topbella

27 August 2012

RAYA 2012: 3 SYAWAL


Cerita raya bersambung lagi pada raya ketiga. Paginya kami sekeluarga menerima kunjungan adik-beradik sebelah abah yang terdiri dari pak cik, mak cik serta sepupu-sepupu yang datang beraya ke rumah kami. Menu untuk raya ketiga adalah Nasi Himpit + Kuah Kacang.


 Menjamu selera di rumah terbuka 

Selepas semua ahli keluarga sebelah abah pulang, kami bersiap-siap untuk ke rumah terbuka jiran kami iaitu Cikgu Noor Riza sekeluarga. Jamuan bermula sekitar pukul 12 tengahari. Kami pergi selepas solat Zohor. Tetamu tengah ramai ketika itu. Menu yang dihidangkan pelbagai pilihan terdiri dari nasi biasa, nasi minyak, gulai daging serta ayam masak merah. Saya memilih utk makan mee kari. Di samping itu ada juga kuih raya, tapai dan bubur kacang. Meriah sungguh dengan muzik iringan lagu-lagu raya.


 Bergambar bersama Cikgu Marzuki

Pulang dari rumah terbuka tersebut, saya bersama adik dan sepupu beraya ke rumah guru kami ketika sekolah rendah dahulu iaitu Cikgu Marzuki. Beliau mengajar subjek Matematik ketika saya di Darjah Enam dulu. Lama sungguh xjumpa ngn cikgu so byk juga cerita yang disembangkan. Cikgu kata terharu dia bila masih ada anak didik yang ingat kat dia...huhu. Itulah yg bestnya jd cikgu. Walau setinggi mana ilmu digapai jasa guru mmg tdk ternilai. 


 Beraya dgn bunga-bunga cantik

Petangnya selepas solat Asar, kami beraya pula ke rumah Mok Da jiran lama kami. Dulu masa kecik-kecik selalu bermain di halaman rumah beliau. Kat rumah Mok Da ni dipenuhi dengan bunga-bunga yang pelbagai jenis...sekali tgk dah mcm taman bunga pun ada. Kami bergambar berlatarbelakang deretan pokok kaktus yg pelbagai bentuk. 


 Aniq yg nak belajar buat "Peace"

Selesai beraya utk hari ketiga. Pulang ke rumah ayah cik sekeluarga datang beraya. Family ayah cik beraya di Kota Bharu dulu. Makan-makan sambil sembang-sembang ngn sepupu Hajar, Atiq, Iqin,Aqhil serta si kecik Aniq. Around kul 10 malam, ayah cik dan family pun balik. Settle cerita raya hari ketiga. 

4 comments:

transformed housewife said...

seronok nampak Fieza beraya.

maya amir said...

meriahhh:)

Waney Zainuddin said...

meriah dgn makanan. raya mcm ni la best (^_^)

Affieza said...

@K.Nur: Ha'ah seronoklah dpt beraya sambil berjalan2

@K.Maya: meriahlah sesambil posing kat umah org...hihi

@Waney: yuppp...raya mmg xboleh lari dgn mknan yg best2

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile