topbella

10 August 2012

MOGA MEREKA PULANG...


Bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. 

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

12 tahun Ramadhan tanpa arwah nenek dan 2 tahun Ramadhan tanpa arwah datuk di sisi
ya Allah, moga Nenek dan Datuk saya dibenarkan pulang

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
  • Pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka
  • Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka
  • Orang yang mendapat harta pusaka mereka
  • Rumah orang yang mendoakan mereka
Dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup.  

Hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang-orang yang masih hidup. Jadi, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Jangan lupa beri doa pada mereka.Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. 

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH NENEK DAN DATUK YANG SAYA SAYANGI... 
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"
 

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile