topbella

13 August 2012

JATUH MOTOR!!!


Pernah ada pengalaman jatuh motor??? Saya baru je dapat ni...hehe. Nak kata profesional belum lagi baru je nak berjinak-jinak bawak motor. Belajar bawak motor dua tahun lepas dengan Abah. Boleh bawak motor tapi xde lesen motor, lesen kereta ada lah. 

 
EX5 Dream Merah Yang Terbalik Bersama Tiga Insan terpilih

Kejadian ini berlaku minggu lepas. Petangnya langit gelap menandakan hujan akan turun tapi saya jangkakan tidak hujan mungkin cuaca gelap sekejap sahaja. Saya, Cik Za dan Iman pun mengambil keputusan untuk menziarah kubur nenek dan datuk. 

Nak dijadikan cerita kitaorang naik motor bertiga, saya sebagai driver dan dibonceng oleh Cik Za dan Iman. First time ok!! Sebelum ni memang tak pernah buat, kalau jumpa Polis sure kena saman coz membonceng lebih dari sorang. 

Elok je Bacaan Yaasin dimulakan oleh Cik Za dan Iman, hujan pun turun. Terpaksalah bergegas keluar dari kawasan perkuburan dan berteduh di wakaf yang disediakan. Bacaan Yaasin disambung di wakaf tersebut dengan hujan yang turun semakin lebat. 

Kami berteduh di situ sehinggalah hujan renyai-renyai. Nak tunggu berhenti memang tak, so kitorang amik keputusan untuk meredah hujan kerana waktu berbuka telah hampir. Takkan nak berbuka dengan air hujan pulak kan??? Hehe..

Pemanduan untuk pulang ke rumah bermula dengan 2 pembonceng tadi. Disebabkan hujan yang tak berhenti-henti, saya memandu melebihi kelajuan yang biasa. Ini untuk memastikan kami tidak basah kuyup. 

Benarlah kata orang 'malang itu tidak berbau'. Kelajuan yang luar biasa menyebabakan saya dan dua lagi pembonceng terbalik di depan rumah. Ini kerana tanah menjadi lembik dan licin ketika hujan. Motor tidak mampu dikawal sekaligus menyebabkan kitorang bertiga selamat jatuh dengan motornya sekali. Habis baju berlumuran dengan tanah. Saya dan Iman tidak mengalami sebarang kecederaan tapi Cik Za selaku pembonceng paling belakang mendapat luka di kaki. Habislah kaki yang cantik - cantik dah jadi berparut. 

Masuk rumah kemudian terus mandi. Menanti waktu berbuka dengan penuh sabar sambil  periksa keadaan badan kot ada yang terluka. 

Moral of the story:- 

1) Jangan memandu motor melebihi muatan. Cukup dengan seorang pembonceng sahaja
2) Jangan memandu melebihi had kelajuan terutama ketika waktu hujan
3) Paling penting jangan naik motor kalau dah nampak hari nak hujan


psssttt:- ada jugak pengalaman buruk Ramadhan kali ni


2 comments:

en_me said...

ek elehhh, kalo jatuh pon ke bawah kannns.. ahhhaa

Affieza said...

@en_me: mmg lah jatuh ke bwh...xde lg kot yg jatuh ke atas...huhu

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile