topbella

01 January 2013

SCR07A: CSR


Back to Group Live Project (GLP) again!!!  Ini dah masuk GLP yg keempat utk Gems Program. GLP kali ni adalah yg pertama dijalankan di luar dari Suria Cherating Beach Resort. Yeay...finally boleh kuar jalan2 kalau tak sikit2 Bakawali Hall dahlah kelas hari2 kt situ...huhu. Corporate Service Responsibility ok kwn2!!!
Seawal 6.15 pagi semua participants diminta berkumpul di SCR Lobby. Telefon bilik berdering2 sejak jam 5.30 lagi nak kejutkan kitaorg. Kami kat 122 bangun awal hari tu kot...excited nak naik bas agaknya...dahlah malam tu tidur agk lewat buat sesi luahan hati ke hati ngn Jiha, Huda, Zatti and Zuki pun ada join gak jap. 6.30 pagi memasing sibuk nak sign for attendance, semua punctual betul hari tu...mau tak punctual kalau lmbt kena byr 5ringgit kot sorg. 
Kami bertolak pada jam 7.00 pagi ke destinasi yg pertama iaitu Rumah Ehsan Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Ini merupakan Pusat Jagaan Utk Warga Tua. Sebelum bertolak Site Manager ckp 'Today all of you are allow to speak Malay'....fuhhhh first time tu kalau tak jgn hrp asyik2 English please...That's the real world in Gems Program. Sampai di Rumah Ehsan around 8.30 as we expected. Sampai tu tempat pertama yg dicari toilet lah and then berjalan beramai2 turun ke tempat yg disediakan oleh pihak Rumah Ehsan utk Opening Ceremony. 
Kami berkumpul di bawah khemah sambil menunggu ketibaan VIP. Jam 9 VIP sampai dan majlis pun bermula. 
MC memulakan majlis disusuli dengan ucapan dari Project Manager for CSR. Disambung pula ucapan oleh Wakil dari Rumah Ehsan mengalu-alukan kedatangan kami semua ke situ. Kemudian barulah ucapan perasmian for CSR at Rumah Ehsan. 
Sedikit gimik utk perasmian pada hari tu ialah dgn mencantumkan bentuk hati menjadi satu, bersesuaian dengan tema program kali ini iaitu 'We Care We Share'. 
Selesai upacara perasmian, kami semua mula bergerak ke penginapan warga tua di situ. Ianya dikenali dengan nama wad. Kami dipecahkan kepada 3kumpulan kerana disitu ada 3wad. VIP juga turut serta sambil menghulurkan sedikit sumbangan cenderamata kepada penghuni rumah tersebut. Aktiviti kami disini adalah lebih kepada sharing moments dgn mereka di samping membantu mereka dari segi kekemasan diri spt memotong kuku serta menyuapkan makanan kpd mereka yg tdk mampu utk bangun. 
Around 12.15 we go for lunch. Menu lunch kali ini adalah nasi ayam + air sirap dibawa khas dari Suria Cherating Beach Resort. Semua warga tua disitu menikmati Nasi Ayam utk hidangan tengahari pada kali ni. Selepas lunch diadakan pula upacara penutup utk sesi lawatan ini. 
Dalam majlis penutup, diadakan sesi penyerahan cenderamata kpd wakil dari setiap wad. Sebelum bergerak balik kami mengabadikan foto kenangan bersama para VIP di perkarangan Rumah Ehsan. 
Dari Rumah Ehsan, bas bergerak ke Masjid Al-Muktafi Billah Shah for Zuhur prayer. Around 2.00 pm baru bertolak ke destinasi seterusnya utk aktiviti lain pula. 
Kalau sebelah pagi kami di Rumah Warga Tua bersama org2 tua, now it's time with community pula. Diadakan pula aktiviti mewarna utk kanak2 mengikut peringkat umur serta pertandingan mencipta slogan berkaitan alam sekitar utk kategori dewasa. Di samping itu turut diadakan Pameran berkaitan Penyu.
Kami solat Asar di sini dengan membentangkan tikar2 di atas rumput. Minum petang juga di sini sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya ialah cleaning the beach. Akitiviti ini djalankan mengikut company. Setiap company dibekalkan dgn dua plastik hitam dan setiap seorang pula diberikan sarung tangan plastik utk digunakan ketika memungut sampah sarap di kawasan pantai nanti. Markah dinilai berdasarkan sampah yg paling berat. Start je aktiviti tersebut memasing berebut dan berlari2 utk memungut sampah...alahai bagusnya kalau selalu mcm ni kan tp ada ke org nak berebut2 kutip sampah ni kalau bkn sebab pertandingan....stock exchange...stock exchange...hihi. 

Budak2 company aku cam biasalah bukannya di layan stock exchange ke menang ke janji kitaorg participate . Menang kalah blkg kira. Kami berjalan beramai2 menyusuri pantai sambil bergelak tawa...tanpa menghiraukan company lain yg sudah jauh ke depan memenuhkan plastik company mereka. Itulah Starhill sentiasa relax and steady in whatever we are doing. As long as we enjoy the time together. 
Setelah habis dah sampah2 direbutkan oleh semua company, kami bergerak ke khemah utk upacara penutup. MC utk aktiviti di pantai kali ni ialh Hariz dari Company 7 and Jiha mewakili company aku. Good Job Jiha!!! Di mulakan oleh Project Manager dan di akhiri oleh ucapan penutup dari VIP. 
Seterusnya upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang utk pertandingan kuiz, mewarna dan juga mencipta slogan. Tp ada lagi ucapan slps upacara penutup tu. Kali ni briefing from representative of Turtle Sanctuary. Nak tau knp??? Kami ada aktiviti ngn penyu2 plk pas tu.
Around 6.30 pm, kami beratur dlm satu barisan panjang dan bergerak ke tepi pantai utk aktiviti seterusnya. Sungguh excited nmpknya mereka semua termasuk aku jgklah kan...hehe
Here everyone, turtle release. Aduhai kecil molek anak2 penyu ni. Kami teruja dapat pegang ank penyu tersebut dgn tangan sendiri. Pukul 7.00pm dah bergerak ke bas utk balik ke Suria Cherating. Sampai tu bergerak ke New Roof utk dinner. Tapi ada sedikit insiden bilamana xde bekalan air disaat masing2 berpeluh seharian tak mandi.  Pada malam tu post mortem utk program ni terpaksa ditunda. Malamnya berehat di bilik sementara menunggu bekalan air utk mandi. Post Mortem diadakan keesokkan harinya kul 10 malam. Aku xturun pun utk Post Mortem ni. 

I think this GLP is the best among the best GLP that I joined before. Sorry to other Project Manager but you are great because can manage the event in short time. Improve for the future. Perasan atau tak GLP ini mmg betul2 community service bermula dari manusia iaitu warga tua serta kelompok komuniti, di sambung pula dengan tumbuhan dan alam sekitar dengan memungut segala sampah sarap dan di akhiri dengan binatang pula. 

Kami semua enjoy, commitee pun dah boleh senyum setelah berhempas pulas dari awal2 Gems lagi. GLP ini sedikit mencabar jika nak dibandingkan dgn GLP lain kerana ia melibatkan urusan dgn pihak luar...mana nak contact, nak book, nak call dan bermacam2 lagi lah. To all CSR commitee big congrats everyone for this exciting experience...it mean a lot ok!!!
Tak lupa jgk aku nak masukkan gmbr2 pak cik bas  ni kt blog aku...kesian pak cik xde org nak upload gambar pak cik takpe jgn risau ye pak cik2 semua, pak cik dah jd sebahagian dalam kenangan kitaorg kali ni SCR07A....

2 comments:

CIK TOM said...

wah seronok tgk fieza pergi buat program amal..

owh skang msk program gems ye?

Affieza said...

@CIK TOM: yuppp...seronok sgt2. Ha'ah Fiza join Gems bulan 10 hari tu.

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile