topbella

23 August 2012

RAYA 2012: 1 SYAWAL


1 Syawal telah berlalu. Meninggalkan pergi coretannya yang tersendiri. Ceritera raya 2012 bermula... Paginya semua dikejutkan untuk bangun bersolat subuh. Selepas itu masing-masing mula membuat perkiraan giliran utk mandi. Bila ramai bilik air pun jammed ok!! Sedari awal kami semua sudah diingatkan utk niat mandi sunat aidilfitri. 

Siap mandi mengalas perut. Juadah pagi raya kali ni Nasi Minyak + Mee Goreng. Boleh pilih mana nak makan dulu. Sunat mengalas dengan buah kurma. 8.30 pagi ke surau utk mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri.


Baru balik dari surau


Balik dari surau bersiap ke kubur. Konvoi ke kubur dengan dua buah kereta. Mujur xde yg cuti so masing2 boleh mengaji pada pagi aidilfitri kali ni. Kami menziarah kubur arwah nenek, datuk serta pak cik. Semoga roh mereka sentiasa tenang hendaknya. 

Kemudian, kami menziarah ke rumah jiran berdekatan mengeratkan silaturrahim di Aidilfitri. Melawat mereka yang terlantar sakit. Moga cepat sembuh. 


 My complete family


Pulang ke rumah makan utk kali kedua. Makan ketupat dan kuih raya plk. Sesambil menonton cerita-cerita raya kat tv. Last sekali sebelum berangkat ke destinasi seterusnya kami posing pic raya dulu. Family kecik saya + counsin saya.


Luvly cuz Faaiz and Dilla


 3 dara pingitan di pagi Aidilfitri


Settled di rumah, then around 11 a.m gerak balik ke kampung sebelah abah jumpa atuk dan nenek dan keluarga besar abah.




Dari kami sekeluarga Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin + Pandu berhati-hati di musim perayaan ni. 2 Syawal tak ke mana mula berpuasa.  


0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile