topbella

02 February 2013

WALL CLIMBING...


My first wall climbing experience!!! Bergerak dari Sentul ke Putrajaya seawal 9 pagi and then my friend, Edaya jemput aku and Ina kat ERL Putrajaya. Around 10.30 pagi kitaorg gerak ke Putrajaya Challenge Park seperti yg telah dirancangkan sebelum ni. Orang tak ramai pun lagi waktu kitaorg sampai tu. 

Sampai je, terus ke tandas utk salin baju...dari jeans ke tracksuit. Then, ke office utk register. Entrance fee RM6 for adult and RM3 for student. Aku xbwk kad student so terpaksalah bayar RM6. Total for three of us RM9. Daya yg bayarkan...Thanks Daya. 

Settle urusan pendaftaran, bergerak masuk ke dalam. Banyaknya wall kat dalam ni mcm2 bentuk ada. Tapi dah dibahagikan kepada 3 parts beginner, intermediate and expert walls.  
Mula2 cam biasa r utk yg first time cam aku ni haruslah pilih yg beginner dulu xkan terus nak panjat yg expert kot...hahaha. Utk beginner ni, xperlu guna apa2 peralatan pun just panjat and sampai atas boleh turun pakai tangga yg mmg dah disediakan. Kasut pun kalau xnak pakai ok je. Panjatlah kitaorg secara bergilir-gilir pastu stop jap amik gambar...hihi. 3 4 round dah penat pastu rehat. 
Tgh2 kitaorg rehat tu, ada staf situ dtg and tanya nak panjat tak yg guna tali sbb trainer dah sampai. Aku ngn Daya on je coz mmg tu sbnrnya target kitaorg dtg sini. Kena pergi ofis balik sewa barang and settlekan bayaran. 

Maka bermulalah, sesi panjat-memanjat yg sebenar td tu baru praktis je...haha. Daya start first and then aku follow by Ina. Kitaorg sewa utk 2org je pastu gilir2 lh peralatan tu. Utk first attempt Daya xlepas so aku take turn. Agak2 sampai ke tak ekh budak yg first time ni??? huhu... Jom layan gambar kat bawah ni for the answer......
Yessssszaaaaaaaa!!!! finally aku berjaya sampai ke atas and turun dgn selamatnya. Happy giler...tips utk yg first time nak panjat kena berani and yakin...sure berjaya...hihi
Pastu pass peralatan kat Ina, dia plk panjat...first time jgk ni. Dia lg terror kot cepat plk sampainya kat atas tu. Thumbs up Ina!!! hahaha
Selesai first round, start plk utk second round. Aku request utk panjat wall lain pula. Wall ni mcm mencabar cikit sbb berlekuk-lekuk pastu batu kat dinding tu lg sedikit and more smaller compare dgn wall sebelum ni. Sampai ke tak ekh?? Yg second ni 2kali try and end up surrender sbb aku dah blurrrr xtau nak pijak tang mana....huhu. Kecewa jgk sikit je lg nak nyampainya. I need to come again soonnnnnnnn!!!!
Slps tu Daya plk yg panjat, masa yg first tu dia xlepas tp yg ni dah berjaya jgk sampai ke puncak...clap..clap...hihi. Last one, Ina request nak panjat yg macam aku jgk so panjatlah. Tapi xberjaya jgk...tp ok lah sbb dia punya last lg tinggi dari aku. Cukup 3jam, habislah sesi wall climbing kitaorg. Thanks to our trainer for guide us. 

Inilah peralatan yg kitaorg sewa utk wall climbing hari tu:-

1) Chalk Bag - RM3
2) Climbing Shoes - RM7
3) Harness - RM5 

Overall, mmg kitaorg rasa sgt puas dpt melakukan aktiviti ini. Dari bawah nampak mcm tinggi je boleh ke sampai tp bila dah start memanjat tu terus mind set berubah...aku mesti sampai atas...kata2 perangsang utk ke puncak....hahaha

Around 1pm jgklah kitaorg kuar dari park tu, pastu ke rumah Edaya di Dengkil utk lunch, bath and Zuhur prayer. 

Petangnya kitaorg pusing jalan2 dalam Alamanda, lepak minum Cool Blog and then balik. Thanks Edaya Suhaimi for spending your time with us. See you again!!!


psssttt:- tetiba aku rindu nak panjat gunung plk...miss all team panjat gunung so much!!!

2 comments:

zool said...

cam best je wall climbing ni

Affieza said...

@zool: bkn setakat best tp sgt puas bila berjaya sampai atas..hihi

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile