topbella

04 January 2013

SIMULATION 2


Habis sudah kelapan2 module di Gems Program. Tapi jgn ingat kitaorg dah boleh rehat...ada lagi aktiviti yg menunggu. Simulation 2 and the last Group Live Project. Dah rasa malas sebenarnya nak gi Simulation 2 ni tp end up pergi jugak. Kalau ponteng mau Cik Ain tu call cari kita kat mana pastu nak kena buat surat bagai lagi..huhu. 

Sebelum ni dalam Simulation 1, kitaorg perlu melalui proses interview dengan seorang interviewer.Now, utk Simulation 2 ni lain plk. Ini aktiviti berkumpulan. Kami telah diberi pilihan untuk memilih group kami sendiri. Group2 tersebut terdiri dari Human Resource, Business, Information Technology, Project Management, Research and Development. 

Citenya mmg xtau nak pilih mana sbb semua macam xminat...haha tp kena pilih jgk takkan nak duk kt 122 plk. So, aku decide utk join Project Management group. Untuk Project Management group ni xde lah ramai sgt yg berminat coz ada 2 group je. Yg paling ramai ialah Research and Development lah coz ramai team engineer, researcher, chemist dan sewaktu dgnnya. Yg paling sikit plk Team Information Technolgy...xtaulah kenapa xde peminat kat situ. Untuk Business ngn Human Resource plk stable je ahlinya. 

So, untuk Simulation 2 ni, aku di group Project Management bersama 9 yg lain. Leader kali ni Zuki bersama ahli2nya terdiri dari Asri, Izwan, Aizat, Zul, Azlin, Fatim dan juga Qila. Semua macam dah kenal lah coz 4orang dari company aku, 4orang dari company 6 sebelah je pun ngn company kitaorg and one from company 1 and one from company 2. 

Fokus utama utk Simulation 2 ni ialah Planning. Macam kami di group Project Management ni, kami perlu buat satu carta aliran planning process tu. Kami sepakat utk buat planning nak bukak bisnes. Bisnes...bisnes apa? Macam2 idealah tp since Asri ni ada bisnes kerongsang, kami decide nak buat bisnes kerongsang. Swarovski ok!!! Kami divide tugas memasing sape buat bahagian budget, process, marketing. Lepas tu kena present plk. 

Present ramai2 kt depan....dimulai dgn leader kitaorg lah follow by other members. Paling semangat sudah tentu si Zul...haha. Habis je present tu, Learning Facilitator bagi komen. Nak tau dia ckp apa? Saya suruh fokus dkt part planning je yg group kamu buat ni dah sampai nak jual dah product tu...nmpk tak kitaorg punya advance disitu....hahaha. It's ok, we take it as a learning process nnt kalau nak buat the real business sng dah tau sikit2 dia punya selok belok. 

Igtkan dah habis, ada lagi rupanya.. keje rumah kot..eh silap kt sini xde rumah so ckp keje bilik boleh??? hehe. Setiap dari kami perlu cari satu post utk Project Management ni and then buat dia punya job description dgn kpi sekali. Antara postnya Project Manager, Floor Manager. Coordinator. Aku buat post Quantity Surveyor ngn Zuki and Qila. Macam biasa jawapan mintak je kat Pak Cik Google and then taip elok2 utk diemail ke pihak Site Management

Kul 5 ptg selesai...enjoy!!! no more class, no more assignment and fokus kitaorg utk performance waktu dinner nanti. Byk juga cite2 disebalik performance kitaorg ni belum dinner lagi tu. I will blog soon....Stay tuneeeeeeeeeee!!!

MODULE 8: E.D.G.E


Yeay...finally we are in the last module. Time flies...just a few day to be finish. Ini merupakan module terakhir di Gems Program. Module ini dikenali sebagai Exceeded Demand, Gearing for Employment (E.D.G.E). Untuk module ni, kami semua berpecah dari company, no more Starhill...so sad!!!
Untuk module ni, group ditentukan oleh Site Management. Kami keseluruhan peserta Gems ni telah dipecahkan kepada 15 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 9 atau 10 team members. All of Gems Participants for SCR07A consist of 147 participants tak sempat nak kena semua pun...huhu. 

Kali ini aku berada di group 'G'... gorgeous u olls..haha. Kami terdiri dari 10 orang bdk perempuan yg juga satu2nya group xde bdk lelaki...group lain ada jgk at least one. So far, ok je we have joy we have fun together. Diketuai oleh Nasyidah dan ahli2 yg lain terdiri dari Sufi. Tiqah, Qistina, Jie, Rozi, Balkis, Hana dan Jiha..ada jgk kwn from my company. 
Sebelah paginya Off Day. Kelas ni lain sikit, bermula Jumaat malam lg utk sesi briefing dan sesi pengajaran hanya 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad. 

Dalam module terakhir ni, apa yang kami belajar lebih kepada reflection from all module before. Fokusnya kepada CV Enhancement, Presentation including group and individual, movie review and some other activity.   Tapi dah xde lah Self Learning Assignment. 

Aktiviti sebelah pagi adalah group activity, kami diberikan satu perkataan dan kami perlu terjemahkan ke dalam bentuk lukisan.Manakala group2 yg lain perlu meneka apa maksud di sebalik gambar tersebut. Aktiviti ni mengimbau kenangan zaman2 kat tadika dulu melukis, mewarna siap ada crayon lagi. Berebut2 kami excited nak mewarna. Tukang lukis 2org je Balkis ngn Jie yg lain2 mewarna secara bergilir-gilir. 
Habis part melukis, mewarna kami semua diminta untuk present apa maksud disebalik gambar tu. Ini dikenali sebagai 5 minute group presentation. Sorg present dlm setengah minute je pun...huhu...habis present group lain akan teka maksud lukisan tersebut. Group kitaorg dpt word 'Productivity' so lukisan dia adalah seekor lembu yg  boleh menghasilkan pelbagai product2 lain. Sgt senang utk diteka ok!!! Start dari aktiviti ni kami dikenali dgn CowGirls...haha. Selesai semua group presentation diadakan pula sesi voting for the best picture. Voting by individual. Tak mengharap pun utk menang coz semua pic cantik2 kot... kami plk xblh undi group sendiri so mcm tak expect lah akn menang. As long as, we enjoy drawing and colouring together are much better. Agak2 menang ke tak ekh? Hari terakhir diadakan sesi penyampaian hadiah dan we are announce as a winner for the best pictorial presentation. Masa dia announce tu semua mcm blurrr..eh betul ke? ke salah dengar..Syidah pun mcm confuse nak pergi amik ke tak sampailah dpt confirmation baru semua gerak ke pentas utk amik hamper... serious mcm xpercaya je...hehe. Million thanks to all the voters...dah rupa mcm ucapan peserta realiti plk
Petang tu pula diadakan individual presentation yg dikenali dengan 1 Minute Blitz Presentation. Kaedahnya Site Manager akn cabut nama dari satu kotak and nama yg terpilih kena ke depan utk take part in that presentation. Di depan kita akn buat balingan dadu utk menentukan soalan for that presentation. Bila dah dpt soalan tu, dalam masa 1 minit kitaorg kena buat presentation. Siap ada loceng bagai lagi...so we just need to speak in one minute regarding the question. Aku mmg xprepare apa2 pun sbb rasa mcm xkena je sbb ramai ni...hahaha sekali nama aku first kot naik...dahlah xde buat preparation so mindset aku time tu I just want to speak and I don't care whether it's right or wrong. 

So, nak tak nak mmg kena. Berjalanlah ke pentas and buat balingan dadu. Aku dpt question 'How Do You Handle Mistake? '. Sebelum start aktiviti ni, kitaorg adalah bcg2 dulu cara nk jwb setiap soalan tu so mana yg aku igt tu aku ckplah... Thanks semua utk idea tu especially Balkis. Habis present tu balik ke group memasing sibuk tanya aku knp nmpk relax je tak nervous ke? Actually when we are nervous don't show on your face reaction..take this advice ok!!! hahaha. Nervous sgt2 tp xtau nak ckp camne dahlah first person. Lega time tu then fokus utk tgk org lain punya presentation plk. Overall adalah dlm 30 org yg terpilih utk aktiviti ni. 
Tak tau plk yg ni pun dikira sbg competition. So bila Site Management ckp ada hadiah utk Best 1 minute Blitz presentation ni, aku xharap pun utk menang...present ntah apa2 je. For second place dimenangi oleh Zuki, my company's member..well done Zuki for great presentation and then bila nak announce for the First Place tu semua member kt group aku bersorak Fiza...Fiza...Fiza... Apa kes confident sgt diaorg ni yg aku akn menang ke korang ada pakatan ngn Site Management. Tapi when the announcement for The Best 1 minute Blitz Presentation goes to Ms. Nurhafiza Bt Sulaini...aku mcm speechless kjp coz aku rasa ramai lg kot yg better klu nak compare ngn aku. If compare ngn Zuki pun, aku rasa dia lg ready and isi pun mcm byk je...hihi..it's all about luck...Alhamdulillah for this meaningful winning. Satu ayat yg aku akn igt sampai bila2 from Balkis "Fiza, Aku Percaya Kat Kau"...terharu and really appreciate it, Balkis. Satu lg yg buat aku happy ialah both of us from Starhill. So, I dedicate this winning to all my company's member. Go Starhill...Go Starhill!!!
Malamnya pula, ada movie show. Cerita '12 Angry Men'. Kami semua perlu menonton movie itu sehingga habis and then perlu menjawab soalan2 yg diberikan oleh Learning Facilitator. Ini juga dikira sbg competition rupanya. Kumpulan kami tak menang pun tp aku dpt the highest utk group ni. Yg menang aktiviti ni group D. Aktiviti ni sbnrnya nak tgk camne kita nak influence org supaya amik jwpn kita sbg yg paling tepat. Aku plk even the highest tp tak bg langsung influence dkt yg lain2 so bad!!! hahaha
Hari kedua which mean the last day for the module, fokus kepada CV Enhancement pula. Kami diberikan contoh CV yg baik dan yg tak sempurna. So, bolehlah buat perbandingan. Untuk resume ni pun ada pemenang juga. Second Place dimenangi oleh Nadwa manakala First place goes to Raudhah. Congrats to both of you. 
Berakhirnya kelas ini, maka berakhirlah pembelajaran di Gems Part 1 ni. 8 module berjaya dilalui dengan jayanya. Everyone feel 'GREAT' rite?? 

psssttt: cite module dah habis...nantikan last GLP plk k...hihi

02 January 2013

MODULE 7: B.M.A


Habis CSR, ahadnya Off Day. Isnin bermulalah module baru pula iaitu Business Management Appreciation (B.M.A). Ini merupakan module terakhir di dalam company dan untuk module terakhir nanti kitaorg semua akan berpecah.
Kelas bermula dengan pembahagian group. Pembahagian group kali ni agak berbeza dengan yg sebelum2 ni. Learning Facilitator menyuruh kami semua utk mencadangkan beberapa nama untuk dilantik sebagail Leader. Kemudian kami perlu vote utk yg kami rasakan layak menjadi leader. Yang tertinggi utk voting tu Zul diikuti oleh Huda, Jiha dan Qila. Tapi disebabkan si Zul ni tersekat kat dalam toilet lama sgt pastu kitaorg decide utk pilih yg tertinggi seterusnya iaitu Zuki. 
So, leader dah ada 4 org mewakili 4 group. Now it's time for leader plk utk pilih ahli2nya. Aku kat belakang ngn Qila and Daya dah duk sekali time tu coz mmg bajet nak duk satu group. Bila sesi pemilihan start lain pula jadinya coz leader hanya boleh pilih sorg je ahli dlm satu masa. Aku dipilih sbg ahli pertama utk ke group Zuki so mmg xdptlah nak sama2 lg...huhu..it's ok thanks Zuki for choose me as one of your team member. 

Masuk team Zuki, dia tanya aku plk nk amik sape lg join group ni. Aku ckp larr amik Biey ngn Ajue. Ok next round pilih Biey dulu. Pastu third round nak amik Ajue terlepas plk coz Qila dah amik dulu. So, Zuki pilih Ali and last round Milla. Selesai utk pembahagian group. 

Dapat buku, maka bermulalah kelas utk module yg ketujuh ni. Dalam module ni, kami diajar utk membuat business planning dan fokus utama adalah kepada company kami iaitu Starhill Beach Resort. Kami perlu merancang dari awal penubuhan company ini sehingga ke peringkat seterusnya meliputi service yg bakal company kami tawarkan, gaji pekerja2 serta job scope setiap daripada kami. 

Kami telah dipecahkan kpd 4 department yg terdiri daripada Human Resource, Marketing, Operation dan juga Financial Department. Utk group aku kitorg pilih utk handle bahagian Human Resource. So, tugas kitaorg adalah utk membuat job description dgn gaji yg akn dibayar utk setiap pekerja. 

Utk group kecil kami yg 5org tu pula, kitaorg juga kena setup business. Kami memilih utk membuat bisnes makanan. Maka, terhasil lah Bunga Kantan Restaurant yg menjual makanan berasaskan bunga kantan. Utk restaurant ni Biey yg jd Manager. 

Manakala utk Self Learning Assignment pula, kami diminta utk membuat research ttg satu company. Dari awal penubuhannya sehingga sekarang. Aku pilih Bank Islam. Utk aktiviti book summary pula, ktorg kena present by group. Dalam byk2 kelas, kelas ni lah paling aku suka sbb xperlu nk buat byk presentation...hehe
 - With our Learning Facilitator for B.M.A module, Mr.Roslan - 

Habis je kelas ni, maka berakhirlah kelas di dalam company. So sad!!! Kemudian kami semua dipecahkan kepada group secara keseluruhan utk module yg terakhir keesokkan harinya. 

01 January 2013

2013


Good bye 2012
Welcome 2013

To all 
family members
friends
blog readers
silent readers
anonymous
and
everyone

 

May you have a heart of courage,
a mind of will and may you get whatever you desire
always at your will.

psssttt:- Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah utk terus menikmati nikmat kehidupan. Moga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. 


SCR07A: CSR


Back to Group Live Project (GLP) again!!!  Ini dah masuk GLP yg keempat utk Gems Program. GLP kali ni adalah yg pertama dijalankan di luar dari Suria Cherating Beach Resort. Yeay...finally boleh kuar jalan2 kalau tak sikit2 Bakawali Hall dahlah kelas hari2 kt situ...huhu. Corporate Service Responsibility ok kwn2!!!
Seawal 6.15 pagi semua participants diminta berkumpul di SCR Lobby. Telefon bilik berdering2 sejak jam 5.30 lagi nak kejutkan kitaorg. Kami kat 122 bangun awal hari tu kot...excited nak naik bas agaknya...dahlah malam tu tidur agk lewat buat sesi luahan hati ke hati ngn Jiha, Huda, Zatti and Zuki pun ada join gak jap. 6.30 pagi memasing sibuk nak sign for attendance, semua punctual betul hari tu...mau tak punctual kalau lmbt kena byr 5ringgit kot sorg. 
Kami bertolak pada jam 7.00 pagi ke destinasi yg pertama iaitu Rumah Ehsan Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Ini merupakan Pusat Jagaan Utk Warga Tua. Sebelum bertolak Site Manager ckp 'Today all of you are allow to speak Malay'....fuhhhh first time tu kalau tak jgn hrp asyik2 English please...That's the real world in Gems Program. Sampai di Rumah Ehsan around 8.30 as we expected. Sampai tu tempat pertama yg dicari toilet lah and then berjalan beramai2 turun ke tempat yg disediakan oleh pihak Rumah Ehsan utk Opening Ceremony. 
Kami berkumpul di bawah khemah sambil menunggu ketibaan VIP. Jam 9 VIP sampai dan majlis pun bermula. 
MC memulakan majlis disusuli dengan ucapan dari Project Manager for CSR. Disambung pula ucapan oleh Wakil dari Rumah Ehsan mengalu-alukan kedatangan kami semua ke situ. Kemudian barulah ucapan perasmian for CSR at Rumah Ehsan. 
Sedikit gimik utk perasmian pada hari tu ialah dgn mencantumkan bentuk hati menjadi satu, bersesuaian dengan tema program kali ini iaitu 'We Care We Share'. 
Selesai upacara perasmian, kami semua mula bergerak ke penginapan warga tua di situ. Ianya dikenali dengan nama wad. Kami dipecahkan kepada 3kumpulan kerana disitu ada 3wad. VIP juga turut serta sambil menghulurkan sedikit sumbangan cenderamata kepada penghuni rumah tersebut. Aktiviti kami disini adalah lebih kepada sharing moments dgn mereka di samping membantu mereka dari segi kekemasan diri spt memotong kuku serta menyuapkan makanan kpd mereka yg tdk mampu utk bangun. 
Around 12.15 we go for lunch. Menu lunch kali ini adalah nasi ayam + air sirap dibawa khas dari Suria Cherating Beach Resort. Semua warga tua disitu menikmati Nasi Ayam utk hidangan tengahari pada kali ni. Selepas lunch diadakan pula upacara penutup utk sesi lawatan ini. 
Dalam majlis penutup, diadakan sesi penyerahan cenderamata kpd wakil dari setiap wad. Sebelum bergerak balik kami mengabadikan foto kenangan bersama para VIP di perkarangan Rumah Ehsan. 
Dari Rumah Ehsan, bas bergerak ke Masjid Al-Muktafi Billah Shah for Zuhur prayer. Around 2.00 pm baru bertolak ke destinasi seterusnya utk aktiviti lain pula. 
Kalau sebelah pagi kami di Rumah Warga Tua bersama org2 tua, now it's time with community pula. Diadakan pula aktiviti mewarna utk kanak2 mengikut peringkat umur serta pertandingan mencipta slogan berkaitan alam sekitar utk kategori dewasa. Di samping itu turut diadakan Pameran berkaitan Penyu.
Kami solat Asar di sini dengan membentangkan tikar2 di atas rumput. Minum petang juga di sini sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya ialah cleaning the beach. Akitiviti ini djalankan mengikut company. Setiap company dibekalkan dgn dua plastik hitam dan setiap seorang pula diberikan sarung tangan plastik utk digunakan ketika memungut sampah sarap di kawasan pantai nanti. Markah dinilai berdasarkan sampah yg paling berat. Start je aktiviti tersebut memasing berebut dan berlari2 utk memungut sampah...alahai bagusnya kalau selalu mcm ni kan tp ada ke org nak berebut2 kutip sampah ni kalau bkn sebab pertandingan....stock exchange...stock exchange...hihi. 

Budak2 company aku cam biasalah bukannya di layan stock exchange ke menang ke janji kitaorg participate . Menang kalah blkg kira. Kami berjalan beramai2 menyusuri pantai sambil bergelak tawa...tanpa menghiraukan company lain yg sudah jauh ke depan memenuhkan plastik company mereka. Itulah Starhill sentiasa relax and steady in whatever we are doing. As long as we enjoy the time together. 
Setelah habis dah sampah2 direbutkan oleh semua company, kami bergerak ke khemah utk upacara penutup. MC utk aktiviti di pantai kali ni ialh Hariz dari Company 7 and Jiha mewakili company aku. Good Job Jiha!!! Di mulakan oleh Project Manager dan di akhiri oleh ucapan penutup dari VIP. 
Seterusnya upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang utk pertandingan kuiz, mewarna dan juga mencipta slogan. Tp ada lagi ucapan slps upacara penutup tu. Kali ni briefing from representative of Turtle Sanctuary. Nak tau knp??? Kami ada aktiviti ngn penyu2 plk pas tu.
Around 6.30 pm, kami beratur dlm satu barisan panjang dan bergerak ke tepi pantai utk aktiviti seterusnya. Sungguh excited nmpknya mereka semua termasuk aku jgklah kan...hehe
Here everyone, turtle release. Aduhai kecil molek anak2 penyu ni. Kami teruja dapat pegang ank penyu tersebut dgn tangan sendiri. Pukul 7.00pm dah bergerak ke bas utk balik ke Suria Cherating. Sampai tu bergerak ke New Roof utk dinner. Tapi ada sedikit insiden bilamana xde bekalan air disaat masing2 berpeluh seharian tak mandi.  Pada malam tu post mortem utk program ni terpaksa ditunda. Malamnya berehat di bilik sementara menunggu bekalan air utk mandi. Post Mortem diadakan keesokkan harinya kul 10 malam. Aku xturun pun utk Post Mortem ni. 

I think this GLP is the best among the best GLP that I joined before. Sorry to other Project Manager but you are great because can manage the event in short time. Improve for the future. Perasan atau tak GLP ini mmg betul2 community service bermula dari manusia iaitu warga tua serta kelompok komuniti, di sambung pula dengan tumbuhan dan alam sekitar dengan memungut segala sampah sarap dan di akhiri dengan binatang pula. 

Kami semua enjoy, commitee pun dah boleh senyum setelah berhempas pulas dari awal2 Gems lagi. GLP ini sedikit mencabar jika nak dibandingkan dgn GLP lain kerana ia melibatkan urusan dgn pihak luar...mana nak contact, nak book, nak call dan bermacam2 lagi lah. To all CSR commitee big congrats everyone for this exciting experience...it mean a lot ok!!!
Tak lupa jgk aku nak masukkan gmbr2 pak cik bas  ni kt blog aku...kesian pak cik xde org nak upload gambar pak cik takpe jgn risau ye pak cik2 semua, pak cik dah jd sebahagian dalam kenangan kitaorg kali ni SCR07A....

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile