topbella

30 December 2013

3 TAHUN PEMERGIAN...


My dear Grandfather
I Miss You So Much!!!

Setiap detik dilalui dengan begitu pantas
Meninggalkan cerita-cerita hari semalam
Tapi itu tidak mampu untuk membuang perasaan
Rindu yang memang sudah tersemat di dalam hati

Engkau telah dijemput Ilahi untuk selamanya
Di saat kami masih dahagakan kasih dan sayang
Hanya doa yang tak pernah putus
Moga engkau kini berada di taman-taman syurga

Hari ini genap 3 tahun pemergian
Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas rohnya

Al-Fatihah
Haji Naim Bin Abu Bakar
(30.12.2010 - 30.12.2013)


10 December 2013

PENANG'S TRIP

Habis je 'MARA Assessment Centre' (MAC) tu, kami bergerak ke Penang plk. MAC berakhir dalam pukul 2 so banyak lagi masa yang ada untuk berjalan-jalan sebelum pulang ke Terengganu pada keesokkan harinya. 

Kami bertolak dari homestay around 3.30 petang menuju ke Penang. Here Penang we go!!! Nampak je jambatan Pulau Pinang tu terus memasing excited. Bukan selalu nak ke Penang ni so apa lagi ronda-ronda larrrrr.

Tempat pertama yang kami tuju adalah ke USM untuk berjumpa dengan adik kawan saya yang kini sedang belajar disana. Dah jumpa tu, dia ajak plk kami semua berjalan-jalan di sekitar bandar Penang tu. Dia jadi tourist guide kami utk hari itu. Thanks Sofiah bwk kami semua jalan-jalan.
Kalau pergi Penang tak sah kalau tak beli jeruk kan?? Moh ler kiter p carik jeruk dulu utk dibawa pulang ke rumah. Kedai yang dituju ialah 'Kedai Jeruk Pak Ali' yang sememangnya famous dengan jeruk-jeruk yang pelbagai jenis. Selesai membeli kami bergerak ke destinasi yang seterusnya pula.
Next destination kami singgah pula di Queensbay Mall. Kat sini kami tak beli apa-apa pun sekadar mencuci mata melihat orang ramai yang berpusu-pusu keluar masuk mall. Kami pergi waktu petang so agak ramai larrr orang waktu tu. Penat berjalan kami ke ruang restoran. Tempat yang dipilih adalah Pizza Hut. Kat sini kami makan pizza beramai-ramai. Thanks my friend, Shukruna yang belanja utk petang tu. 

Sebelah malamnya pula, kami ke Pesta Pulau Pinang. Kebetulan waktu kami datang ni sedang berlangsungnya pesta tersebut. Dah namanya pesta kan so macam-macam barang dijual kat sini. Kain baju, beg, kerepek, kuih muih dan pelbagai lagi. Di samping itu, terdapat juga pameran dari jabatan-jabatan kerajaan. Dah habis pusing tu, kami pun beransur pulang
Kami ke USM dulu untuk menghantar adik Sofiah sebelum bergerak balik ke homestay. Dalam perjalanan pulang tu, sempat lagi singgah ke gerai satay untuk supper. Sampai di homestay kami mengemas barang utk pulang dan berakhirlah kami punya short trip ke Penang. Thanks so much to Shukruna, Salmi, Kamarul and Sofiah for this trip.

07 December 2013

MARA ASSESSMENT CENTRE (MAC)

Alhamdulillah saya telah terpilih untuk urusan pemilihan dan pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DC41, Skim Perkhidmatan Pendidikan secara kontrak ke dalam perkhidmatan MARA. 

Urusan ini telah berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 5 Disember 2013.

Di sini ingin saya kongsikan pengalaman melalui 'MARA Assessment Centre' tersebut. Saya terpilih bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DC41 (Bimbingan dan Kaunseling). 

Untuk proses ini, calon-calon perlu melalui tiga sesi berlainan yang telah ditetapkan oleh pihak MARA. 

Sesi 1
Ujian Psychometric & Keutuhan Keguruan. 
Setiap calon perlu melalui ujian secara berkomputer dengan 60 soalan aneka pilihan. Soalan-soalan tersebut merangkumi aspek Pengetahuan Am, Psychometric dan Keutuhan Keguruan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan-soalan tersebut adalah 1jam 30 minit. 

Sesi 2
Persembahan Individu
Calon perlu melalui proses Micro Teaching selama 10 minit. Sesi ini untuk mengukur kreativiti & kepimpinan calon di samping itu calon perlu melalui proses Pra Amali Mengajar. Oleh kerana saya terpilih bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling, saya tidak perlu melalui Micro Teaching sebaliknya digantikan dengan sesi kaunseling. Untuk tugasan tersebut, saya dan ahli kumpulan yang lain diminta untuk menjalankan satu sesi kaunseling bersama dengan pelajar yang datang mengadu bahawa dia telah menjadi mangsa rogol. Setiap calon telah mengaplikasikan segala kemahiran dan teori yang dipelajari selama ini bagi mendapat markah yang baik dari panel penilai. Panel untuk sesi tersebut terdiri dari 3 orang. Manakala bagi calon-calon untuk subjek lain seperti Sejarah, Matematik, Sains dan banyak lagi mereka perlu mengajar di depan panel penilai. 

Sesi 3
Temuduga
Bagi sesi temuduga pula, tiada had masa yang diperuntukkan. Ianya bergantung 100% kepada panel penilai. Calon akan diminta masuk secara individu menggunakan konsep sukarela. Tiada pengagihan nombor giliran. Calon-calon dinilai melalui aspek personaliti, keperibadian & sahsiah serta soalan mengenai MARA.

Sesi 4
Esei
Semua calon diminta untuk berkumpul di dewan setelah proses temuduga dikesemua bilik selesai. Calon-calon diminta untuk menulis esei Bahasa Inggeris dalam masa satu jam. Tajuk yang diberi kepada kami pada hari itu adalah 'Apakah Sumbangan Yang Akan Kamu Berikan Kepada MARA'

Setelah selesai, semua calon boleh bersurai. Calon-calon untuk sesi seterusnya pula mengambil giliran. MAC ini telah dijalankan selama beberapa hari bagi memilih calon-calon yang terbaik untuk diserap masuk ke dalam MARA.

01 December 2013

THE TWIN


Pon...Pon...Pon 

Ahli baru mahu melapor diri

Welcome to our big family


# anak sepupu saya yang ketiga dan keempat

# dilahirkan pada 1 Disember 2013

# gegirl

# kembar tak seiras

# nama diberi Hanan Afifah & Hasna Athirah

p/s:- moga membesar menjadi anak-anak yang solehah...AMIN

06 November 2013

WELCOME BACK HAJI & HAJAH

6 November 2013... Ma dan Abah selamat kembali dari mengerjakan rukun Islam yang kelima. Alhamdulillah... Mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada jam 7.15 pagi setelah 8jam berada di dalam flight. 

Sebaik mendarat je, para jemaah tidak dibenarkan terus keluar sebaliknya perlu melalui pemeriksaan kesihatan bersama pasukan perubatan yang ditugaskan. So, agak lama juga perlu menunggu kerana mereka ramai. 
Saya bertolak dari rumah tokki dalam jam 8 pagi untuk ke Lapangan Terbang. Parking memang dah dipenuhi dengan kenderaan yang datang lebih awal. Yang menjadikan keadaan sesak adalah kerana kumpulan yang datang menjemput terlalu ramai bagi semua jemaah haji. Family saya sendiri pun dah 3bijik kereta. Bila kami sampai tu, dah mula ada jemaah yang keluar. Yeay!!! kami tak perlu nak menunggu terlalu lama kerana memang kami sengaja datang lambat pun...huhu

Around 9 pagi jemaah makin ramai mula keluar dari balai ketibaan. Bila dah nampak Ma dan Abah tu terus bergegas ke arah mereka. Semua yang datang menjemput bersalaman dengan Ma dan Abah dan kemudiannya terus bergerak pulang ke rumah tokki. 
Akhirnya...setelah 50 hari they are coming back. Alhamdulillah syukur Ya Allah kerana kau telah memberi peluang kepada mereka berdua untuk menyempurnakan ibadat haji pada kali ini. Di kesempatan ini juga ingin saya rakamkan penghargaan kepada tokki dan tok, ayah cik dan mok cik serta cik za dan p.cik zue diatas penginapan serta makan minum kami sepanjang tempoh Ma dan Abah di Mekah. Saya dan adik bergilir-gilir menginap di rumah mereka dan yang pasti paling lama di rumah Cik Za. Once again...Thanks so muchhhh!!!

01 November 2013

MAKAN-MAKAN

Selepas berakhirnya majlis konvokesyen my sister, kami semua bergerak untuk dinner. My uncle, Pak Manaf mengajak kami untuk makan nasi arab di Seksyen 7, Bangi. So, bergeraklah kami 3buah kereta dalam keadaan hujan yang agak lebat. 
Restoran yang dipilih ialah Arabian House Restaurant. Restoran ini menyediakan pelbagai hidangan Arab asli. Untuk pertama kalinya makan disini, saya memilih nasi dengan mandy chicken. Nasi yang agak banyak bersesuaian dengan perut yang tengah lapar ketika itu. Isi ayamnya tanggal dengan mudah dan rasanya seperti gabungan ayam panggang dan tandoori. Sementara itu, family member yang lain memilih untuk mencuba masakan jenis kabsah dan hanith yang mana daging kambing atau ayam tersebut direbus bersama dengan rempah. Thanks so much Pak Manaf belanja kami semua makan nasi arab. 

Sehari selepas tu, saya keluar lagi. Kali ni plk my cousin, Dilla ajak kami makan2 di Midvalley. Sampai di Midvalley kami memilih untuk makan di Kenny Rogers. 
Kami semua memilih menu yang sama iaitu Kenny's Quarter Lite Meal. Untuk air pula saya memilih Choco Blaze, my younger sister with Chocolate Iced Blends and my cousin with Mango Juice. Selesai makan, kami solat and jalan2 di dalam Midvalley sebelum pulang. For this dinner, thanks Dilla for the treat.

28 October 2013

SISTER'S CONVOCATION

Hari itu hadir jua setelah lama menanti. Penat, lelah, usaha dan doa yang berterusan akhirnya terbalas jua. Inilah dia Majlis Konvokesyen. 
28 Oktober 2013 akan menjadi satu lagi tarikh bersejarah dalam diari kehidupan my younger sister. Hari di mana dia diraikan secara gilang gemilang bersama dengan rakan-rakan yang lain. Sedikit terkilan kerana Ma dan Abah tidak dapat menghadiri majlis ini kerana masih berada di Mekah mengerjakan ibadah Haji. My cousin, Dilla and I berada di dalam dewan mewakilkan both of them.
My sister's convocation berlangsung pada sidang petang. Tepat jam 2 petang, para graduan mula berbaris memasuki dewan manakala para ibu bapa dibenarkan masuk terlebih dahulu. Dimulakan dengan doa, diikuti pula dengan nyanyian dan ucapan oleh Naib Canselor Universiti.
Selepas itu barulah bermula sesi penganugerahan scroll kepada para graduan. Dimulakan dengan pelajar2 PHD, diikuti dengan master dan degree. Acara pada petang itu melibatkan 3buah fakulti yang mana my sister punya turn paling last. Majlis berakhir pada jam 5 petang.
Inilah dia wajah penerima Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Gambar dirakam di dalam dewan berlatarkan pentas acara.
To the one and only sister, congratulations on your graduation's day. All hard work paid!!! Praise be to Allah. Thanks so much to all my uncle, aunt and cousin for your time to be with her too.
 

15 October 2013

AIDILADHA 2013

Rasa macam baru je lagi menyambut Aidilfitri...tup tup dah masuk bulan Zulhijjah. Cerita Aidilfitri yg panjang berjela tu pun baru je habis now giliran Aidiladha pula mengambil alih...hehe

Aidiladha edisi 2013 pastinya akan diingati sampai bila2 kerana ini merupakan pertama kali saya dan adik-adik tidak menyambutnya bersama Ma dan Abah. Ini kerana mereka berdua telah terpilih untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. Alhamdulillah 

So, untuk Aidiladha kali ni kami menyambutnya berempat sahaja yg mana my sibling and one of my aunt, Cik Za yg memilih utk beraya bersama kami. Thanks so much Cik Za...

Seawal pagi memasing bangun utk bersolat subuh...kemudian kami menyambung tidur balik sementara menanti utk mandi dan bergerak ke masjid. Cik Za pula di dapur menyiapkan juadah utk di makan apabila pulang dari masjid. 

Around 8.30 pagi bergerak ke masjid utk menunaikan solat sunat Aidiladha, mendengar khutbah raya dan bersalam-salaman dengan jemaah masjid. Pulang dari masjid menikmati masakan Cik Za di dapur. Not to worry, Cik Za boleh masak masakan kegemaran kami adik beradik jika ma tak ada di rumah.

Untuk juadah Aidiladha kali ni Cik Za masakkan nasi minyak dengan ayam masak merah beserta laksa penang. Selesai makan, no more activities...kami hanya berehat-rehat sambil menonton televisyen.

Selepas Zuhur, bergerak ke airport utk menghantar Cik Za pulang ke Kuala Lumpur...sebelum tu sempat singgah ke rumah Ayah Cik utk menghantar juadah Aidiladha kali ni.

Bila Cik Za dah masuk ke Departure Hall, kami adik beradik bergerak utk pulang beraya di rumah nenek sebelah abah pula. Kami berada di sana sampailah ke petang hari dan pulang semula ke rumah menjelang maghrib. 

Itu je lah cerita Aidiladha kali ni. Gambar pun lupa nak ambil. Sekian...

02 October 2013

WW: FLOWER GIRLS


Flower girls can refer to a participant in a wedding procession (Wiki)





Flower girls are usually members of the bride's or bridegroom's extended family, but may also be friends. 


Yeay!!! we are cousins

21 September 2013

SEPARUH JIWAKU PERGI...

21 September yang lalu
Detik 8.30 malam
Khamis malam Jumaat
Kau telah pergi menghadap Ilahi

21 September yang lalu
Genap setahun pemergianmu
Masih jelas terasa usapan lembut tanganmu 
Membelai wajah dan tubuhku
Terima kasih mak untuk semua usapan

21 September yang lalu
Aku rindukan 'bantal peluk' kesayangan
Yang sentiasa ada disebelah
Pabila waktu tidur menghampiri
Terima kasih mak kerana sudi menjadi 'bantal peluk'

21 September yang lalu
Aku perlukan pendengar yang setia
Saban malam berceloteh itu dan ini
Sambil bergolek-golek sebelum melelapkan mata
Terima kasih mak kerana meminjamkan telinga

21 September yang lalu
Aku terbayang-bayang wajah tua menanti
Di muka pintu 
Menunggu pulangnya dari sekolah
Terima kasih mak kerana sabar menanti

21 September yang lalu
Aku terasa sangat sunyi
Perlukan insan yang betul-betul faham aku
Cerianya, marahnya, rajuknya, sedihnya
Terima kasih mak kerana sangat memahami

21 September yang lalu
Aku terbayang-bayang keenakkan masakanmu
Cuba memenuhi kehendak sedaya mungkin
Apa yang terlintas itu yang terhidang
Terima kasih mak kerana masakan yang memenuhi citarasa

21 September yang lalu
Aku berjaya menjejakkan kaki ke menara gading
Dalam gembira, aku ralat kerana kamu tidak ikut menghantar
Tapi doamu telah dimakbulkan
Terima kasih mak kerana sentiasa mendoakan kejayaanku

21 September yang lalu
Aku menyibukkan diri dengan buku-buku dan kertas peperiksaan
Bergelumang dengan semua itu membuat aku leka
Tapi tidak semudah itu kerana kenangan bersama sentiasa utuh
Terima kasih mak untuk segala kenangan yang mak tinggalkan

21 September yang lalu
Aku semakin dewasa
Banyak benda yang aku pelajari
Tapi aku masih perlukan bebelan, tunjuk ajar untuk terus melangkah
Terima kasih mak untuk segala perkongsian pengalaman

21 September yang lalu
Setelah cukup 10tahun mak meninggalkan kami semua
Arwah tokki ikut menyusul 3bulan berikutnya
Berbekalkan cinta sejati untuk mak satu-satunya sehingga ke akhir hayat
Terima kasih mak untuk segala cinta dan kasih sayang yang jitu

21 September yang lalu
Aku berjaya menghabiskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda
Sedang menanti hari untuk bergraduasi
Mengharapkan mak masih ada untuk sama-sama melihat
Terima kasih mak kerana sentiasa meniupkan semangat

21 September yang lalu
Kenangan bersama sentiasa terlayar di ingatan
Terkadang bisa mengundang air mata
Yang aku sendiri tidak mampu untuk sekat
Terima kasih mak kerana menghadirkan perasaan itu dalam diri aku

21 September 2013
Hari ini genap 13 tahun pemergian mak
Di sudut hati sentiasa tersimpan kemas nama mak untuk terus diingati
Terima kasih banyak-banyak mak untuk 13 tahun tempoh kita bersama 

Ya Allah,
Kau cucurilah rahmat dan keampunan ke atas roh
Allahyarhamah Zainab Binti Awang

AL-FATIHAH

psssttt:- mak di sini merujuk kepada (nenek). Ini kerana saya membahasakan panggilan mak untuk arwah nenek. 

20 September 2013

PANGGILAN HAJI 2013

Musim haji tiba lagi...saban tahun berjuta umat manusia diberi peluang dan kesempatan untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima. 
17 September 2013 akan menjadi satu lagi tarikh nostalgik untuk kedua ibubapa saya kerana telah terpilih untuk menyempurnakan ibadat haji...Alhamdulillah dipanjat kesyukuran ke hadrat Allah kerana memberi peluang tersebut kepada kedua ibubapa saya. Mula mendaftar dengan Tabung Haji pada tahun 2007, mengerjakan umrah pada tahun 2010 dan beberapa hari lepas telah selamat berangkat untuk menunaikan fardu haji pula. Tidak perlu menunggu lama, percaturan Allah itu memang yang terbaik.
Proses mendaftar untuk para jemaah haji telah bermula sekitar jam 12 tengahari di Kompleks Tabung Haji Gong Badak. Semasa proses pendaftaran para jemaah diberi beg sandang kecil serta pelekat nama untuk dilekatkan pada pemegang beg masing2. Jam 1 tengahari pula proses check in untuk luggage para jemaah dan kemudiannya mereka bersolat jamak disurau yang dibuat khas disekitar kompleks tersebut. 
Bagi ahli keluarga para jemaah haji yang datang pula, disediakan tempat duduk beserta kanopi sepanjang proses menunggu tersebut. Even kanopi dah banyak tapi still tidak mencukupi untuk menampung bilangan ahli keluarga yang terlalu ramai. Terpaksalah duduk di merata-rata ruang yg kosong. Jemaah haji ada yg seorang or ada yang 2orang tp pengiring mereka berpuluh2 orang so camne nak muat kan??? Huhu..Ahli keluarga saya pun dah 20++++ datang menghantar.
Jam 2.10 petang para jemaah haji telah dipanggil masuk ke kompleks Tabung Haji utk urusan Check-In dan bermulalah episod sebak+sedih+sayu ketika bersalam-salaman. It's natural feeling. Selepas itu, kami semua diarahkan pulang dan tidak boleh berjumpa lagi dengan para jemaah. Mereka masuk untuk mendengar taklimat sebelum menunggu bas yang akan membawa mereka ke balai berlepas di lapangan terbang.

Tepat jam 6 suku petang Ma dan Abah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Madinah pada jam 3 pagi waktu Malaysia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9jam. Kami disini mendoakan agar segala urusan Ma dan Abah dipermudahkan sepanjang berada disana dan berjaya membawa pulang haji yang mabrur...AMIN

18 September 2013

KUNJUNGAN DARI YB...

Hujung minggu yang lalu, keluarga saya berasa berbesar hati dan bertuah kerana menerima kunjungan dari YB daerah kami. YB yg dimaksudkan ialah Ustaz Wan Hassan Bin Mohd Ramli, ahli parlimen daerah Dungun. Tapi YB lebih dikenali dengan panggilan 'Ustaz' dengan semua orang.
Kunjungan Ustaz ke kampung kami adalah bertujuan untuk bertemu mata dengan para jemaah haji siri 2013 di teratak masing-masing. Ma dan Abah merupakan salah seorang jemaah yang akan berangkat ke Tanah Suci pada tahun ini.

Ma menyediakan mee goreng + keropok, kuih-muih, air sirap serta buah-buahan sebagai iringan untuk minum petang pada hari tersebut.
Dalam kunjungan tersebut, Ustaz juga telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Ma dan Abah. Terima kasih banyak2 Ustaz atas sumbangan tersebut. Moga rezeki Ustaz akan terus murah dan dipermudahkan oleh Allah selalu.
Dari pihak keluarga kami, terima kasih lagi sekali atas kesudian Ustaz untuk berkunjung ke rumah dan mendoakan urusan haji Ma dan Abah dipermudahkan.

13 September 2013

BACAAN YAASIN

Setiap petang Jumaat akan diadakan bacaan Yaasin bagi kumpulan mengaji mama saya. Giliran ditentukan mengikut persetujuan tuan rumah itu sendiri. 
Minggu ini, giliran bacaan Yaasin di rumah kami pula. Seawal pagi segala persiapan telah dilakukan untuk memastikan kelangsungan semasa majlis nanti. 

Majlis bermula sekitar jam 3 petang dan berakhir menjelang waktu Asar. Tetamu-tetamu yang hadir adalah kelompok wanita  dan akan diketuai oleh seorang ketua bagi memimpin bacaan tersebut. Selesai bacaan, diadakan sedikit jamuan ringan oleh pihak tuan rumah. 
Menu di rumah saya kali ini adalah laksa, mee goreng, keropok, kuih-muih serta buah-buahan sebagai pencuci mulut. Manakala air pula adalah air sirap.

Overall untuk hari tu, makanan semua cukup dan majlis berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Terima kasih semua tetamu-tetamu kerana sudi menerima jemputan ke rumah kami. 

KRONOLOGI SYAWAL 2013: PART 4

Bulan Syawal dah pun berakhir minggu lepas. Dan ini adalah entri penutup untuk cerita raya edisi 2013. Gigih jgk menaip utk habiskan...huhu

28 Syawal 

Menghadiri jamuan raya ofis abah di Dungun. Jamuan bermula dari jam 11 pagi sehinggalah ke jam 2 petang. Kami merupakan antara tetamu yang terawal sampai...makanan masih fresh dan boleh dikatakan belum terusik lagi. 
Konsep jamuan adalah 'potluck'. So, memang banyak menu pilihan. Antaranya Nasi Minyak, Nasi Dagang, Nasi Putih + Sup Kambing, Laksa, Ikan Bakar dan banyakkkkk lagi. Bila dah banyak sangat sampai tak terdaya nak makan. Yang menjadi pilihan saya hari tu Nasi Minyak dengan ayam merah, ikan bakar P.Cik Sal yang menjilat jari dan juga puding laici Puan Hajah. Lepas tu terus surrender xamik dah makanan lain.
Tetamu mula memenuhi khemah menjelang waktu tengahari. Kami pun bersiap untuk meninggalkan majlis dan bertolak pulang. Sebelum balik, sempat lagi berposing di perkarangan ofis abah...hehe...

30 Syawal

Hari terakhir di bulan Syawal...kenduri di rumah saya pula. Kali ni ma mengajak kaum2 wanita di kampung untuk membaca Yaasin disusuli dengan tazkirah oleh Ustazah Hajar. Aktiviti ini merupakan rutin mingguan di kampung saya dengan sistem giliran rumah ke rumah. Memandangkan ma dan abah akan berangkat ke Mekah beberapa hari lagi so ma request utk buat kat rumah kami minggu lepas. 

Menu utk kali ni ada laksa dengan nasi kunyit disusuli pula dengan kuih lipat dan puteri mandi. So, tetamu mempunyai pilihan untuk memilih. 
Sebagai tambahan lagi...disediakan juga buah-buahan sebagai pencuci mulut. Masa yang tepat!!! sekarang ni memang musim buah di kampung tengah menjadi. Buah-buahan semuanya diambil dari pokok sekitar rumah kami je. Buah dokong di belakang rumah, buah rambutan dan manggis pula di tepi rumah. 

Majlis berakhir pada jam 4.30 petang dan tetamu mula beransur pulang. Selepas tu bermulalah operasi pembersihan pula. Dengan ini tamat sudah ceritera raya 2013..no more part ok!!! Panjang umur jumpa lagi di edisi raya next year plk...hihi

03 September 2013

KRONOLOGI SYAWAL 2013: PART 3

Yeay!!!! sambung lagi cerita Syawal 2013...ini masuk part yg ke 3 dah...huhu...

17 Syawal

Kenduri kahwin again and again!!! memang tdk dpt dinafikan lagi bila time raya je ramai pasangan yang akan melangsungkan majlis perkahwinan. Maybe kerana time ni ramai sedara mara yang berkumpul di kampung utk meraikan lebaran. Sesambil tu bolehlah join memeriahkan kenduri plk. 
Majlis kali ini adalah utk pasangan Linda & Wahmi yang merupakan kawan saya ketika di sekolah menengah dulu. Linda merupakan kawan satu dorm ketika Form 1,2 and Form 6 manakala Wahmi pula merupakan ketua kelas saya ketika di Form 4. xsangka diaorg berdua ni tapi satu hakikat yg harus diakui jodoh itu rahsia Allah.
Bergambar dgn pengantin perempuan setelah sekian lama kami tdk bertemu. Last jumpa pun time degree dulu. 
Di majlis ini, saya dipertemukan juga dengan kawan-kawan sekolah yg lain. Kami team bujang yang memeriahkan majlis pada hari itu. Sambil makan sambil bercerita itu dan ini. Banyak cerita yang nak di update setelah sekian lama xjumpa. 

To Linda and Wahmi...moga mahligai yang baru dibina sentiasa berada di dalam rahmat dan keberkatan oleh Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat...AMIN

22 Syawal

Khamis malam Jumaat pula diadakan solat hajat + kenduri doa selamat serta tahlil sempena keberangkatan Ma dan Abah ke Mekah tidak lama lagi. Majlis ini dibuat di surau kampung saya dengan jemputan hanyalah kepada jemaah surau yang lelaki. Utk kaum wanita Insha Allah hujung minggu ni pula di rumah saya. 
Jemaah perempuan hanyalah ahli keluarga saya sahaja terdiri dari keluarga saya, mak saudara serta sepupu-sepupu. Overall, tetamu hari tu adalah dalam 30 lebih. 
Kami membawa makanan ke surau selepas solat Maghrib dan meletakkannya di ruangan luar surau. Menu utk malam tu adalah nasi minyak dengan pilihan lauk gulai ayam dan ayam masak merah. Di samping itu, ada mee goreng + keropok, kuih muih serta teh'o panas. Selesai semuanya kami bergerak balik ke rumah.  
Sampai rumah dah jam 10 lebih...ada yang menyambung makan lagi mana2 juadah yang masih tak habis. Boleh dikatakan semua juadah habis licin yang tertinggal hanyalah ayam masak merah beberapa ketul. Gambar kat atas ni masing2 tengah mengerumuni emak saya utk melihat kelengkapan yang dibekalkan oleh pihak Tabung Haji utk berangkat nanti. 

Tengah malam tu, semua mula bertolak balik ke rumah masing-masing. Alhamdulillah selesai satu majlis. 

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile