21 September yang lalu
Detik 8.30 malam
Khamis malam Jumaat
Kau telah pergi menghadap Ilahi
21 September yang lalu
Genap setahun pemergianmu
Masih jelas terasa usapan lembut tanganmu
Membelai wajah dan tubuhku
Terima kasih mak untuk semua usapan
21 September yang lalu
Aku rindukan 'bantal peluk' kesayangan
Yang sentiasa ada disebelah
Pabila waktu tidur menghampiri
Terima kasih mak kerana sudi menjadi 'bantal peluk'
21 September yang lalu
Aku perlukan pendengar yang setia
Saban malam berceloteh itu dan ini
Sambil bergolek-golek sebelum melelapkan mata
Terima kasih mak kerana meminjamkan telinga
21 September yang lalu
Aku terbayang-bayang wajah tua menanti
Di muka pintu
Menunggu pulangnya dari sekolah
Terima kasih mak kerana sabar menanti
21 September yang lalu
Aku terasa sangat sunyi
Perlukan insan yang betul-betul faham aku
Cerianya, marahnya, rajuknya, sedihnya
Terima kasih mak kerana sangat memahami
21 September yang lalu
Aku terbayang-bayang keenakkan masakanmu
Cuba memenuhi kehendak sedaya mungkin
Apa yang terlintas itu yang terhidang
Terima kasih mak kerana masakan yang memenuhi citarasa
21 September yang lalu
Aku berjaya menjejakkan kaki ke menara gading
Dalam gembira, aku ralat kerana kamu tidak ikut menghantar
Tapi doamu telah dimakbulkan
Terima kasih mak kerana sentiasa mendoakan kejayaanku
21 September yang lalu
Aku menyibukkan diri dengan buku-buku dan kertas peperiksaan
Bergelumang dengan semua itu membuat aku leka
Tapi tidak semudah itu kerana kenangan bersama sentiasa utuh
Terima kasih mak untuk segala kenangan yang mak tinggalkan
21 September yang lalu
Aku semakin dewasa
Banyak benda yang aku pelajari
Tapi aku masih perlukan bebelan, tunjuk ajar untuk terus melangkah
Terima kasih mak untuk segala perkongsian pengalaman
21 September yang lalu
Setelah cukup 10tahun mak meninggalkan kami semua
Arwah tokki ikut menyusul 3bulan berikutnya
Berbekalkan cinta sejati untuk mak satu-satunya sehingga ke akhir hayat
Terima kasih mak untuk segala cinta dan kasih sayang yang jitu
21 September yang lalu
Aku berjaya menghabiskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda
Sedang menanti hari untuk bergraduasi
Mengharapkan mak masih ada untuk sama-sama melihat
Terima kasih mak kerana sentiasa meniupkan semangat
21 September yang lalu
Kenangan bersama sentiasa terlayar di ingatan
Terkadang bisa mengundang air mata
Yang aku sendiri tidak mampu untuk sekat
Terima kasih mak kerana menghadirkan perasaan itu dalam diri aku
21 September 2013
Hari ini genap 13 tahun pemergian mak
Di sudut hati sentiasa tersimpan kemas nama mak untuk terus diingati
Terima kasih banyak-banyak mak untuk 13 tahun tempoh kita bersama
Ya Allah,
Kau cucurilah rahmat dan keampunan ke atas roh
Allahyarhamah Zainab Binti Awang
AL-FATIHAH
psssttt:- mak di sini merujuk kepada (nenek). Ini kerana saya membahasakan panggilan mak untuk arwah nenek.
4 comments:
al fatiha buat nenek affieza...moga dicucuri rahmat :)
@QA's mamapapa: thanks akak!!!
Alfatihah... kita semua pasti menurut jejak almarhum..
@Saljuhumairah: Thanks!!!
Post a Comment