topbella

21 August 2012

CERITA MALAM RAYA...


Cerita malam raya kami bermula selepas berbuka puasa hari terakhir. Siap berbuka dgn perut yang kenyang memasing rehat jap sebelum bergegas utk Solat Maghrib. Time ni mmg dah rasa mcm duk negara-negara yang tengah berperang pun ada. Ini kerana perang mercun sudah bermula. 

Hidup di kampung, rumah pun dekat-dekat so mmg boleh dengar dgn jelaslah bunyi-bunyi mercun ni. Mujur dlm family kitaorg takde yg sakit jantung kalau tak mau terkejut dek bunyi-bunyi yang membingitkan telinga ni. Utk rekod dlm family kami mmg xde org yg berani nak main mercun ke buat mercun apatah lagi. Ini kerana mmg kepantangan arwah atuk yg tdk akan membenarkan cucu-cucunya utk bermain mercun cukup dgn bunga api je. 

Menghampiri waktu Isya', kami ke surau utk sama-sama bertakbir raya. Huh...syahdunya tapi best. Terasa sekejapnya Ramadhan berlalu.


 Haziq dan Zaim tgh pasang lilin

Sementara kami di surau, anak-anak kecil pula sibuk dengan aktiviti mereka. Apa lagi bermain lilin, bunga api dan tanglung. Seronok mereka melihat api yang berwarna-warni. 


 Haziq yg teruja melihat tanglung yg berwarna-warni

Pulang dari surau, diadakan pula bacaan Yaasin beramai-ramai di ruang tamu keluarga. Mengambil keberkatan malam aidilfitri dan mendoakan yang terbaik utk seluruh ahli keluarga kami.

Aktiviti kemuncak kami pada malam tu adalah makan-makan. Perut dah lapar so kitaorang konvoi 2buah kereta ke warung yg berhampiran. Kenapa warung? Saje-je ubah selera sambil ambil angin malam gitu..huhu. 


 Abg Long a.k.a Tukang Belanja...thanks Abg Long belanja kitaorg mkn

Sambil makan borak2 imbas kenangan raya sebelum2 ni...tengok orang ramai yang turut berada di sekitar kami. Kebanyakkan mereka berhenti rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan balik kampung.


 meja kami...10 org kesemuanya

Selesai makan, pulang ke rumah. Aktiviti sebelum tidur tengok Sampaikan Raya then tidur.


psssttt:- ini baru cerita malam raya...dah bermacam ragam. Ye lah bkn selalu dpt kumpul reramai ni..

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile