topbella

17 February 2013

FAMILY VACATION KE BANDUNG (DAY 3)



...sambungan...

Pagi yg ceria di hari ketiga. Kuar bilik bergambar jap dpn bilik kami sebelum bergerak ke kantin. Menu pagi ni pula ada nasi goreng, mee goreng, roti bakar pastu air plk kopi, teh dan orange. Aku setiap hari mkn roti bakar...sedap!!! roti bakar versi pandan..selesai breakfast barulah memulakan misi jalan2 hari ketiga pula.

1) Pasar Baru
Pasar Baru again!!!!! for the beginning of our third day in Bandung. Igtkan dah xnak pergi pastu ma tersilap plk amik satu telekung sembahyang tu kainnya warna merah...kalau kat Indon biasa je pakai telekung mcm2 colour ni tp kat Malaysia mesti org tgk pelik je telekung warna merah...hahaha...Irfan setia menunggu di pintu depan Pasar Baru utk bawa kami shopping lagiii!!. Tempat yg mula2 dituju adalah ke kedai telekung semalam utk menukar kain yg berwarna merah tu. Pastu siap xkan nak balik dah, alang2 kat sini shopping lagi...so moral of the story kalau nak dtg Pasar Baru ni mmg xcukup utk tempoh sekejap. Dengan pasarnya yg ada 8tingkat pastu deretan kedai yg blh menjadikan semua org rambang mata. Lain kali nak kena spend one day or two days kat sini baru puas hati memilih dan membeli.

Selesai urusan di kedai telekung, bergerak pula ke kedai menjual kain pelikat and kain batik. Kat sini memborong kain beberapa helai utk dibawa pulang. Kemudian pergi cari jeans plk utk Faaiz and last sekali pergi borong t-shirt Bandung sbg kenangan. Beli jgk keychain as a souvenir utk kwn2.
Sebelum meninggalkan Pasar Baru, bergambar kenangan dgn Irfan dan Pak Supir. Million thanks to Irfan coz membantu urusan shopping kami di sini dan bwkkan plastik brg2 ke kereta.

2) Lunch at Kampung Daun
Selesai urusan shopping and solat di Pasar Baru, kami bergerak ke Kampung Daun pula utk mkn tengahari. Kampung Daun sememangnya terkenal di Bandung dan sesiapa yg dtg ke Bandung mesti tdk melepaskan peluang ke sini. Menyusuri jalan ke Kampung Daun ni seolah-olah jalan hendak ke Cameron Highlands. Kami melalui kawasan ladang strawberi, melihat anak2 pokok serta bunga2 yang dijual di tepi jalan.
Sebelum melepasi Kampung Daun ni, kami terlebih dulu berjumpa dgn Kampung Gajah. Suasana kat sini sangat nyaman dan sejuk. 
Ini merupakan jalan masuk utk sampai ke Kampung Daun. Pemandangan hijau di sekeliling jalan untuk sampai ke Kampung Daun ni. 
Sampai di sini dah dekat jam 3petang...orang ramai berpusu-pusu masuk ke Kampung Daun ni. So, sampai je, terus ke kaunter utk booking tempat. Pekerja di situ akn mitak nama one of us and bilangan org yg nak mkn. Perlu menunggu dulu mengikut giliran sehingga nama dipanggil barulah dpt no tempat untuk makan. 
Yesssss....dah dpt meja dan lokasi utk makan. Pilih menu apa nak makan dan air apa nak minum. Selepas siap tu, kami perlu mengetuk buluh yg disediakan di luar tempat ini utk memanggil waiter dtg amik order. Mmg mcm tu kaedah kat sini so layankan aje. 
Sementara menunggu makanan sampai, my younger sis and I pusing2 dulu di sekitar Kampung Daun ni dan haruslah mengambil gambar. Cantik!!!! penuh kehijauan ditambah dgn deruan air terjun.
Bergambar sakan lah kami berdua. Yg lain2 xikut stay kat tempat makan tu je. Serious suasana kat sini sgt best. Padanlah hampir kesemua tempat makan dipenuhi dgn pengunjung siap kena tunggu giliran lg. 
Dah hampir seluruh kawasan dijajah, bergerak ke tempat makan utk take our lunch. Inilah lokasi tempat makan kami BL1. View dari dpn tempat kami makan. Kami dpt tempat yg makan di meja dgn berkerusi. Actually setiap tempat makan berbeza bergantung kpd jumlah group tersebut. Dan ada juga tmpt makan utk yg nak duduk bersila. Aku order nasi goreng seafood. Sedap!!! nasinya diletak di dalam nenas. Habiskan nasi pastu boleh mkn nenas pula. 
View from kitchen. Nampak tak chef tgh sibuk memasak tu??? Byk lagi ruang memasak bkn kat sini je. Oleh kerana kwsnnya yg luas dan utk menampung pengunjung yg ramai disediakan juga ruang memasak di bahagian lain. 
Sebelah ruang memasak tu, ada pula 'Kasir' (cashier). Selesai makan, kami ke sini utk urusan pembayaran makan dan minum. Tandas kat sini pun mmg terbaekkkkkkkkkk...puas hati masuk...bersih. 
Sebelum melangkah keluar dari Kampung Daun, bergambar lagi. Byk kot area yg cantik2 kat sini so haruslah capture sbg kenangan. Effa disamping beca Kampung Daun. 
Nampak plk buluh dan signboard Kampung Daun yg cantik ni...terus terpacak ke situ utk bergambar lagi. 
Ini pula pentas acara. Myb digunakan sekiranya ada event2 menarik. Waktu ni xde apa2 aktiviti. Nak naik kat atas tu xberani. Kalau nak nyanyi blh r kot menghiburkan pengunjung2 di situ...huhu
(Ayah Chik, Mama, Abah, Ma, Effa, Dilla, Me)

Gambar terakhir di pintu gerbang masuk ke Kampung Daun. Tertulis di situ Maulid Nabi Muhammad S.A.W kerana hari kami ke sini adalah cuti maulidur rasul. 

3) Jalan Cihampelas
Sebelah petang, kami ke Cihampelas street plk. Ya Ampun, jalannya memang dipenuhi dgn kenderaan yg bersesak-sesak utk ke destinasi masing2. Tp yg bestnya....driver2 kenderaan kat Bandung ni berdisiplin so xperlu nak takut. Pejalan kaki mmg sgt dihormati. Mereka akan memberi laluan sekiranya nmpk pejalan yg hendak melintas. 
Kedai-kedai kat Cihampelas ni dilabel dgn nama kartun2 mcm Aladdin, Catwoman, Superman, Batman dan mcm2 lagi r kartun. Blh tgk kartun tu diletakkan kat depan or atas kedai mereka. Brg2 kat sini bagi aku low quality ckit. T-shirt2 Bandung dan juga souvenir kayu yg dijual disekitar jalan ini. 

4) Kartika Sari
Seperti yg aku ckpkan di entri hari kedua, kami dah singgah beli sebijik utk dirasa, now time memborong plk. Kami prefer utk ke Kartika Sari compare to Amanda. So, angkut 4biji chocolate brownies and sedozen pisang salai cheese utk diberi kpd staf2 di ofis. Oleh kerana, hari tu cuti maulid Nabi, so org mmg ramailah di sini. Queue pun blh tahan panjangnya. Ok...xkisah janji dpt bwk balik brownies tu...huhu...

5) Dinner at Praoe Seafood
Settle urusan membeli segala bagai...perut pun lapar so bergerak utk dinner pula. Pak Supir bwkkan kami ke restoran 'Praoe' (Perahu). Waktu lunch kat Kampung Daun memasing order masakan panas dan dinner nya haruslah nasi putih pula. Waiter yg incharge utk meja kami tu handsome plk..kalau jd pelakon pun ok ni...haha sempat lg kan??? Dah jam 8lebih kami pun bergerak utk pulang. Ayah Chik request nak bergambar dgn waiter yg handsome tu...layankan ajer...huhu. Terperanjat dia tp ok je siap senyum manis lg...hahaha.
Jam 9malam tiba di hotel. Nampak tak hasil borongan lg bertambah dari semalam. Malam tu mmg operasi mengemas beg je lah. Siap discus mana nak bwk naik atas, mana nk masuk kargo. Kitaorg tempah kargo utk 40kg je. So,yg selebihnya tu haruslah dibawa naik ke atas. Siap mengemas, mandi, sembahyang dan terus tidur. Esoknya slps solat subuh dah nak gerak ke airport.  

Last day entry coming soon!!!

5 comments:

Nur Hidayah said...

wah! bestnya dapat pergi indon. boleh shopping! hehe

Affieza said...

@Cahaya Petunjuk: hahaha...shopping sakan

CIK TOM said...

tgk deco makanan tue menarik...
kl gi bandung mesti sakan shopping buat kenangan... :)

Affieza said...

@CIK TOM: deco cantik...makanan pun sedap...mmg menyoping je kitaorg kat sana..huhu

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile