topbella

30 August 2012

RAYA 2012: 4 SYAWAL


Raya keempat beraya di rumah orang kahwin. Ramai juga yang mengambil kesempatan sempena cuti aidilfitri untuk melangsungkan perkahwinan. Maklumlah time ni boleh jumpa ramai sanak saudara yang balik beraya. 

Kami menerima dua jemputan pada hari ini. Satu dari kawan adik saya dan satu dari anak kepada cikgu mak saya. Dua majlis yang berlainan tempat. 

Paginya, kitaorang bertolak dulu ke Besut untuk menghadiri majlis perkahwinan Anis dan pasangan Khairul Anuar. Sampai di rumah pengantin kira-kira jam 12 tengahari. Pengantin duk sibuk make-up time ni so xsempat nak snap pic with pengantin. To Anis dan suami, kami sekeluarga mendoakan moga bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. 

Settle majlis di Besut, kami bertolak ke Kuala Terengganu pula. Mood makan kuih raya bertukar menjadi mood makan gulai + nasi kawah dah.  Berhenti solat dan bergerak ke majlis satu lagi kira-kira jam 3 petang. Kenduri time raya pihak keluarga pengantin pun turut menghidangkan juadah raya seperti tapai pulut kepada tetamu. 

So, saya beraya sampai hari keempat je then fokus qada' puasa + puasa sunat Syawal. Tengahari ni bergerak ke KL pula utk menghantar adik mendaftar ke universiti Sabtu ni. 

 

Selesai sudah entry-entry raya kt blog ni.  

27 August 2012

RAYA 2012: 3 SYAWAL


Cerita raya bersambung lagi pada raya ketiga. Paginya kami sekeluarga menerima kunjungan adik-beradik sebelah abah yang terdiri dari pak cik, mak cik serta sepupu-sepupu yang datang beraya ke rumah kami. Menu untuk raya ketiga adalah Nasi Himpit + Kuah Kacang.


 Menjamu selera di rumah terbuka 

Selepas semua ahli keluarga sebelah abah pulang, kami bersiap-siap untuk ke rumah terbuka jiran kami iaitu Cikgu Noor Riza sekeluarga. Jamuan bermula sekitar pukul 12 tengahari. Kami pergi selepas solat Zohor. Tetamu tengah ramai ketika itu. Menu yang dihidangkan pelbagai pilihan terdiri dari nasi biasa, nasi minyak, gulai daging serta ayam masak merah. Saya memilih utk makan mee kari. Di samping itu ada juga kuih raya, tapai dan bubur kacang. Meriah sungguh dengan muzik iringan lagu-lagu raya.


 Bergambar bersama Cikgu Marzuki

Pulang dari rumah terbuka tersebut, saya bersama adik dan sepupu beraya ke rumah guru kami ketika sekolah rendah dahulu iaitu Cikgu Marzuki. Beliau mengajar subjek Matematik ketika saya di Darjah Enam dulu. Lama sungguh xjumpa ngn cikgu so byk juga cerita yang disembangkan. Cikgu kata terharu dia bila masih ada anak didik yang ingat kat dia...huhu. Itulah yg bestnya jd cikgu. Walau setinggi mana ilmu digapai jasa guru mmg tdk ternilai. 


 Beraya dgn bunga-bunga cantik

Petangnya selepas solat Asar, kami beraya pula ke rumah Mok Da jiran lama kami. Dulu masa kecik-kecik selalu bermain di halaman rumah beliau. Kat rumah Mok Da ni dipenuhi dengan bunga-bunga yang pelbagai jenis...sekali tgk dah mcm taman bunga pun ada. Kami bergambar berlatarbelakang deretan pokok kaktus yg pelbagai bentuk. 


 Aniq yg nak belajar buat "Peace"

Selesai beraya utk hari ketiga. Pulang ke rumah ayah cik sekeluarga datang beraya. Family ayah cik beraya di Kota Bharu dulu. Makan-makan sambil sembang-sembang ngn sepupu Hajar, Atiq, Iqin,Aqhil serta si kecik Aniq. Around kul 10 malam, ayah cik dan family pun balik. Settle cerita raya hari ketiga. 

23 August 2012

RAYA 2012: 1 SYAWAL


1 Syawal telah berlalu. Meninggalkan pergi coretannya yang tersendiri. Ceritera raya 2012 bermula... Paginya semua dikejutkan untuk bangun bersolat subuh. Selepas itu masing-masing mula membuat perkiraan giliran utk mandi. Bila ramai bilik air pun jammed ok!! Sedari awal kami semua sudah diingatkan utk niat mandi sunat aidilfitri. 

Siap mandi mengalas perut. Juadah pagi raya kali ni Nasi Minyak + Mee Goreng. Boleh pilih mana nak makan dulu. Sunat mengalas dengan buah kurma. 8.30 pagi ke surau utk mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri.


Baru balik dari surau


Balik dari surau bersiap ke kubur. Konvoi ke kubur dengan dua buah kereta. Mujur xde yg cuti so masing2 boleh mengaji pada pagi aidilfitri kali ni. Kami menziarah kubur arwah nenek, datuk serta pak cik. Semoga roh mereka sentiasa tenang hendaknya. 

Kemudian, kami menziarah ke rumah jiran berdekatan mengeratkan silaturrahim di Aidilfitri. Melawat mereka yang terlantar sakit. Moga cepat sembuh. 


 My complete family


Pulang ke rumah makan utk kali kedua. Makan ketupat dan kuih raya plk. Sesambil menonton cerita-cerita raya kat tv. Last sekali sebelum berangkat ke destinasi seterusnya kami posing pic raya dulu. Family kecik saya + counsin saya.


Luvly cuz Faaiz and Dilla


 3 dara pingitan di pagi Aidilfitri


Settled di rumah, then around 11 a.m gerak balik ke kampung sebelah abah jumpa atuk dan nenek dan keluarga besar abah.




Dari kami sekeluarga Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin + Pandu berhati-hati di musim perayaan ni. 2 Syawal tak ke mana mula berpuasa.  


21 August 2012

CERITA MALAM RAYA...


Cerita malam raya kami bermula selepas berbuka puasa hari terakhir. Siap berbuka dgn perut yang kenyang memasing rehat jap sebelum bergegas utk Solat Maghrib. Time ni mmg dah rasa mcm duk negara-negara yang tengah berperang pun ada. Ini kerana perang mercun sudah bermula. 

Hidup di kampung, rumah pun dekat-dekat so mmg boleh dengar dgn jelaslah bunyi-bunyi mercun ni. Mujur dlm family kitaorg takde yg sakit jantung kalau tak mau terkejut dek bunyi-bunyi yang membingitkan telinga ni. Utk rekod dlm family kami mmg xde org yg berani nak main mercun ke buat mercun apatah lagi. Ini kerana mmg kepantangan arwah atuk yg tdk akan membenarkan cucu-cucunya utk bermain mercun cukup dgn bunga api je. 

Menghampiri waktu Isya', kami ke surau utk sama-sama bertakbir raya. Huh...syahdunya tapi best. Terasa sekejapnya Ramadhan berlalu.


 Haziq dan Zaim tgh pasang lilin

Sementara kami di surau, anak-anak kecil pula sibuk dengan aktiviti mereka. Apa lagi bermain lilin, bunga api dan tanglung. Seronok mereka melihat api yang berwarna-warni. 


 Haziq yg teruja melihat tanglung yg berwarna-warni

Pulang dari surau, diadakan pula bacaan Yaasin beramai-ramai di ruang tamu keluarga. Mengambil keberkatan malam aidilfitri dan mendoakan yang terbaik utk seluruh ahli keluarga kami.

Aktiviti kemuncak kami pada malam tu adalah makan-makan. Perut dah lapar so kitaorang konvoi 2buah kereta ke warung yg berhampiran. Kenapa warung? Saje-je ubah selera sambil ambil angin malam gitu..huhu. 


 Abg Long a.k.a Tukang Belanja...thanks Abg Long belanja kitaorg mkn

Sambil makan borak2 imbas kenangan raya sebelum2 ni...tengok orang ramai yang turut berada di sekitar kami. Kebanyakkan mereka berhenti rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan balik kampung.


 meja kami...10 org kesemuanya

Selesai makan, pulang ke rumah. Aktiviti sebelum tidur tengok Sampaikan Raya then tidur.


psssttt:- ini baru cerita malam raya...dah bermacam ragam. Ye lah bkn selalu dpt kumpul reramai ni..

19 August 2012

SALAM LEBARAN 1433H...




Kepada semua pembaca blog It's My Life. 
Mohon Maaf Di atas segala penulisan yang bisa mengguris hati kalian.
Maaf zahir dan batin dari penulis dan keluarga. 

 

15 August 2012

WW: HOMEMADE KUIH FOR RAMADHAN 2012


I prefer to eat homemade kuih compare to buy at Bazar Ramadhan. The reason why because it gave more satisfying about the taste, the structure and most important save the budget...hihi
How about u?


 Kuih Seri Muka


 Kuih Cekodok @Jemput- Jemput Pisang


 Kuih Butir Nangka


Kuih Buah Melaka @ Onde-Onde


 Kek Kukus Coklat


 Kuih Lipat & Kuih Cek Mek Molek


 Kuih Puteri Mandi


Kuih Ketayap @ Kuih Gulung

What is your favourite kuih-muih during Ramadhan??

13 August 2012

JATUH MOTOR!!!


Pernah ada pengalaman jatuh motor??? Saya baru je dapat ni...hehe. Nak kata profesional belum lagi baru je nak berjinak-jinak bawak motor. Belajar bawak motor dua tahun lepas dengan Abah. Boleh bawak motor tapi xde lesen motor, lesen kereta ada lah. 

 
EX5 Dream Merah Yang Terbalik Bersama Tiga Insan terpilih

Kejadian ini berlaku minggu lepas. Petangnya langit gelap menandakan hujan akan turun tapi saya jangkakan tidak hujan mungkin cuaca gelap sekejap sahaja. Saya, Cik Za dan Iman pun mengambil keputusan untuk menziarah kubur nenek dan datuk. 

Nak dijadikan cerita kitaorang naik motor bertiga, saya sebagai driver dan dibonceng oleh Cik Za dan Iman. First time ok!! Sebelum ni memang tak pernah buat, kalau jumpa Polis sure kena saman coz membonceng lebih dari sorang. 

Elok je Bacaan Yaasin dimulakan oleh Cik Za dan Iman, hujan pun turun. Terpaksalah bergegas keluar dari kawasan perkuburan dan berteduh di wakaf yang disediakan. Bacaan Yaasin disambung di wakaf tersebut dengan hujan yang turun semakin lebat. 

Kami berteduh di situ sehinggalah hujan renyai-renyai. Nak tunggu berhenti memang tak, so kitorang amik keputusan untuk meredah hujan kerana waktu berbuka telah hampir. Takkan nak berbuka dengan air hujan pulak kan??? Hehe..

Pemanduan untuk pulang ke rumah bermula dengan 2 pembonceng tadi. Disebabkan hujan yang tak berhenti-henti, saya memandu melebihi kelajuan yang biasa. Ini untuk memastikan kami tidak basah kuyup. 

Benarlah kata orang 'malang itu tidak berbau'. Kelajuan yang luar biasa menyebabakan saya dan dua lagi pembonceng terbalik di depan rumah. Ini kerana tanah menjadi lembik dan licin ketika hujan. Motor tidak mampu dikawal sekaligus menyebabkan kitorang bertiga selamat jatuh dengan motornya sekali. Habis baju berlumuran dengan tanah. Saya dan Iman tidak mengalami sebarang kecederaan tapi Cik Za selaku pembonceng paling belakang mendapat luka di kaki. Habislah kaki yang cantik - cantik dah jadi berparut. 

Masuk rumah kemudian terus mandi. Menanti waktu berbuka dengan penuh sabar sambil  periksa keadaan badan kot ada yang terluka. 

Moral of the story:- 

1) Jangan memandu motor melebihi muatan. Cukup dengan seorang pembonceng sahaja
2) Jangan memandu melebihi had kelajuan terutama ketika waktu hujan
3) Paling penting jangan naik motor kalau dah nampak hari nak hujan


psssttt:- ada jugak pengalaman buruk Ramadhan kali ni


10 August 2012

MOGA MEREKA PULANG...


Bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. 

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

12 tahun Ramadhan tanpa arwah nenek dan 2 tahun Ramadhan tanpa arwah datuk di sisi
ya Allah, moga Nenek dan Datuk saya dibenarkan pulang

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
  • Pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka
  • Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka
  • Orang yang mendapat harta pusaka mereka
  • Rumah orang yang mendoakan mereka
Dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup.  

Hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang-orang yang masih hidup. Jadi, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Jangan lupa beri doa pada mereka.Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. 

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH NENEK DAN DATUK YANG SAYA SAYANGI... 
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"
 

08 August 2012

WW: WHERE DO YOU PARK ?


I found this on Facebook Page and it is an interesting to share with u, people!




Have a pleasant Ramadhan, happiness, health and success always.

05 August 2012

RAGAM BERSAHUR...


Melewati separuh ramadhan, blog ini masih tidak habis dengan cerita-cerita kenangan ramadhan zaman kanak-kanak dulu. Zaman kanak-kanak merupakan kenangan terindah yang mungkin akan diingati sampai bila-bila. Sekali seumur hidup je pun.

Cerita puasa sudah, tarawih pun sudah. Coretan kali ini kita memgimbas kembali kenangan sahur ketika mula-mula belajar puasa dulu. Bila sebut puasa kita tidak akan lupa dengan sahur. 

Saya start belajar bangun sahur ketika berumur 7 tahun lagi. Walaupun ketika itu hanya berpuasa untuk separuh hari tapi sahur tidak dilupakan. Bagi saya, sahur ni seolah-olah sarapan pagi sebelum ke sekolah. 

Bila bersahur, tempoh ketahanan untuk berpuasa menjadi lama sedikit. Jika biasa makan awal-awal pagi sebelum ke sekolah kali ni perlu bertahan sehingga ke tahap yang paling lama. Time ni balik sekolah dah berbuka...hehe

Korang bersahur pukul berapa? Saya biasanya pukul 5 akan bangun untuk bersahur. Tapi part paling diingati ialah part nak bangun sahurlah. Sangat liat ok!!!. Malam dahlah tidur lambat pastu esoknya mulalah  liat nak bangun.

Ada juga cerita-cerita lucu bila ingat balik bab sahur ni. Antaranya saya pernah tidur kat meja makan...hehe. Elok-elok makan pun sempat lagi tidur. Mata pun xboleh nak bukak. 

Kesimpulannya, kalau nak belajar bersahur ni memang kena pastikan tidur awal dan barulah senang nak bangun. Xdelah jadi case tertidur kat meja makan...huhu


My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile