topbella

15 February 2013

FAMILY VACATION KE BANDUNG (DAY 1)


Vacation again....wehooooo!!! Pembukaan utk tahun 2013. Last year kami ke Langkawi, so this year jauh sikit ke Bandung plk. If people ask me why Bandung??? Actually xdirancang pun, planning asal tahun ni nak ke Kota Kinabalu mulanya tp since ada tiket murah ke Bandung so decide utk ke Bandung. A quick and fast decision u need to make if u want to fly with Air Asia...kalau nmpk je tiket murah terus booked, kalau lmbt harga dah berubah dan lg mahal. Dptkan tarikh and terus booked. Harga tiket pergi balik per person RM106. Dkt setahun jgk ni...booked from February 2012 and fly on January 2013. 

Vacation kali ni bermula dari 22 January until 25 January...4hari 3malam. Ahad Isnin keje lagi. Isnin malam amik bas gerak ke KL. G dgn bas je coz xtempah tiket flight dari Terengganu ke KL coz xtau lg masa tu dpt intern kat mana2. Abah, Ma, Mama ngn Ayah Chik plk amik flight pagi esoknya ke KL. Manakala Effa and Dilla pula tunggu kat KL. So trip ke Bandung kali ni seramai 7 org. Aku amik cuti 2hari 22 ngn 23, 25 tu cuti maulidur Rasul so jimat disitu,Jumaat mmg Terengganu cuti...huhu. 
Aku ngn Effa and Dilla amik bas kul 4.30 ptg dari KL Sentarl ke LCCT while my abah, ma, mama ngn Ayah Chik mmg dah stay kat LCCT tu dari pagi lagi...kesian diaorg jenuh nunggu. Sampai je LCCT dah dkt jam 5.30 ptg so makan dulu lar isi perut. Flight kami awalnya masa tempah dulu jam 4.30 ptg pastu delay plk ke 8.25 malam. Kami duduk je lah merayau sana sini di LCCT and then 7.30 malam kami mula masuk ke Balai Pelepasan and settlekan dulu dkt bahagian Imigresen. 
Maka bermulalah waiting mood...bilalah pintu ni nak buka...blh camtu??? hahaha... Tgh2 menunggu tu ada plk announcement ckp 'Flight to Bandung will be delay until 8.50 pm. Whattttttttttttttttttt!!!! nak marah ada nak gelak pun ada. Tp sabar je lah menunggu. Tiba masa kita terbang ok!!!!

Flight ke Bandung mengambil masa selama 2jam 5minit. Terbang jam 8.50 malam and mendarat jam 10.55 malam (waktu Malaysia) tp waktu Bandung masa tu baru 9.55 malam. Indonesia lmbt sejam dari Malaysia. Sampai di airport tu perlu beratur pula utk cop passport dgn pihak imigresen di sana plk. Tup tap tup tap dkt 10.30 malam juga selesainya. Kuar dari ruang arrival hall tu dah nampak Pak Supir from hotel yg kami booking tu pegang signboard nama my younger sis. Hotel yg kami duduk ni bagi pakej airport transfer secara percuma tp salah satu je either waktu sampai or waktu balik. Kami amik waktu sampai and waktu balik bayar sendiri. So, Bandung....here we go!!!!...di dalam van Pak Supir tu dapatlah kami melihat panorama Bandung.
Kami tiba di hotel around 11.15 dah...terus check in hotel. Kami menginap di Orange Home's. Since kami dtg 7org so kami booked dua bilik satu Standard Kuint utk 5org dan satu Standard room utk 2org. 
Sampai tu sgtlah lapar...kantin pun dah tutup. Pastu kami mintak tlg Pak Supir yg jemput kat airport tadi g belikan makanan utk kami and hantar terus ke bilik. Bergerak ke bilik utk rehat, terus aku kuarkan kamera siap2 nak amik gambar bilik kami dan kwsn sekitarnya. Ini view from Standard Kuint katil Dilla, Effa ngn aku. Ma ngn Mama plk katil double kat sebelah kitaorg je. Abah ngn Ayah Cik tingkat atas utk Standard room. Kat bilik aku ada air cond, 1 double bed + 3 single bed, water heater, TV satelit dan juga almari pakaian. 
Ini plk view from bathroom...kecik je. Bilik mandi dan tandas sekali terus. Kat Bnadung ni cuaca sejuk, aku setiap hari mandi air panas...hahaha. 
Ini plk kawasan dpn bilik aku. Bukak je pintu terus nampak. Kerusi yang dua tu kat tepi...and yg set sekali dgn meja tu depan bilik. Kitaorg dinner kat situlah malam tu. 
Selesai dinner, mandi and sembahyang. My younger sis dah buat siap2 jadual solat according waktu Bandung. Subuhnya jam 4lebih...6lebih kat sini dah terang dgn cahaya matahari Sebelum tidur sempat lg kira duit dulu...from Malaysia dah tukar sikit pastu aku aktifkan Cimb utk kegunaan luar negara. Nanti xcukup pergi cucuk je kat Cimb Atm. My younger sis jgk dah buatkan siap2 jadual nilai pertukaran wang utk duit Malaysia dan Indonesia. Credit sepenuhnya kepada dia yg bertungkus lumus dari tempahan tiket flight, tempahan hotel, tukaran wang dan lain2 lagi. Next year nak plan ke mana plk??? hihi

Selesai cerita hari pertama di Bandung....entri hari kedua bakal menyusul....

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile