topbella

01 August 2013

HAVE FUN @ SUNWAY LAGOON...

Kesinambungan untuk entri sebelum ni...

Tamat je larian tu...makan + rehat jap sebelum menapak ke dalam Sunway Lagoon. Disebabkan kita join larian amal ni so dptlah pass masuk percuma ke 5 parks di dalam Sunway ni. 
So here we go!!! Amusement Park, Scream Park, Water Park, Extreme Park dan Wildlife Park. 
Yang pasti kami hanya berjalan2 je kat situ...xnaik pun benda2 yg ada kt park tu. Tak sanggup nak beratur panjang dengan nak menunggu turn lg. Tengok gelagat org pun dah boleh buat gelak2...dgn muka takutnya, menjerit gayatnya dan bermacam2 lagi. 
Memula masuk ke Wildlife Park dulu...kat sini orang tak lah ramai mcm park2 lain tu. Ye lah kat sini just dtg utk tgk2 binatang tu je pun. Yg datang nak main2 mmg tak dilayan park ni...hehe. 
Feel macam kat zoo negara dah tp sana lagi besarrrrr lah. Berjalan melihat binatang2 tersebut di dalam sangkar masing2. 
Sesambil berjalan tu berhenti jgklah utk amik gambar. Gambar saya mcm xde je tp gambar binatang je banyak ni...huhu
Dah habis mengelilingi Wildlife Park ni, kami bergerak ke Extreme Park pula. Honestly, inilah park yang paling saya sukaaaaaa!!!!
Alhamdulillah dilahirkan untuk tidak menjadi gayat pada ketinggian atau segala benda yang extreme ni. Sekali you dah buat mesti akan rasa nak buat lagi dan lagiiiiii...hihi
Kat sini memang ramai orang...panjang plk yang beratur naik main flying fox tu...so kami just berjalan je sepanjang jambatan gantung tu... kalau gayat jangan tengok bawah ok!!! hehe

Habis kat situ nak ke Scream Park plk tp sampai je terus give up tak nak masuk...malasnya larrrr nak beratur pepanjang tu. End up pergi Amusement Park lahhh...kat situ plk mostly kanak2 yg ramai. Banyak mainan2 best utk dioarang kat situ. 
Last before back to home....main air's time....hehe. Kami ke Water Park. Kat sini xpyh cakaplah mmg paling ramai kot tak kira peringkat umur semua ada. Main2 air jap pastu mandi2 kat situ sampailah masuk waktu Zuhur. Cuaca dah start nak panas tu, kami naik and terus ke tandas utk bersihkan diri dan salin baju.

Selesai cerita separuh hari kat Sunway. Sampai rumah around 3.30 petang dah. Anyway, really enjoy and have fun there. Rehat kejap je ni kat umah malamnya ada lagi aktiviti...apakah???? Flower's time. Coming soon in this blog Floria Putrajaya 2013...hehehe

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile