topbella

30 August 2012

RAYA 2012: 4 SYAWAL


Raya keempat beraya di rumah orang kahwin. Ramai juga yang mengambil kesempatan sempena cuti aidilfitri untuk melangsungkan perkahwinan. Maklumlah time ni boleh jumpa ramai sanak saudara yang balik beraya. 

Kami menerima dua jemputan pada hari ini. Satu dari kawan adik saya dan satu dari anak kepada cikgu mak saya. Dua majlis yang berlainan tempat. 

Paginya, kitaorang bertolak dulu ke Besut untuk menghadiri majlis perkahwinan Anis dan pasangan Khairul Anuar. Sampai di rumah pengantin kira-kira jam 12 tengahari. Pengantin duk sibuk make-up time ni so xsempat nak snap pic with pengantin. To Anis dan suami, kami sekeluarga mendoakan moga bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. 

Settle majlis di Besut, kami bertolak ke Kuala Terengganu pula. Mood makan kuih raya bertukar menjadi mood makan gulai + nasi kawah dah.  Berhenti solat dan bergerak ke majlis satu lagi kira-kira jam 3 petang. Kenduri time raya pihak keluarga pengantin pun turut menghidangkan juadah raya seperti tapai pulut kepada tetamu. 

So, saya beraya sampai hari keempat je then fokus qada' puasa + puasa sunat Syawal. Tengahari ni bergerak ke KL pula utk menghantar adik mendaftar ke universiti Sabtu ni. 

 

Selesai sudah entry-entry raya kt blog ni.  

2 comments:

transformed housewife said...

9 thn yg lalu Knur & suami pun kawin masa raya Aidilfitri(2003).

Affieza said...

@K.Nur: Mesti best kan?? boleh jumpa semua sanak saudara

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile