Cerita raya baru hendak bermula walhal hari ini dah pun menginjak ke 19 Syawal. Opsss!!! tertinggal keretapi sudaaa...hehe. Tapi raya kan sebulan so no need to worry...kuih raya banyak lagi ni kat umah...Untuk syawal kali ni tak beraya sangat pun lebih kepada memenuhi undangan ke majlis perkahwinan yang tak putus2. So, kronologinya bakal dicoret dibawah ini...
1 Syawal
Paginya mcm biasa seperti tahun2 sudah...bangun solat subuh + mandi sunat aidilfitri. Kemudian bersarapan sebelum bergerak ke surau utk solat sunat Aidilfitri. Balik dari surau bergerak menziarahi kubur arwah tokki dan tok sebelah ma seterusnya barulah menghadiri rumah terbuka jiran. Menjelang tengahari bertolak balik ke kampung untuk beraya bersama tokki dan tok sebelah abah pula. Petangnya barulah bertolak balik ke rumah pula.
Di rumah saya, family mama dan ayah chik setia menunggu. So, malamnya bersembang + makan2 with my uncle, aunts and cousins. Selesai makan, kami semua memulakan misi persiapan untuk kenduri perkahwinan my cousin, Dilla yang akan dilangsungkan pada 5 Syawal.
Ok we start with goodies bag. Kami memasukkan gula-gula, jelly, apollo ke dalam plastik sebelum diletakkan ke dalam bag. Untuk memudahkan kerja, kami buat urutan kedudukan mcm yg kat kilang2 tu sape incharge utk jelly, utk gula-gula, untuk apollo and the last person is me. Saya bertindak memasukkan segala benda tu ke dalam paper bag dan menyimpan ke dalam bakul. Bila ramai yg buat so kerja jadi senang dan cepat. Settled satu, proceed to another part plk.
Selepas itu, sesi memasang dan menghias pelamin plk. Yang part ni 3orang je yg incharge, yang lain2 tukang tengok and komen jika ada yang tak kena blh gitu??? hehe. My cousin, Hajar bertindak sbg ketua dibantu oleh her younger bro, Atiq selaku tukang panjat, gantung serta stapler kain-kain tersebut. My mom plk assist utk part buat 'lekuk-lekuk' pada kain tersebut. Overall, jam 12 malam baru siap.
Dah siap tu kenalah testing dulu cantik ke idok rupa pelaminnya...hehe. So, 2orang model dijemput khas ke pelamin utk sesi bergambar. My uncle, Ayah chik and his youngest son, Aniq berposing sakan malam tu. Ok...selesai cerita 1 syawal...penat dan tido lah plk. Esoknya 2 syawal tak kemana di rumah je.
3 Syawal
Menemani my younger sis menghadiri kenduri walimah her friend, Naufal dan pasangan di Bukit Nenasi, Batu Rakit.
Kredit this pic to Syakirah...kitaorg xamik pun gambar dengan pengantin. To Naufal dan Haris, semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat. Selepas kenduri, kami pergi beraya dirumah kawan saya ketika di UMT hari tu. Thanks to Noor dan Milla atas layanan.
4 Syawal
Kenduri kahwin lagi...kan dah cakap syawal kali ni memang penuh dengan undangan majlis perkahwinan...huhu.
Yang ni pun kawan my younger sis jgk kahwin. Tapi kami kan sekolah sama so kenal jgk lah like a senior and junior. Kenduri ni kat Kg.Losong Haji Mat Shafie.
Untuk Asma dan Saidi, selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat. 'You look so gorgeous'.
Ok...saya stop sampai sini dulu...jenuh nak scroll baca panjang2 ni. So, hari seterusnya di next entry plk, berapa banyak part baru siap agaknya ye...hihi. Tapi bukannya setiap hari saya berjalan...so hari yang ada event je lah saya letak kat blog ni....Stay tuneeeeeee!!!
1 comments:
@Rose Azadir: Hi...salam kenal and thanks singgah sini
Post a Comment