Setiap petang Jumaat akan diadakan bacaan Yaasin bagi kumpulan mengaji mama saya. Giliran ditentukan mengikut persetujuan tuan rumah itu sendiri.
Minggu ini, giliran bacaan Yaasin di rumah kami pula. Seawal pagi segala persiapan telah dilakukan untuk memastikan kelangsungan semasa majlis nanti.
Majlis bermula sekitar jam 3 petang dan berakhir menjelang waktu Asar. Tetamu-tetamu yang hadir adalah kelompok wanita dan akan diketuai oleh seorang ketua bagi memimpin bacaan tersebut. Selesai bacaan, diadakan sedikit jamuan ringan oleh pihak tuan rumah.
Menu di rumah saya kali ini adalah laksa, mee goreng, keropok, kuih-muih serta buah-buahan sebagai pencuci mulut. Manakala air pula adalah air sirap.
Overall untuk hari tu, makanan semua cukup dan majlis berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Terima kasih semua tetamu-tetamu kerana sudi menerima jemputan ke rumah kami.
0 comments:
Post a Comment