailah berhenti di situ sebelum bergerak utk menuruni bukit tersebut.
Kami plk...bila dah sampai atas tu masing2 kehausan...air xbwk. So, duduk je lah tgk org lalu lalang sambil menghilangkan penat. Bila dah dpt energy balik, baru mula bergerak turun. Bila turun rasa macam cepat plk...hehe.. tp sempat lg berhenti berposing jap.
Kami rasa puas sebab berjaya sampai ke atas. Sampai je bawah beli air dan makanan utk mengalas perut yg dah start berbunyi. Selepas tu, baru decide utk cari proper breakfast. Kebetulah hari tu ada Pasar Pagi kat Kg. Teluk Ketapang, kami ke situ dan menjamu selera di Pantai Teluk Ketapang.
0 comments:
Post a Comment