topbella

25 April 2013

THIRD TASK...

Sedar tak sedar dah 4bulan rupanya saya di UMT. Semakin serasi dan selesa dgn working enviroment here. Rutin mcm biasalah dpt task dari supervisor pastu cuba siapkan. Setelah siap hantar utk semakan kalau ada yg hendak dibaiki, terpaksalah baiki dulu pastu baru hantar. Apabila dah hantar muncul plk task baru, begitulah rutin harian seorang pekerja kan??? huhu...

Sebelum ni dah story pasal my first task and second task, now nak cite psl task seterusnya pula. Ini sbg kenangan di hari tua kelak...hahaha. At least, saya tahu kerja ni dah pernah buat sebelum ni...hihi. 
Selesai buat 'filing' hari tu, dpt lg satu tugasan baru iaitu nak kena siapakan Manual Prosedur Kerja utk fakulti ini. Mula2 dpt tu ya Ampun banyaknyaaaaaaaa!!!! But slowly I manage to read and understand about the task. 

'Sikit-sikit, lama-lama, jadi bukit'. Berbekalkan kaedah tu lah, saya cuba utk menyiapkan dgn sebaik mungkin. Bermula dari page pertama hinggalah ke akhirnya, diteliti, diedit mana yg xkena dan terhasilah the latest of MPK. 
MPK ni merupakan proses kerja yang dilakukan oleh warga fakulti ini. Bermula dari staf sokongan hinggalah ke pihak Pengurusan Tertinggi. Dari sekecil-kecil tugas hingga ke tugasan besar. Semuanya disusun kemas di dlm MPK ini. 

Apa yg dipelajari dari task ini ialah, setiap satu tugas ada pecahan-pecahan individu yg bertungkus-lumus menyiapkan. Bermula dari pihak atasan hinggalah kpd warga sokongan. Inilah yg dikatakan sama-sama berganding bahu bagi memastikan kecemerlangan sesuatu kerja. 

23 April 2013

POT LUCK OFIS...

Cite sebulan yg lalu tp baru nak update...huhu. Hari tu pihak fakulti telah bersepakat utk mengadakan "Pot Luck". Ianya berikutan kejayaan salah seorang pensyarah yg telah memenangi tempat ketiga dalam penulisan artikel. Hadiah kemenangan berupa wang tunai so pihak fakulti mencadangkan agar duit itu digunakan utk majlis "Pot Luck". 
Semua warga fakulti dijemput utk memeriahkan majlis dari Pihak Pengurusan Fakulti, Kakitangan Akademik dan juga staf sokongan. Majlis bermula dari jam 12 tengahari sehinggalah ke petangnya. Majlis dimulakan dgn slot pengisian rohani disampaikan oleh Dr.Bazli selama setengah jam kemudian di sambung pula dgn ucapan dari Dekan Fakulti. Jam 1 semua dijemput menjamu selera.
Sambil2 mendengar tazkirah sempat juga bergambar...hihi. Kami warga staf sokongan bersama-sama menguruskan persiapan tempat serta juadah pada tengahari itu. 
Terdapat pelbagai menu sehinggakan pening nak pilih juadah mana yg hendak dimakan terlebih dahulu. Menu utama Nasi Putih di samping lauk-pauk, laksa, rojak betik dan juga sate. Manakala menu sampingan terdiri dari kuih-muih yg dibawa oleh kakitangan. Tidak ketinggalan buah-buahan pelengkap kepada segala macam menu pada hari tu.

Menjelang petang, masih byk hidangan yg belum habis so kami-kami ni pun memulakan operasi membungkus utk dibawa pulang ke rumah. Overall, majlis berjalan lancar dan masing2 kekenyangan dgn makanan yg pelbagai telah selamat masuk ke perut...hehe

29 March 2013

SWEET 26TH...


Alhamdulillah


26 March 2013

JOGGING DI MALAM HARI...

"Jom Jogging malam ni" kata Pia sewaktu dlm perjalanan pulang dari ofis. Aku dgn Biey ok je. Malam je lah free, pagi sampai petang di ofis je. 
So malam tu, kami bertiga bergerak ke Kompleks Sukan UMT utk memulakan misi jogging. Sambil tu call Milla jgk ajk join sekali. Dia pun ok je. Dari bertiga dah jadi berempat pula. Lagi ramai lagi meriah...huhu
Kuar rumah lps solat maghrib. Sampai kat Kompleks Sukan tu dah ramai student2 yg jogging so kitaorg pergi meramaikan lg.
Berjogging lah si Biey dgn Pia mengelilingi trek kat Kompleks Sukan tu. Aku ngn Milla mengelilingi jgk tp jalan je...hahaha. Penat berjogging berhenti posing plk blh gitu??? hihi
End up ambil port kat tepi padang, bersembang pula dari satu cerita ke satu cerita. Anyway, best jgk jogging memalam ni. Cuaca nyaman dan sejuk sekali tp peluh tetap ada larrrr....kata jogging....huhu

24 March 2013

JOM HEBOH @ PULAU WARISAN

Jom Heboh edisi 2013 membuka tirai dgn lokasi pertamanya di Negeri Terengganu. Ianya telah berlangsung selama 2 hari di Pulau Warisan. 

Selaku pembuka tirai, tidak byk lagi booth yg mengambil bahagian. Yg mmg sentiasa ada of course lah Hotlink selaku penaja utama. 
Jalan-jalan utk sampai ke lokasi ni mmg sesak tp mujurnya kami dtg dgn motorsikal so senanglah nak mencelah ke depan. Pergi bertiga kali ni.
Kami sampai di tapak karnival around 11 am dan cuaca mmg panas terik hari tu. Pengunjung2 pula mula memenuhi booth-booth pameran utk membeli serta bertemu dgn barisan artis dan personaliti tv. 

Waktu kami sampai tu di booth Selera @ Jom Heboh diadakan perasmian Jom Masak bersama Chef Norizan. Majlis tersebut telah diacarakan oleh pelakon, Muniff sambil disaksikan juga oleh Encik Mohd Izham, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima.
Di dalam booth ini, diadakan jualan buah-buahan serta sayur-sayuran dan pelbagai lagi produk makanan. Ada sudut utk gula-gula, sate dan juga roti.
Di kawasan luar pula, terdapat pelbagai jenis anak-anak pokok utk dijual samada pokok bunga ataupun sayur-sayuran.
Selain itu, kami juga melawat ke booth lain yg terdapat di situ. Antaranya booth Perodua. Kelihatan Maria Tunku Sabri sdg mengendalikan slot kuiz bersama pengunjung booth tersebut. Di samping itu, booth2 lain yg kami pergi ialah Hotlink, Kota Ilmu, Hot Fm, TV9 dan booth-booth produk makanan. Apa yg bestnya dtg Jom Heboh ni bolehlah kutip brgn atau produk2 dlm paket kecil yg diagihkan oleh promoter di sepanjang jalan spt sunsilk, fair & lovely, comfort ultra, kipas dan lain2 lagi...penuh bag...hihi
Jam 1 kami mula beredar keluar dari kawasan lokasi kerana cuaca semakin panas dan perut pun mula lapar. Bertolak pulang dan singgah di Mayang Village utk lunch.
My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile