topbella

29 August 2013

KRONOLOGI SYAWAL 2013: PART 2

Cerita raya 2013 bersambung lagi di bahagian kedua...hehe

5 Syawal

Kali ni turn kenduri untuk sepupu saya plk. Awal pagi, pihak Catering sampai untuk memasang kanopi dan menghantar segala lauk pauk sepanjang kenduri tu. Jam 10 pagi masing2 bersiap untuk bergerak ke masjid. Majlis akad nikah dijadualkan berlangsung pada jam 11 tapi dah dekat kul 12 baru Tok Kadi sampai. Ini kerana beliau pergi menikahkan pasangan lain dulu. Sibuk betul tok kadi ni...hari tu saja 3pasangan yg akn dinikahkan. 
Alhamdulillah...dengan sekali lafaz my cousin, Dilla selamat menjadi isteri kepada sepupu baru kami, Halim. Welcome Halim to our big family....lots of fun and characters of us you gonna meet!!! My cousin, Abg Long as a 'wali' while my dad and uncle, Ayah Chik as 'saksi'. 
Selesai majlis akad nikah, upacara membatalkan air sembahyang pula. Disaksikan oleh kaum keluarga terdekat yang memeriahkan majlis. 
Warna tema pilihan pengantin untuk majlis sebelah perempuan gold. Pulang dari masjid, pihak keluarga pengantin perempuan telah bersiap sedia untuk menyambut kedatangan rombongan dari pihak keluarga dan pengantin lelaki. For sure, all female cousin need to be part of 'dulang's team'. Pengantin disambut diikuti dengan barang2 hantaran sehingga ke pelamin. Selepas itu, sesi bergambar dengan kaum keluarga dan makan. 

Overall, majlis berjalan seperti yang dikehendaki dan tetamu mulai surut menjelang 4 petang. Cuma ada satu dua orang je yang datang agak lewat due to their commitment. 6 Syawal bermalasan di rumah sambil menonton tv..huhu

7 Syawal
Majlis sambut menantu pulak... rombongan dari keluarga pengantin perempuan bertolak pada jam 11 pagi untuk ke rumah pengantin lelaki. Kami semua menunggu di masjid berdekatan sehingga semua ahli rombongan cukup baru bergerak. 
Sampai je terus makan...selepas tu baru masuk bergambar sebelum bertolak balik. Warna tema kat sini plk silver. So, semua nampak silver je lah tapiiiii my aunt, Cik Za nampak mcm ketua group nasyid dah kat dlm gambar ni with dark green shawl..nampak paling menyerlah disitu...huhu...

Utk Dilla and Halim...selamat melayari alam rumahtangga yang pastinya menjanjikan episod suka dan duka yang bakal ditempuhi bersama. But promise to be there for each other..ok!!! Who's next??? Wait and see... 

10 Syawal

Balik kampung sebelah abah...kenduri lagiiii!!! anak sepupu abah plk yg kahwin...dua beradik sekaligus...senang, mudah dan jimat...hehe.. Sorry xde gambar yang disnap. Kitaorg sampai waktu pengantin tengah makan beradab di meja makan pengantin. Pulang dari kenduri tu, lepak dan sembang2 kat umah tok and tokki pula. 

Lagi cerita Syawal 2013 in next entry sooonnnn!!! Selagi bulan Syawal xhabis so kira cerita raya lah kannnn...hihi

2 comments:

wakgelas said...

wahhh sonoknyer kawen tuuu.,ehHHee

Affieza said...

@Wak Gelas: pengantin larrr yang seronok kannnn??? hehehe

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile