topbella

26 December 2010

KENANGAN ITU INDAH...


30 Jun 2007 menjadi titik permulaan kepada diriku sebagai seorang mahasiswa. Universiti Sains Islam Malaysia menjadi medan perjuangan untukku menggengam segulung ijazah. Tarikh itu menyaksikan aku mendaftar sebagai salah seorang bakal graduan untuk sesi 2007-2011.

Kini 7 semester telah berjaya aku habiskan dengan sebaik mungkin. Alam praktikal di semester depan bakal melengkapkan pengajianku selama 8 semester. Yang pasti segala apa yang dah aku lalui selama 7 semester itu sangat bernilai dan istimewa. Bumi Nilai di tinggalkan dan Bandar Shah Alam menjadi titik tolak kepada perjuangan untuk menghabiskan praktikal. Semoga aku terus tabah dan maju ke hadapan dalam menempuh segala halangan dan cabaran yang bakal menjelma.

Jom layan segala kenangan2 pahit dan indah sepanjang aku berada di USIM. Yang terindah itu untuk di ingati dan yang pahit itu seharusnya di jadikan pengajaran.

"Kenangan2 Pahit di USIM"

1) Kena repeat presentation

Peristiwa ni berlaku ketika aku di semester 2. Sem ni aku dikehendaki untuk mengambil subjek "Leadership" yang mana ianya merupakan subjek wajib universiti. Bila kita dah ambil subjek ni, of courselah mmg tak boleh lari dari presentation. So, untuk presentation bagi subjek ni undian dibuat oleh tutor untuk menentukan giliran. Fuhhh...jgn lah naik no 1 alih2 sekali buka je kertas tu mmg bkn no 2, 7 atau last yg pasti mmg mataku tak rabun no 1 tertera disitu. Tersangatlah nervous time presentation ni sampaikan aku baca je apa yg ada kt depan mata time tu,sekali lps abis baca segala bahan kt depan tu kenalah bebelan free kt depan kelas hari tu. Sbg bonusnya dptlah merasa hadiah misteri yang tersangat best ni...."I want u to re-do again your presentation"...huhu

2) Di tangkap dalam mid-term exam

Peristiwa ni plk berlaku ketika aku di semester 3. Waktu ni tengah jawab mid-term kertas Teori Kaunseling. Preparation memang tak buat langsung apatah lagi nak belek buku yang tersangatlah tebal. So, time jawab exam tu mulalah tertoleh-toleh ke kiri ke kanan, nak dpt jawapanlah katakan. Kalau nk tunggu jwpn sendiri mmg tak mampu nk penuhkan kertas tu. Sekali aku toleh sebelah tiba2 lecturer kt depan dewan kuliyah pn sound "hah awak tiga orang kt belakang tu meniru ekh??? sila tulis nama kt kertas ni....glamerlah plk nama aku time ni. Apa yg lg dahsyat utk test tu kitaorg mmg tak dpt markah langsung...mujurlah dh cover byk markah kt part lain utk menghadirkan abjad ni "A-" kt slip exam...

3) Kena kunci pintu datang lambat

Cite ni plk berlaku masa di semester 4. First time kena belajar ngn lecturer foreigner dari Sudan. Ni kelas utk subjek wajib universiti Ulum Al-Quran. Dia punya kelas hari Jumaat kul 3 petang. Sekali hari tu sampai kelas dah kul 3.05, cubalah ketuk tapi mmg tak di layan langsung, jwpnnya pusing belakang, jalan ke depan dan balik rumah...huhu takkanlah nk duk kt dpn pintu tu smpai kul 5 kan????

4) Tertangkap sebab tak fokus kat depan

Yang ni plk masa semester 6. Waktu ni g kuliyyah lambat so duduklah line belakang sekali dalam dewan kuliyyah. Faham2 je lah klu dah duk blkg ni kan??? mmg xambil pusing sgt pn yg lecturer duk bebel kt depan tu. Punyalah syok time ni bukannya bercakap, bersembang dan gosip pn tapi aku duk lah layan tgk gmbr2 kt hset kwn..mmg tak fokus lah kt depan ni sekali tiba2 "kakak yg tudung purple kt blkg tu sila jwp soalan saya ni" huh mmg gelabah giler xtau nk jwp apa so diam je lah...

Itulah antara kenangan pahit yg masih segar dalam ingatan time ni, mungkin ade byk lagi tp dah xigt lah plk...takpe2 jom baca lagi kenangan2 aku kat bumi USIM ni...skrg kita cite yg manis2 plk ekh.....hehe

"Kenangan2 manis di USIM"

1) Dapat "Dean List".

Semester pertama menjadi pembuka tirai kepada pencapaian aku sebagai seorang mahasiswa. Mmg suasana exam di universiti berbeza ketika di alam persekolahan. Semuanya bergantung kepada kita, tiada lagi cikgu yang membantu. Alhamdulillah semester satu memberikan permulaan yg baik apabila aku berada di dalam "Dean List" untuk pencapaian semester tersebut. Yang bestnya pelajar2 yg berada di dlm list tersebut mnerima habuan lawatan sambil belajar ke Kota Singapura. Sangat teruja dan tak pernah terfikir pun utk smpai ke sana tp akhirnya smpai juga.

2) Handle program2 universiti

Bila sebut je pljr kaunseling, mmg tak blh lari dgn program2. Kitorg kena organize mcm2 program spjg berada di USIM. Antaranya Forum Anti Dadah Kebangsaan, Bengkel Seksual dan Perkahwinan, Pesta Konvokesyen dan sbgnya. Pengalaman ini sdikit sebanyak memberi pendedahan kepadaku dan rakan2 utk belajar dan menajamkan kemahiran utk organize program2 lain pada masa depan. Di samping itu, kitaorang dilatih juga dari aspek pembahagian tugas yg mana kitorang perlu bergerak dlm satu kelompok yg dipecahkan kepada bidang tugas masing2. Satu nilai kepuasan dpt dirasakan bila program itu berjalan lancar dan berjaya.

3) Mengaktifkan diri

Disini juga aku berpeluang mengaktifkan diri dgn join apa2 je aktiviti dan program yg aku rasakan best, minat memenuhi masa terluang. Aku lebih prefer dgn program yg berbentuk kokurikulum berbanding ngn kurikulum ni....dah mmg dasar suka main mana nk lynnya program berbentuk ceramah2 ni...huhu...Aku main netball utk kolej, main bowling utk fakulti, lwn futsal persahabatan kt UTM, larian obor, larian kmerdekaan dan mcm2 lagi...best sgt2.

4) Tambah kenalan

Paling2 manis dlm diariku sbg seorang mahasiswa adalh aku berpeluang utk mgenali rkn2 dari serata negeri. Kalau sblm ni kt sekolah rendah or menengah mgkin kita hnya ada rkn2 dri ngeri yg sama tp bila dh smpai universiti dah dpt rkn2 dari ngeri lain plk. Best tau blh dgr mcm2 dialek baru. Walaupun kita dtg dari ngeri yg berbeza ianya tdk sdikit pn menghalang untukku dan rakan2 mjalinkan ikatan persahabatan. Di sini aku belajar dan di sini aku berkenalan. Buat teman2 ku terima kasih atas jalinan persahabatan ini. Sesungguhnya ianya terlalu indah utk kita semua. Walau di mana pun kita berada selepas ini hrpnya persahabatan ini tdk akn terhenti di sini. I will always remember all of you.

Itulah antara kenangan2 yg dah aku lalui selama 7 semester di bumi USIM. Segala kenangan ini akan terus terpahat di hati buat selama-lamanya...

1 comments:

transformed housewife said...

Bila dah masuk alam pekerjaan nanti, kenangan2 di uni semuaa akan jd manis je FIza. Mesti Fiza akan cakap, "If only I can turn back the time".

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile